Sunday, June 26, 2011

Kuasa seorang guru......

Hampir 7 bulan, saling melihat dan melihat setiap kali bertemu. Namun aku sendiri tiada kekuatan untuk bertegur sapa. Akhirnya persoalan yang selalu bermain di minda ini dekat 7 bulan akhirnya terjawab di sebuah kedai buku.
Ya Allah, selama ini wanita yang dalam gerak hati aku menyatakan ia cikgu aku. Sah memang dialah cikgu aku ketika aku berada di dalam tingkatan 4 dan 5, tahun 1995-1996 di Sek Men Putera. Seorang guru yang tekun mengajar anak muridnya subjek kimia.
Terima kasih Cikgu Maimunah, kerana masih lagi mengenali diri ini. Walaupun kita bertemu bukan di negeri leluhurku, itulah punca kenapa aku tiada kekuatan untuk menengurnya. Aku seorang lelaki, dia seorang perempuan yang selalu berjalan seorang sahaja. Aku menjadi takut.
Inilah yang dikatakan hubungan di antara seorang guru dengan anak muridnya terlalu kuat. Ikatan yang tercipta bagaikan ikatan seoarang ibu dengan anaknya. Walaupun jarak masa yang memisahkannya terlalu jauh, namun gerak hati seorang guru tidak pernah silap meneka dan mengenali itulah anak muridnya. Jarak masa di antara tahun 1995 hingga kini, 2011 terlalu lamanamun seoarang guru masih lagi mengenali anak muridnya.
Aku bersyukur kepada mu Ya Allah, kerana memberikan aku kesempatan untuk menuntut ilmu-ilmu daripada guru-guru yang terbaik.
Tahun 2009, ketika aku memasuki ujian Mtest di Dewan Putera, SMK Putera. 3 orang guru aku sendiri yang mengawas ketika itu. Cikgu Kamisah Abdullah, Cikgu Hasnul, dan Cikgu Law Kee Kim. Mungkin inilah yang dikatakan doa restu, dari seorang guru akhirnya membolehkan aku memasuki KPLI-SR ambilan Januari 2010. Bantuan dan sokongan Cikgu Zaiton dan Cikgu Zaikiah dari SMK Kota Bharu, tempat aku menuntut di tingkatan 6. Ketika aku memerlukan tandatangan untuk ke maktab. Cikgu Zaiton siap datang ke rumah lagi membantu aku, untuk mendapatkan tandatangan Cikgu Halimaton, namun ketiadaanya Cikgu Halimaton tidak mematahkan semangat Cikgu Zaiton, untuk membantu aku.
Akhirnya aku ke Maktab dengan kekuatan dan sokongan dari mereka yang pernah bergelar seorang guru.
Betullah apa yang dikatakan oleh sasterawan negara, Usman Awang.....bermulanya kita hari ini semuanya bermula seorang insan biasa yang bergelar GURU...
Terima Kasih Cikgu...jasa mu tidak mungkin dapat ku balas walaupun segunung aku emas permata diberikan....hakikatnya aku sendiri tidak mampu membalas jasamu yang terlalu besar kepada diri ini.....

Thursday, June 23, 2011

Sambutan Hari lahir...Pra Bestari


Warna biru dan pink...menjadi tema kek Hari lahir Pra Bestari

kek yang akan dipotong.....

Haziq, Adham Izauddin, Aqmar, Natasha, Adham, Athirah, Hakimi dan Al-Furqaan....
Posted by Picasa

Tuesday, June 21, 2011

kenangan zaman lalu, hakikat zaman kini.......

Hari ini, seperti hari-hari yang berlalu. Gelagat Saipullah masih lagi sama seperti hari-hari yang berlalu, tiada perubahan. Aku minta Haziq pergi ambilkan Saipullah sebagai satu bentuk sindiran yang tajam. Tak tahulah kalu jenis reti bahasa, esok tak layan sangat anak. Akhirnya aku juga yang bawa anaknya ke dalam kelas. Yang aku suka kawan-kawannya dalam kelas siap mengejeknya lagi. Andailah kalu anak aku seperti itu, agaknya balik kat rumah dah tentu aku buat karipap aje, kerjakan cukup-cukup.
Aku amat bersyukur sebab mempunyai sepasang ibu bapa ( Cik dan Ayah ), yang berjaya mendidik aku menjadi seorang manusia. Akhirnya aku mampu berdiri dengan kaki sendiri pada dewasa ini. Walaupun Cik hanya belajar sekolah rendah, manakala ayahku seorang yang buta huruf, namun Cik tidak pernah menolong aku menulis kerja sekolah ku. Hanya bimbingan dari seorang ibu sahaja yang diberikan.
Aku masih ingat lagi, ketika kecil. Kedegilan dan kenakalan aku, telah menyebabkan lidi penyapu pun pernah terpacak di betis aku, rotan yang digabungkan 3 telah pernah meninggalkan kesan pada kulit ini. Ketegasan, "bekeng" seorang ibu bukan niat membenci anak tapi sayang kepada anak.
Yang menjadi persoalan sekarang, anak-anak zaman sekarang amat manja. Kena pukul dek cikgu sikit dah bising satu kampung. Kulit anak merah sikit dah kecoh satu negara macam patah remuk tulang anaknya. Sebab itulah punca dunia zaman sekarang anak-anak muda sekarang terlalu kurang ajar. Sebab ibu bapa sendiri tak pernah hendak menghormati guru anaknya sendiri. Ibu bapa pula, zaman sekarang apa yang anak cakap. Amin sahaja.Malah tak cukup mengamin kata-kata anak, siap buat saf-saf lagi untuk berjemaah menyerang cikgu. Akhirnya anak-anak akan hanyut sebelum kapal berlayar.....
Aku masih lagi ingat insiden 2008, ketika aku mengajar di Mahad Rahmaniah, Kuala Krai. Tingkatan 1B subjek sejarah. Aku telah kerjakan Hafiz.Aku cubit matanya. Sebab aku tak larat menasihatinya tengok aku mengajar. Aku siap menyuruhnya bagi tahu kepada keluarganya aku pukul dia. Malah apa yang membuatkan aku bangga dengan dia. Dia cakap sekiranya bagi tahu emaknya, pasti dia akan dipukul oleh ibu bapanya lagi. Adakah pada zaman sekarang ini, masih lagi wujud ibubapa seperti mak Hafiz??

Monday, June 20, 2011

Permainan ciptaan sendiri...


persediaan untuk melakukan aktiviti pendidikan jasmani

kumpulan A dan B.....

memasukkan gelung di dalam skitel...

kumpulan A dan B wakil wanita...

Posted by Picasa
teka siapa?

Thursday, June 16, 2011

Nikmat.....

Terasa sangat bermakna, aku mengajar anak-anak pada hari selasa matematik, operasi tolak. Mereka dapat memahami dan boleh mengikutinya. Terasa sangat bersyukur. Rupanya budak-budak prasekolah ini, dunia matematik mereka lebih berkesan. Mungkin disebabkan pemikiran mereka sangat bersih, maka mereka dapat menyelesaikan operasi mengira dengan baik. Amat berbesar hati aku pada hari tersebut.
Terasa satu proses p&p yang aku jalankan pada hari tersebut, amat berjaya.
Al-Furqaan, Ayu, Najmi, Ikhwan, Adham, Adham Izzuddin, Amirul Afiq, Natasha, Haslinda, mereka inilah antara yang selalu membuatkan hati ini berbunga-bunga ketika mengajar matematik. Mereka dapat menyelesaikan kerja yang diberikan dengan cepat,

sakit....????

Minggu ini, penuh dengan muntah. Bermula hari isnin sampai kepada hari ini, kerjanya muntah dan muntah. Mulut ada tapi tak nak bagi tahu nak muntah. Kita siap pesan sebelum makan pun tak jalan. Muntah dulu baru nak bagi tahu. Dah nak masuk 7 bulan bersekolah perangai tak berubah lagi. Masalah sungguh.
Aku gagal.Gagal dalam mengajar. 7 bulan mengajar, aku sendiri gagal melihat si dia mampu membuat kerja sekolah yang di amanahkan kepadanya sempurna sebagaimana yang disuruh oleh emaknya. Dengan tulisan yang cantik, siap kerja sekolah yang aku berikan untuk dilakukan pada hari cuti. Tapi ketika bersama aku dalam kelas, si dia gagal melaksanakan kerja sekolah dengan baik. Malah PPM menemaninya membuat kerja pun, dia gagal buat. Terasalah hendak aku bertemu dan menuntut ilmu dengan bondanya, supaya memberi petua untuk aku membimbing anaknya supaya rajin buat kerja aku....

Hari ini....buku garis 3 dengan tulisan: Saya budak rajin. Cikgu suka saya. Kawan-kawan juga suka saya. Saya jadi gembira. Aku minta dia siapkan kat rumah, esok aku nak lihat. Memang tak sabar aku hendak melihat gaya tulisannya esok pagi. Adakah si dia dapat menulis dengan baik, atau????
Bukan apa, aku terlalu kasihan melihat seorang budak yang bagi aku terlebih dimanjakan, bunga-bunga kehancuran pada masa depan semakin jelas kelihatan. Tak perlu menunggu bertahun-tahun, sebab tahun depan dunia berdikari akan bermula...tahun satu. Adakah seorang ibu sanggup mengambil anaknya dengan bertukar seluar sekolah, kesan dari berak?Membuat kerja sekolah untuk anaknya?Sampai bila?Sampai bila?

Sunday, June 12, 2011

kembali....

Selamat hampir 2 minggu aku kembali di kampung..semuanya aku tinggalkan. Hanya menumpukan perhatian dan sasaran utama untuk berjalan dari satu pasaraya ke pasaraya. Akhirnya tercapai jua walaupun 2 tempat yang gagal dijejaki...Mydin dan Nirwana semuanya berada di Kubang Kerian..yang lain telah dijejaki. Seronok....
Hari ini dan seterusnya kena buat azam baru. Hidup zaharonizal, hidup Zaharonizal