Tuesday, September 30, 2008

ramadhan

kini ramadhan akan meninggalkan kita buat selamanya pada tahun ini. diharapkan ramadhan kali ini kita telah memperolehi keberkatan yang terdapat di dalamnya. semoga dengan keberkatannya yang ada padanya kita telah mampu mencorak kehidupannya lebih sempurna bagi melengkapkan lagi kehidupan ini.
salam akhir ramadhan untuk 1429H

Sunday, September 28, 2008

ayuh bangkit anak didikku....

khas buat pelajar spm 2008, maahad darul anuar. bangkitlah dari tidurmu yang lena. jangan terus diulit mimpi yang tidak kesudahannya.
jadikan kegagalan pada peperangan ( percubaan ) sebagai satu kegagalan yang akan membakar kembali semangatmu yang luntur itu.
jangan sia-saikan harapan kedua-dua ibu bapamu, sekolah dan para guru-guru yang mengajarmu untuk melihat kejayaan yang bakal mencorak kehidupanmu pada suatu hari kelak.

maahad darul anuar

kepada semua warga pelajar, maahad darul anuar. selamat bercuti. walaupun bercuti buku jangan dilupakan.
kerna anda akan menghadapi satu peperiksaan yang besar mulai bulan oktober nanti.
mulai dengan pelajar stam, pmr, pmru, smu dan diakhiri dengan spm. anda akan diuji tahap kepintaran dan kesungguhan dalam mencari ilmu tidak lama lagi.
mulakan dengan cuti ini untuk memberikan semangat yang baru bagi mencapai cita-cita anda.
selamat bercuti.
salam aidiltitri.

salam aidilfitri

salam aidilfitri buat semua warga islam yang telah dengan jayanya menjayakan ibadat puasa dengan penuh keberkatan.
namun begitu walaupun kita telah dengan jayanya menjayakan amalan ibadat puasa dengan baik, jangan dilupakan terus amalan yang telah kita kerjakan selama sebulan ini.
teruskan jua ibadat yang telah dilakukan dalam bulan ramadhan.

Sunday, September 7, 2008

perjuangan

hari ini merupakan hari terakhir pelajarku menghadapi pepriksaan. jangan patahkan perjuangan itu .

salam ramadhan

selamat menyambut ramdhan semoga ramadhan kali ini akan memberi satu kejayaan yang besar di dalam diri ini untuk bekalan kita akhir nanti.
selamat berpuasa dan selamat beribadat.

kenali daku

zaharonizal othman
9.3.79
kg. paya bemban
sk paya bemban kelantan
smk putera kelantan
smk kota bharu kelantan
universiti sains malaysia