Sudah genap seminggu sudah aku meninggalkan Syed Jan. Bermakna sudah seminggu jugalah berjuang di IPSAH.
Hari-hari yang berlalu seperti baru-baru memulakan pengajian KPLI setelah meninggalkan kenangan yang terindah bersama YIK.
Perjuangan sudah tentu perlu diteruskan demi impian yang tak tercapai...
Thursday, September 30, 2010
Saturday, September 25, 2010
sarapan pagi....
Boring-boring semalam...hasil FB dengan Danish kata sepakat dimenteraikan...berjumpa dan bersarapan kat gerai roti canai....
Kenyang terasa makan roti canai...namun tak boleh abiskan sebab kelmarin dah makan roti canai..leherku dah tak boleh terima benda yang sama untuk hari ini...
Thursday, September 23, 2010
selmat tinggal....SK Syed Jan

Hari ini merupakan hari-hari terakhir aku berada di Syed Jan, kerana selepas ini aku tidak bisa lagi akan bersama-sama Syed Jan dalam menghirup nafas-nafas bersamamu.... Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menolong aku melengkapkan paktikum disana. Buat Puan Azwa, Puan Roszhita dan Puan Haslina, jasa kalian akan dikenang sampai bila2. Tanpa kalian agar sukar untuk diri ini menjadi seorang guru yang bertauliah dan diiktiraf oleh kerajaan. Buat anak-anak didikku ...5 Berlian, 5 Mutiara, 5 Zamrud dan 4 Delima....kerjasama kalian terhadapku amat besar, Jasa kalian adalah jasa yang tidak ada nilainya yang boleh ditukar dengan segala-galanya.
Buat anak-anak didikku yang yang pernah terkena cubitanku, pernah mendengar leteranku, dan segala tindakan ku yang amat menyakitkan perasaan dan jiwa kalian, tidak pernah terlintas dihati kecil ini untuk menyakitkan hatimu walaupun sebesar zarah pun.
Andai kata ia akan menyakitkan kalian dan menguris perasaan kalian, hanya ucapan maaf sahaja yang termampu aku luahkan...
Tuesday, September 21, 2010
Selasa yang akhir....SKSJAJ

Selasa yang akhir..Berada dalam bilik guru. Masa -masa ini sedang tak tahu nak buat apa. kelas tak ada. Hanya menanti Cikgu Roszhita sahaja untuk dapatkan tandatangan beliau. lama nihhhhh
Friday, September 17, 2010
cuti dah abisssssssssss
Esok jam 9.30 pagi aku meninggalkan kampung halaman aku buat seketika waktu demi menyahut cabaran yang masih lagi berbaki untuk menghirup nafas-nafas indah bersama-sama SK Syed Jan yang tercinta....nafas-nafas itu akan dianyam untuk menjadi secebis kenangan yang terindah dalam memori kehidupan.. SKSJAJ pasti akan diukir menjadi satu anyaman dalam lipatan memori segarku bersama-sama MADA dan MRKK....kenangan yang pasti mengetuk jiwa dikala detik-detik masa berjalan dengan pantas meninggalkan urat-urat kematangan hidup...
Biarlah kenangan tersebut tersemat rapat dikala usia menjejaki....
Friday, September 10, 2010
petang raya.....
Hari ini raya berjalan dengan lancar. Semua adik beradik ada, kecuali kakak ku yang berada di Perlis tidak pulang beraya. Hasilnya dapat mengambil gambar sekeluarga besar. Namun begitu masih ada yang tidak ada dalam gambar ini. Anis dan Abe Mat. Yang lain semuanya cukup.
Thursday, September 9, 2010
oh....bertuahnya syaitan.....
Petang 30 Ramadhan...
Dentuman demi dentuman berkumandang di pelosok bumi mengiringi umat manusia menikmati juadah makanan ketika berbuka...
Ikatan rantaian syaitan dilepaskan disambut dengan penuh gembira dan besar-besaran oleh umat islam....
Bunyi mercun bergema di sana di sini bagaikan meraikan tarikh kemenangan penjara yang dihadapi oleh musuh manusia...ohhhhhhhhhhhhh umat islamku mengapa dan mengapa syaitan yang jelas itu musuh kita. disambut begitu hebat sekali???adakah inilah yang dikatakan umat di akhir zaman??
Ya Allah bukalah pintu hati hambamu ini daripada kesesatan yang nyata...Amin
Marilah kita kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya....

Raya pasti datang..........
rindu pasti akan tersemat dalam hati kita untuk sama....
menanti hadirnya lagi di tahun mendatang...
Sunday, September 5, 2010
yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh
hari ini lepas solat subuh dah nak bertolak balik ke Kelate....Hoooooooooooooooo seronoknya....
The Store, Billion, Pacific, Tesco nantikan kemunculan aku di dalam perutmu nanti..aku datang...
The Store, Billion, Pacific, Tesco nantikan kemunculan aku di dalam perutmu nanti..aku datang...
Saturday, September 4, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)