Saturday, February 28, 2015

Hujung minggu...

Hujung minggu ini, aku membuat keputusan tidak ke Kerayong. Sebab aku masih belum siap lagi membina soalan untuk peperiksaan yang berlangsung tidak lama lagi. Aduh, penat terasa. Hendak tidak hendak perlu disiapkan jua.
Syukur hari ini, telah siap kerja aku. 2 soalan telah siap dibina. Bukan bina soalan pun, hanya mencari soalan sahaja.
Buku latihan murid telah selamat di semak 2 kelas. hanya satu kelas lagi yang berbaki. 
Semoga ada ketabahan dan kesesuai masa...
 

Persembahan...

12 hari lagi, dijangka akan diadakan mesyuarat agung PIBG sekolah.
Nama naik bahagian persembahan murid arus perdana. Nak buat apa, persembahan apa yang hendak dilakukan?semuanya tak ada lagi dalam kepala.
Merancang hendak buat dikir barat...masalah alat muziknya tiada. Itu masalah utama.
Tak pe...altelnatif guna muzik dalam internet...haaa satu jalan penyelesaian
Lirik dikir barat dah dapat...Tok Guru cakap minta ubah. Puji sekolah. Huhuhu
Apa yang hendak dipuji ya...
Ini pertama kali...nak buat dikir barat. Sepanjang usia ku...tak pernah lagi terlibat dengan dikir barat...zaman kecil-kecil dulu, ada dikir barat di rumah Tok Ngoh pun kita tak suka..sebab boleh sampai ke rumah, tapi alih-alih nok buat dikir barat pula. Heee
Tapi terasa nak buat sesuatu yang tak biasa di buat...sejak berada disini hampir 5 tahun. Teater muzikal, nasyid, bicara berirama, koir dah dbuat...rasa nak buat dikir barat.
Harap impian akan termakbul.
Untuk penyanyi nak guna Amiruddin...Tok jogho pulok nak dapatkan Yazid,,,haaabiar tergeliat lidah mereka.

Friday, February 27, 2015

Apa motif...



Aku tak pasti apa motifnya, apa tujuannya, apa agendanya dalam percanturan untuk menyelesaikan kemelut kekurangan guru bahasa english sekarang.
Untuk apa menjemput aku ke dalam perbincangan tertutup isu itu. Keputusan aku cukup jelas, cukup nyata. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Sekali dah kena patuk, tak sanggup kena patuk untuk kali kedua di tempat yang sama. Inilah kemelut yang berlaku sekarang. CIKGU PRA tiada orang.
Takkan sudah lupa, takkan sudah nyanyuk, bukan main bangga dan gembira menyatakan bahawa cikgu lelaki tidak layak mengajar prasekolah. Usahlah bermain kata-kata.
5 tahun berada di sini, tiada satupun jalan penyelesaian yang berlaku, isu ini bukan isu baru. Sudah berakar umbi sejak 5 tahun yang lepas. Tiada jalan usaha yang dilakukan.
Jangan biarkan penyelesaian masalah itu selesai namun menyusahkan pihak yang ketiga.Jangan menggunakan kuasa yang ada untuk menindas orang yang lemah.
Gambaran inilah yang sedang berlegar-legar buat masa kini. Hidup perlu berhati-hati. Sekali kita terjerumus tidak mungkin kita akan terjerumus ke dalam hasutan yang sama.
Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah hambamu ini daripada gangguan syaitan-syaitan yang sememangnya menjadi musuh hambamu ini.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah hambamu ini kekuatan demi melangkah dan menentang kuasa-kuasa syaitan yang tidak terfikir oleh hambamu ini.
 

Wednesday, February 25, 2015

Pertandingan Bercerita: 2 Bestari 2015

Skrip untuk pertandingan bercerita kelas 2 Bestari 2015 telah siap dicetak, dan hanya menanti untuk diserahkan amanah kepada anak-anak sahaja.
9 April 2015 jangkaan tarikh pertandingan akan dilangsungkan. semuanya akan bergantung kepada jadual pembelajaran versi seterusnya. 
In Shaa Allah aku, mengharapkan tahap penguasaan anak-anak aku akan bertambah baik berbanding dengan tahun lepas. Aku mengharapkan apa yang aku lakukan ini akan menambah semangat juang yang tinggi dikalangan anak-anak seterusnya boleh membnetuk ibubapa yang cakna dengan proses pembelajaran anak-anak.
Tanpa kerjasama daripada ibubapa impian dan harapan aku akan berakhir begitu sahaja.
 

Tuesday, February 24, 2015

Layan seketika...

Semoga ceria selalu.

Dapatkan maklumat...

Semoga cepat pulih dan cepat kembali normal Wan. Teruskan perjuangan dan kuatkan semangat yang ada untuk perjuangan yag masih panjang. Bertahanlah wahai anakku. Mungkin ini yang dikatakan penyucian kepada dosa-dosa, semoga penerimaan ilmu daripada murabbimu selepas ini akan berjalan dengan lancar.
Semoga impian dan cita-citamu akan menjadi satu sejarah kegemilangan dalam hidupmu. Aku sekadar mendoakan kejayaan yang cemerlang buatmu. Dari jauh ku doakan yang terbaik buatmu.
Jadikan kesusahan yang hadir pada hari ini, sebagai satu medan kejayaan pada hari depan. Jadikan pengorbanan keluarga pada hari ini, sebagai perisai kekuatan pada masa depan. Kuatkan semangat dan tabahkan hatimu, agar perjuanganmu akan terus cemerlang di masa depan.
semoga tabah hadapi ujian yang mendatang.
Sabar menanti detik 5/3 nanti, untuk urusan seterusnya.

Membuat pilihan...

Terasa amat penat sungguh hari ini. Memilih untuk mencari mozek rumah. Hampir 2 jam berada di dalam kedai mozek pada hari ahad. Dengan kedai tak banyak pilihan corak dan warna.
Hari ini, aku terpaksa membuat pilihan cat untuk rumah aku semula. Sebab dia nak guna satu jenama cat sahaja. Fuhhh penat sangat-sangat.
Semoga pilihan warna rumah aku tak nampak pelik dan pelik dari orang ramai.

Saturday, February 21, 2015

Beli ...

Hari ini, merupakan permulaan kepada proses pembelian barangan rumahku. 2 Biji kipas jenama KDK telah berjaya ku beli untuk hari ini. Semuanya bernilai RM630.00.
Satu permulaan yang baik. Semoga langkah ini akan terus menerus. Semoga rumahku akan siap dengan lengkap dan sempurna.

Thursday, February 19, 2015

Rumah ku...cuti tahun baru cina

Rabu, setelah sampai ke kelantan, sebelah petangnya aku telah pergi melihat keadaan rumah aku. Syukur banyak perubahan yang telah dilakukan. Proses pembinaan berjalan dengan lancar. Semoga cepat siap dan selamat diduduki. Amin.
Telah dicat dengan cat asas...
Siling kapur juga telah dipasang...
Dapur rumahku...
Hari sabtu, akan berjumpa dengan pemaju untuk urusan cat dan jubin. Semoga pilihan warna akan menjadi satu keajaiban.

Sunday, February 15, 2015

Jalan-jalan...

Hari ini, hari jalan-jalan cuci mata dan cuci poket. Namun begitu poket masih tak betul-betul cuci lagi. 
Hajat untuk dapatkan kasut baru tak kesampain lagi. In Sha Allah kasut baru akan dapat dibeli juga.
Hari ini, g jalan-jalan di Paradigm Mall. 
Terserempak dengan member lama di Ipsah. Puan Azean dekat Kaison. Seronok juga dapat berbual-bual, sudah lama tak jumpa sejak keluar IPSAH. Hari ini, dapat jumpa.
Azean dan keluarga

Berjumpa dengan Izuan di sana, setelah buat pertemuan. Sebelum bertolak ke Ikea.
Terima Kasih Nik Khairul Azlan, dalam meneroka perjalanan bersama. Terima kasih.

Thursday, February 12, 2015

Satu kehilangan...

Dunia telah mengalami satu kehilangan yang besar. Perjuanganmu dalam menengakkan islam tidak pernah luntur.
12.2.2015, tarikh keramat, dunia telah kehilangan Tok Guru Nik Abdul Aziz buat selama-lamanya. Semoga beliau tenang disana.
Pengalaman mengajar di sekolahmu, dapat mengenali dirimu dari kejauhan.

Wednesday, February 11, 2015

3prayforwanaiman

Hari ini, aku mendapat maklumat Wan Aiman setelah dia pergi ke Hospital Temerloh pada 10.2.2015 untuk membuka simen kat tangannya. Hasilnya tangannya sudah ok, tapi perlu dapatkan fisioterapi untuk kuatkan tangannya.
Tangannya tak lurus sebagaimana biasa lagi. 
Harap segalanya akan berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang akan menyusahkannya pada suatu masa nanti.
Semoga tangannya akan terus boleh pulih sebagaimana biasa. Agar boleh berjasa kepada keluarganya, sebagai anak lelaki, banyak yang terpikul dibahunya. Teruskan perjuangannya mu , wahai anakku. semoga engkau tabah hadapi ujian yang mendatang. 
Tiada yang mampu dilakukan olehku, hanya mendoakan kejayaan, keselamatan dan kesihatan mu akan terus cemerlang.
Semoga tabah hadapi liku-liku hidup di asrama. Kuatkan semangat. Jangan cepat mengalah. Permulaan untuk hidup di asrama baru hendak bermula. Jagalah kesihatan dan hati-hatilah dengan keadaan, sebab tangan masih lagi tidak pulih dengan baik lagi.
Semoga kejayaan milikmu Wan. Hanya itu yang mampu ku doakan kepada mu.
2011- 2014 tempoh perkenalan. Ku harapkan persahabatan ini akan berkekalan selama-lamanya, wahai anakku. 
Terima kasih emak Wan, kerana sabar melayan insan ini dalam mendapatkan info Wan.

Monday, February 9, 2015

Tahniah....

Tahniah kepada Muhammad Nur Hakimie Bin Ismail. Di atas kejayaan yang dicapai. Terima kasih kerana berkongsi kejayaan bersama ku. Kimie ini merupakan anak muridku semasa di MRKK. Semasa itu dia dalam tingkatan 2 B pada tahun 2009. Aku mengajarnya subjek kemahiran hidup. Aku juga berjiran bersama-sama. Banyak kenangan yang indah kita lalui sepanjang setahun kita berjiran. Makan bersama, lepak bersama. Malam ini, kenangan di Padang Sembilan menjenguk kembali. Rindu disaat tersebut.
Semoga kejayaan akan terus melingkari hidupmu.
Jangan difikirkan akan kahwin terlebih dahulu, kejarlah cita -cita. Tunaikan impian orang tua terlebih dahulu.
Fokuskan terlebih dahulu apa yang dikau rasa patut sebagaimana yang kita telah bincangkan dalam perbualan telefon seketika tadi dari jam 10.30 malam hingga jam 11.00 malam tadi. Fikirkan lah apa yang telah kita bincangkan, dan lakukan lah rumusan yang terbaik dalam persoalan tersebut
Lakukan yang terbaik demi kejayaan anda. 
Saya sebagai orang yang pernah melingkari hidup awak mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada anak didiknya.


Jadual waktu versi 2

Esok bermula jadual waktu versi 2 aku. Nak tak nak esok kena mengadap lagi seklai murid-murid kelas 5Bestari. Kerja sekolah tak pernah siap. Berat. Tak tahu sakit. Tapi kerja tak pernah nak siap. Berat sungguh .

Langkahku...

Langkahku masih belum terhenti lagi. Selagi masih diberikan kudrat untuk terus meneruskan perjalanan dimuka bumi ini, aku akan tetap akan meneruskan perjalanan hidup ini. Kerana penantian aku tidak mungkin akan berakhir tanpa mencapai kejayaan.
Doa dan tawakkal dalam mengisi perjalanan tersebut akan pasti membuahkan hasil yang manis.
Hanya usaha yang akan memberikan seribu satu, tanda kejayaan itu.
Teruskan perjalanan, kerana penantian tidak mungkin berakhir di tengah-tengah perjalanan.

Sunday, February 8, 2015

Tangguhkan seketika...

Kelmarin aku telah menghantar sedikit info kepada pemaju rumahku, agar dia faham. Aku tidak dapat balik ke kampung untuk urusan pemilihan warna rumah dan jubin yang akan dipilih oleh aku.Kekangan masa yang menghimpit diri ini agar sukar untuk dicelahkan. Banyak lagi kerja yang tertangguh buah masa sekarang. Keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan aku, gagal berfungsi dengan baik. Malam sahaja aku terpaksa tidur awal untuk merehatkan tubuh yang masih lagi kurang sihat. Deman, selsema, sakit kepala, sakit pinggang...bertubi-tubi sakit yang datang. Mungkin ini yang dihantar kepadaku agar terus mencintaiNYA. Agar aku terus sujud kepadaNYA.
MerinduiNya adalah jalan penyelesaian yang terbaik, bersujud kepadanya adalah jalan yang betul daripada terus merindui dunia yang hanya pinjaman.
Padamu Ya Allah Ya Tuhanku,syukur  kerana masih lagi memberikan ruang untuk aku bernafas dimuka bumi ini untuk seketika sebelum dijemput kembali.
Ya Allah Ya Tuhanku,  tempatkan hambamu ini dikalangan orang -orang beriman dan mendapat syaafaat daripada Kekasihmu.
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah hambamu ini, dari kejahilan dan tundukkan hambamu ini di bawah hidayahmu. Agar hambamu ini akan terus sujud dibawah lindungan agamamu.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan ilmu yang ku ajari itu sebagai ilmu yang berguna untuk digunakan dan jadikan ilmu yang diajari itu sebagai amalku dihadapanmu nanti.
Amin.

Teruskan...perjalanan

Hidup perlu diteruskan. Walaupun perit, walupun sakit kehidupan mesti tetap diteruskan jua. Walaupun dugaan yang mendatang silih berganti, perjalanan perlu diteruskan untuk kehidupan yang mendatang.
Hanya padamu Ya Allah aku meluahkan segala-galanya. Hanya padamu aku memohon dan meminta-minta agar permintaanku dan harapan akan tercapai. Tiada lagi tempat yang mampu ku kongsikan selain engkau Ya Allah Ya Tuhanku.

Saturday, February 7, 2015

Teruskan...melentur buluh

Hari ini, kat sekolah ada aktiviti. Kursus kepimpinan pengawas sekolah, pss, ketua dan penolong kelas.
Semoga perjalanan program akan berjalan dengan lancar dan menepati kehendak dan sebagainya.
Semoga dengan adanya kursus ini anak-anak didik semua akan bertukar menjadi lebih bertanggungjawab menghormati guru-guru mereka.
Sukar untuk mendidik jiwa anak-anak menjadi yang terbaik, jika tiada kesedaran dari semua pihak.
Semoga dengan adanya kursus ini anak-anak didik akan menjadi lebih bertanggungjawab dengan tugas yang tergalas dibahu mereka, dan boleh menjadikan pengalaman yang didapati di sekolah rendah untuk diaplikasikan di sekolah menengah dan seterusnya. Amin.

Monday, February 2, 2015

Surat setuju terima...

Hari ini telah terima surat setuju terima pembiayaan perumahan. Dalam tempoh 14 hari surat perlu dihantar kembali ke Bahagian Perumahan.
Telah selamat di tandatangan oleh GB. 10Q kerana sudi menandatangani surat aku. Semoga perjalanan akan terus cerah.