Thursday, August 30, 2018

Wan Aiman

Last bercakap dengan dia 2 tahun lepas. Hari ini SMK F Chemomoi menjadi saksi dia masih lagi hormati aku sebagai cikgunya dan masih lagi mengerti aku masih sayang akan dia.
Terima kasih Aiman.
Terkejut dia aku ingat nombor kad pengenalan dia. Itu tandanya aku sentiasa peduli akan engkau.

Sambutan Hari Kemerdekaan Komuniti Felda Chemomoi

Sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh SMK Felda Chemomoi telah melakar sejarah yang cukup bermakna. Johan Perbarisan dan Naib Johan Sepanduk.
Susah dan penat selama 2 hari berbaloi dengan kejayaan hari ini.
Hasil kerjasama semua murid dan rakan_rakan telah memberikan satu kejayaan yang bermakna.
Geng Sepanduk...
Geng Perbarisan...
Anda semua hebat.



 













Tuesday, August 14, 2018

Biadap

Terasa dan rasa cukup hendak marah sangat. Kurang ajar. Biadap.
Itulah yang aku rasa dengan tindakan Raizan Rasya hari ini.
Entah ribut apa mengeluarkan perkara nok tumbuk. Dia ingat dia pandai. Dia boleh berlagak dengan cikgu dia.
Ingatlah dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh gurumu terhadap dirimu.
Engkau tidak akan jadi pandai sendiri.
Hidup ini jangan terlalu biadap dengan orang tua. Tidak baik. Sila hormat dengan orang tua. Lebih- lebih lagi dengan guru kita.

Sunday, August 12, 2018

Raikan kejayaan

Meraikan kejayaan anak-anak tahun 6 berjaya mendapat 3 A ke atas tanpa gagal.
Mentakablah hari ini. Bermain bowling dulu. Terima kasih atas jemputan.
Aku satu team dengan Cg Nik, Cg. Suhaimi. anessa dan Alia Fatiha. Kumpulan ke empat dengan jatuhan pin 700 lebih.








Saturday, August 11, 2018

Jika sudah sayang...

Demi sayang kepadanya. Aku sanggup buat apa sahaja. Demi sayang pada masa depannya aku sanggup.
Melihat sahaja nama dia terpapar dalam rasmi. Terus kita wasap emaknya untuk bertanya khabar.

Inilah satu cara yang boleh aku zahirkan untuk membuktikan aku sayang padamu.

Thursday, August 9, 2018

Sedih

Aku memang tak boleh untuk mengundurkan diri lagi, setelah dengan kenyataan Farah petang kelmarin. Walaupun aku masih boleh melawak lagi dalam bilik guru. Tetapi satu titik kecewa telah terbenam di dasar hati aku.
Aku tidak pernah meinta-minta untuk mengikuti mana-mana rombongan yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Tidak pernah sama sekali. Aku ulangi tidak pernah sekali.
Aku pergi rombongan prasekolah pun aku bayar. Bukan percuma. Tetap aku bayar. Jika ini menjadi isu. Aku tekad untuk tahun ini. Jika nama aku dicadangkan aku memohon mengundur diri. Aku tidak mahu. 
Aku ada perasaan. Ada masa kita boleh melawak. Tapi ada masanya kita perlu menjaga aib orang itu.
Lainlah jika aku terhegeh-hegeh merayu-rayu meminta nama aku dicalonkan. Itu wajar jika hendak dijadikan isu. Ini satu perkataan dari mulut aku tidak pernah ku tuturkan untuk mengikuti rombongan.
Aku memang nampak sentiasa, ceria. Tetapi ada masanya aku boleh tersentak dengan lawak yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.
 
 

Wednesday, August 8, 2018

Gurauan atau ?

Ada masa aku boleh menerima gurauan daripada rakan-rakan.Ada masa aku tidak dapat menerima gurauan yang melampau.Lebih-lebih lagi gurauan yang aku sendiri tidak dapat mengetahui puncanya.
Kes aku mengikuti rombongan Prasekolah dan Tahun 6 pada tahun lepas betul-betul membuatkan aku tidak dapat menerima kenyataan.
Aku tidak pernah melobi diri ini untuk mengikuti lawatan tersebut. 
Prasekolah.
Ya aku betul, aku pernah mengajar di prasekolah tetapi aku tidak pernah menggunakan pengaruh aku untuk mengikuti rombongan tersebut. Tidak pernah sama sekali. 
Aku menyangkakan selama ini, jemputan kepada aku ikhlas, rupanya terpaksa.
Baru aku tahu daripada kenyataan Farah pada petang tadi. Terkejut dan terkejut. 
Nama aku tidak pernah wujud tetapi akhirnya diwujudkan oleh tangan-tangan mana yang aku sendiri tidak tahu.
Tuduhan aku mengipas satu tuduhan yang tidak boleh aku terima dengan akal yang waras.

Tahun 6.
Aku dijemput untuk mengantikan Kiran. Itulah yang dinyatakan. Perkara lain aku tidak tahu. Penyertaan aku ke dalam rombongan kesan daripada Kiran tidak boleh pergi.
Aku tidak tahu cerita.

Tetapi kedua-dua itu hanyalah satu cara untuk menyejukkan kemarahan aku sahaja. Itylah yang aku rasa.
 

Tuesday, August 7, 2018

Amir Syahmi

Semakin, hampir ke akhir persekolahan. Aku dapati dia semakin menjauhkan diri daripadaku. Alasan yang diberikan rimas dengan aku.
Dia pernah menyatakan tidak sukar aku terlalu rapat dengannya. Peluk dia dan sebagainya.
Sedih terasa... kita sayang dia, tetapi dia tidak pernah sayangi kita. Iniah kehidupan. Jangan terlalu berharap dengan sesama manusia. Kembali berharap kepada Allah s.w.t. 
Kadang-kadang terasa juga kerugian kepadanya...
Tetapi mungkin itu yang diperlukannya...
Aku redha sahaja dengan ketentuanNya.
Siapalah aku untuk berharap kasih seorang anak murid yang tiada kaitan dengan aku.
Siapalah aku di matanya...
Siapalah aku disudut hidupnya...
Sekadar guru biasa...
Walaupun...
Dia tahu aku sayang akan dirinya...
Siapalah kita untuk menumpang kasih
 

Sunday, August 5, 2018

keluarga

Semua orang impikan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia mengikut konsep masing-masing.
Aku juga tidak terkecuali untuk memiliki sebuah keluarga yang mampu membesar dihadapan mata sendiri.
Dalam usia meniti ke angka 40, kekosongan dalam hidup ini terasa amat mencengkam diri ini.
Banyak kekosongan yang terasa. Mula berfikir dan memikirkan akan kehidupan di usia emas.
Siapa yang akan menjaga aku?
Siapa yang akan mewarisi harta-harta yang ada?
Siapa yang akan sedekahkan sepotong ayat-ayat Al-Quran kepada diri ini.
Semua itu bermain difikiran ini. Bohong jika aku menyatakan aku tidak pernah memikirkan hal ini. Aku hanyalah manusia yang biasa 
Bohong jika aku menyatakan tidak pernah terlintas difikiran ini untuk mempunyai sebuah keluarga.
Bohong. Bohong. Bohong. Bohong.

Sejak aku mengajar di MADA lagi aku, rapat dengan anak-anak muridku. Rapat. Namun kini semuanya telah tiada. Tidak lagi pernah bertanya khabar tentang aku. Tinggallah aku keseorangan. Aku mula mencari anak murid yang dapat menceriakan hidup ini...

Wan Aiman.
Satu nama yang pernah seketika rapat dengan aku sejak tahun 2014. Aku banyak memberikan kasih sayang kepadanya. 2 Tahun aku terlalu rapat dengannya, akhirnya kemesraan itu semakin meninggalkan aku. Tidak langsung pernah bertanya khabar tentang aku, tidak pernah segalanya-galanya. Seolah-olahnya aku tidak pernah wujud di dalam hidupnya.
Aku redha dengan ujian ini. 


Aliff Zikri.
Sejak tahun 2015, aku mula begitu rapat dengannya. Dia tidur di rumah ku. Menemani aku. Hinggalah kini. Aku juga pernah membawa dia pulang ke Kelantan sudah 2 kali. Aku berharap dia tidak akan melupakan aku di masa hadapan. 
Aku tidak ada rahsia dengannya. Segalanya aku kongsi bersama. Disaat aku senang. Disaat aku susah. Dia ada bersama.


Yazid Yukaffi.
Aku mengenalinya sejak tahun 4 lagi. Kini dia sudah tingkatan 2. Hubungan semakin tidak rapat sekarang. Tidak pernah dihubungi aku. Bertanya khabar tentang aku, walaupun aku sentiasa bertanya khabar tentangnya dengan ayahnya.

Amir Syahmi. 
Umur kini 12 tahun pada tahun ini. Aku mula kenalinya sejak tahun lepas lagi. Ketika itu aku mengajarnya di kelasnya. Namun kini, semakin dia cuba menjauhkan diri daripada aku... 


Suhairi.
Satu nama yang tidak asing untuk aku. Sempat 2 tahun aku bermanja dengannya. Aku mengenali dia sejak dia berada di usia 6 tahun lagi. Aku sentiasa memberikan dia KitKat disaat dia darjah 1 dan 2. Aku sentiasa menyayanginya. Akhirnya aku terputus hubungan sejak dia kembali ke kampung asal ayahnya dan kini bersekolah di SK Tanjung Putus, Lipis. Sekarang dia berada di tahun 3. Aku tidak pernah bawa dia keluar bersama, hanya memberi hadiah sahaja. Insya Allah jika ditakdirkan engkau masih menyayangi aku, pasti engkau akan mencari aku.
Irfan Fauzan.
Satu-satunya anak muridku yang paling manja dengan aku sejak di zaman prasekolah lagi. Manja.
Kadang-kadang aku abaikan dirinya. Ya aku tidak berani untuk mesra dengannya, sebab dia anak orang berada. 
Namun aku tidak pernah tidak menyayanginya.

 Imran. 
Satu nama yang cukup aku sayangi. Namun apakan daya sayang aku kepadanya mungkin tidak sampai. Satu geng dengan Aliff Zikri.

Saturday, August 4, 2018

Wan Aiman


30 Julai lepas aku berbirak dengan emaknya di fb mesej...




Semalam. Aliff bercerita di surau Aiman tanya tentang aku.
Walaupun aku nampak dia semalam dan dia nampak aku semalam...
Biarlah mungkin dia malu...

Pertama kali

Pertama kali merasa. Tauke cina bagi tahu buah mata kucing hutan. Nik bagitahu buah:

Ni buah matoa... Org cakap ada 3 rasa buah ni... Ada rasa durian.. Rambutan dan laici.... Rumah d kg tikat ada tanam pokok ni...

Oklah dapat merasa. 1 ikat RM1