Wednesday, June 30, 2021

30 Jun 2021

Ya. Berakhirlah bulan Jun untuk tahun ini. 

Insya Allah, 10 Julai akan menghampiri aku. Bermakna 2 bulan aku tak dengar khabar berita Alif

Inilah nasib diri ini, sejak PKP melanda

Oklah....

Kita hidup untuk kita


Tuesday, June 29, 2021

sahutcabaran...

Alhamdulillah. Hari ini telah ku serahkan hadiah #sahutcabaran dengan jayanya. 

Walaupun hadiah tak mahal,  harap bermanfaat buat pemenang. Tak mahal pun.  Beli pun dalsm shoppe. 

Ikhlas dariku... 




Tahniah buat Firas dan Adriana


Monday, June 14, 2021

14.6.2021

PdPR bermula semula untuk 25 hari.  Hampir sebulan lagi tu. 

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini. 

10.5.2021 hingga 14.6.2021. Itulah  aku tidak melihat kelibat Aliff ke sini. 



Sunday, June 13, 2021

Tunaikan..

Alhamdulillah. Hari ini aku berjaya rentas daerah untuk ke Kerayong.  Sejak aku berada di Chemomoi mulai  10.5.

Pukul 1.20 lebih kurang aku sampai di Kerayong,  depan rumah kakakku. 

Belanja mereka nikmati KFC.  Walaupun seketul seorang.  Cukuplah. 


Kongsi rezeki bersama kakakku... 

Petang ini,  juga aku tunai hasrat aku untuk belanha family Alif yang telah bersusah payah untuk aku,  semasa  tempoh kuantratin.

Hanya mampu ku belanja KFC 9 ketul ayam.. 



Thursday, June 10, 2021

Perlu...

Semalam  aku buat  status sebiji mata baru.


Mata ini tiada kaitan dengan anak. murid di SKFC.  Ini mata Bank Thiti.  Pelakon Thai. 

Bukan mata Aiman Sabirin. 

Semalam pukul 10 pagi gitu aku ke rumah Alif. Hantar pisang tanduk.  Ada sahaja dia di rumah.  Biarlah.  Mungkin inilah takdirnya... 
 

 

Sunday, June 6, 2021

Aduh...

Mengapa satu pertandingan besar boleh bertukar saat akhir pertandingan. 

Tarikh last hari ini,  6.6.2021. Buka website dia dah tengok dilanjutkan sehingga 14.6.2021. Mana adil begini.  Kejam sungguh.

Dalam poster masih lagi 6 Jun 2021. Dalam syarat sidah ditukar kepada 14.6

Ya Allah Ya Tuhanku,  permudahkanlah usaha Aiman Sabirin... 




 

Laju juga...

Tak sampai 20 jam... dah dapat 23 like dan 58 view...  rasa tak ada kongsu pun.  Semoga ada rezeki buat Aiman.  Tergolong dalam kalangan 14 orang peserta akhir.  Amin



Saturday, June 5, 2021

MHG TIMES ORIGINAL ENTERPRISE

Sudah lama aku follow FB MHG. hari ini aku cuba beli jam GShock dengannya.
RM219 baru bertukar tangan seketika tadi.  Insya Allah akan dapat minggu ini.  Jam tanhsn baru. 
Insya Allah harap tiada penipuan daripada mereka..  Amin

L


Friday, June 4, 2021

Aiman Sabirin

Tahniah. Satu usaha yang dilakukan atas permintaan aku untuk sertai pertandigan bercerita anjuran Pustakaan Negeri Perlis.

Video masih akan diusahakan buat terbaik. Hari ini, hantar video biasa-biasa dahulu.



TKRS

Terasa sungguh kecewa sangat-sangat.  Aku dan Mat Duan dah buat kerja dari pukul 5.33 petang

Promosi dam kejar ibu bapa agar anak mereka dapat menyertai aktiviti TKRS peringkat Kebangsaan. 

55 orang berjaya berdaftar daripada 80 orang ahli.  Zaman omline dapat kumpul penyertaan begitu memang terbaiklah. 

Lagi sakit hati,  dalam group TKRS SKFC ada ramai rakan guru, tapi semya senyapkan  diri seolah-olah itu bukan kerja mereka. 

Tak ada yang membantu.  Hanya Bani itu pun dah last minit... 

Yang lain ahli tidur sahaja...  Sedih. 





Tuesday, June 1, 2021

1 Jun 2021

Permulaan hidup PKP di Bumi Chem untuk tahun 2021. PKP seluruh negara. 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Sehingga saat penulisan ini, ditulis Alif blum munculkan diri lagi. Sejak 10hb Mei.

Ya ada datang sehari pada 15hb kot, lupa datang ambil kasut...lepas tu tak pernah datang.

Hari itu datang pun tak banyak cakap sebab aku dalam keadaan Kuantratin lagi.....