Tuesday, June 26, 2012

baca tak lagi nihhhhhhhhhh

Aduhhhhh!!!!! exam tak lama lagi. Membaca buku langsung tak lagi. Macam mana nih. Nak kejayaan, tapi usahan masih lagi kurang. Esei pun belum siap lagi. KISSM...
Penat sungguh ini. 

Tuesday, June 19, 2012

Pertandingan Bercerita Pra Bestari 2012


Barisan juri Pertandingan Bercerita Pra Bestari 2012. Puan Farha, Puan Yana dan Puan Manisah. Semua juri diimport khas untuk pertandingan ini. bagi mengelakkan berlaku ketidakpuasan hati dan sikap berat sebelah.  


Aqmar Hakim peserta pertama ...akhirnya tempat ketiga menjadi miliknya dalam kategori A.

Barisan peserta, sabar menanti giliran.

Iqlima dengan gaya bersahaja...Tempat kedua menjadi miliknya.

Suara paling banyak dan kuat  sekali dalam kelas akhirnya tidak bersuara dalam pertandingan.

Juri begitu tekun dan khusyuk mendengar penceritaan oleh peserta.



Irfan Fauzan dengan daya pemalu...haaaa


Iwana perlahan juga suaranya...

Natasha juara bercerita sambil mengeja kategori B

Halid Amirul peserta mengeja dan bercerita kategori B....tempat kedua menjadi miliknya

Barisan pemenang hadiah pertandingan bercerita tahun ini. Banyak berlaku perbezaan berbanding tahun lepas. Tahun ini ramai murid yang begitu berani mencuba walaupun salah.Ada semangat juang dalam diri mereka. 


Posted by Picasa

Monday, June 18, 2012

Penat...

Terasa kepenatan. Kursus Induksi punya pasal. PPD Lipis terpaksa ku jejaki pada hari ini. Perjalanan yang bermula hari hari kini sudah berakhir juga.Terima kasih kepada hasliman dan member, Rozaimi yang sudi membantu dan bergerak bersama-sama untuk mendengar taklimat.

Wednesday, June 13, 2012

Tema Haiwan Jinak...2012

Hari ini membuat topeng berasaskan muka haiwan-haiwan jinak. Mereka semua begitu teruja dalam melakukan aktiviti tersebut. Mereka dibenarkan memakai topeng hasil nukilan mereka sendiri semasa hendak pulang ke rumah.






Posted by Picasa