Saturday, February 27, 2010

teringat...........

aku masih teringat akan saat -saat berada di kuala krai....

aku yang tak reti memasak inipun boleh berusaha untuk menjamu selera aku. internet menjadi penghubung aku dengan dunia resepi.aku campak aje apa yang ada janji aku bahagia. terasa air tangan sendiri. terasa aman.

nasi lemak, mee goreng basah, spageti, kerabu mangga, ketupat sotong, pulut durian, tomyam, ayam masak 3 rasa, ahhhhhhhh semua yang aku teringin makan pasti aku akan cari resepi di dalam internet....maka hasilnya pasti akan menjadi....tapi kini aku terpaksa menyerah pada keadaan...



salah satu hasil tangan aku, ketika berada di bumi Kuala Krai....
kenangan yang cukup bermakna....mengajar aku erti hidup seterusnya mengajar aku erti mengutuk masakan orang yang tidak sedap....

makan malamku...

malam ini, semua kedai makan di hadapan betul-betul maktab menutupkan pintu mereka. sengsara. memang sengsara.

target aku pada malam ini perut perlu di isi, jika tidak pasti aku tak mampu untuk bertahan sudah. memang kerja gila. segalanya berat. lagi berat dan berat. duduk di kuala krai dah terasa berat berkaitan dengan makan tapi di sini tercipta lagi kesengsaraan yang tiada penghujungnya.

nasi goreng paprik dan ABC menjadi menu aku malam ini. menanti lebih kurang 30 minit. akhirnya sampai jua. ku kais-kais apa yang ada dalam nasi, ku tenung-tenung warna nasi goreng....selera terputus jua akhirnya. daya penarik sudah menghilangkan diri, tinggallah aku menghadap hidangan seorangan. jamuan mata kini berubah tempat.

suapan pertama, lidah aku berkerja dengan pantas. menikmati makanan. sah. makanan kurang menyentuh perasaan aku malam ini. nak tak nak aku perlu makan. jika tidak pasti aku letih, tak ada makanan.

30 minit aku peruntukkan masa untuk aku selesaikan hidangan aku. terasa berat sangat. ohhhhhhh....terasa amat letih untuk bernafas sekarang...

bukan memilih, tetapi biarlah pertukaran yang dilakukan berbaloi-baloi kata orang....

Tuesday, February 23, 2010

23.Feb.2010

Detik yg tertinggal tidak mungkin akan dapat diundurkan masa. Perjalanan yg jauh semakin terasa semakin mendekati. Masa berbaki kurang dari dri 8 hari, segalanya masih lagi tidak berbekas lagi. aku belum lagi menyentuh dan membelai sebarang buku untuk aku laksanakan tanggungjawab ku sebagai seorang pelajar lagi....malas sungguh...

ggggggggggggggggg

duhhhhhhhhhh bagaikan nak mati aku dibuatnya hari ini. risau, cuak semuanya ada dlm diri ini selama 45 minit ketika dalam kelas tamadun islam...tugasan tak wujud lg....ohhhhhhhhhhh tidak

sama sekali.....kalu tidak harus kena dengan us. haron....heeeeeeeeee tak boleh jadi..kena ambil ikhtibar nih.....

aku, aiman, kimie dan yg belakang pijie....

kenangan yg sukar utk dilupakan bersama ketika bersama dikuala krai....
kaulah penyeri kehidupan ini, tika aku keseorangan dalam perantauan...
kaulah segala-galanya...
semoga dikau berjaya dalam PMR 2010 nanti....
aku selesai juga membentang paper teknologi maklumat dan komunikasi dgn Amir dgn ok, tak perlu buat pembetulan terhdp hasil powerpoint kita org.
hari ini kelas padat jugalah...dari pagi sampai ke pukul 6.40 petang...
malamnya g buat latihan akhir utk persembahan perhimpunan esok. harap menjadilah apa yg kita org rancangkan...

perjalanan hidup ini masih lg sama dan tiada perubahan,
Ya Allah s.w.t semoga aku dpt kekuatan dalam menjalani kehidupan ini dgn dugaan yang mendatang kini. Semoga aku terus dpt berdiri dengan seimbang, tidak tergelincir ke lembah api neraka mu....

Thursday, February 18, 2010

ahhhhhhhhhhhhhhh

khamis telah hadir...jumaat melambai-lambai sayap kemesraan
hati ini semakin berdebar-debar
hembusan sg petani telah terasa
salam kota bharu semakin menyepi


ahhhhhhhh segalanya akan berakhir..hari-hari yg berlalu kini semakin menyempitkan pemikiran ini..

Tuesday, February 16, 2010

cuti lg......

mcm hari-hari yg berlalu...aku masih lg dlm mood cuti raya cina....
tak byk pergerakan yg dijalankan dlm hdp ini...sekadar mcm hari2 yg berlalu sudah...

Sunday, February 14, 2010

Bubur Assyura di MADA


mohd amirul safwan ab rahman

hari ini setelah aku sampai dari perlis jam 4 pagi..aku tak sabar untuk menanti mentari menyinari hari ini untuk aku pergi ke majlis anjuran APIM di perkarangan rumah Pok Ku di Pulau Melaka untuk kacau bubur assyura bersama-sama bekas pelajar MADA...akhirnya impian ini tercapai jua....tepat jam 9 pagi aku telah terpacar di sana...

Saturday, February 13, 2010

..............................kelik KB..........................

Hari ini aku akan kelik ke Kota Bharu setelah hampir sebulan aku bertapa di Sg. Petani. Seronoknya diri ini dapat pulang....
Sebelum kelik Kota Bharu aku, akan singgah sekejap di Perlis untuk dapatkan tandatangan Ema, untuk borang perjanjian selepas itu aku akan pulang ke Kota Bharu.
kerja kolah banyak juga yag tergalas dibahu ini untuk kali ini....aku perlu rancangkan sesuatu supaya pergerakan aku di Kota Bharu tidak terganggu....apa yang penting aku dapat bercuti...
JOM KELIK

Friday, February 12, 2010

Teknologi Maklumat Untuk P&P

Check out this SlideShare Presentation:

yahooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

kelmarin segalanya sudah tamat BIG siri 1/2010 telah berjaya diselesaikan dengan penuh cemerlang...cukup seronok ketika berada disana..syukur kepada Allah s.w.t.
Hari ini aku masih lagi bertapa kat asrama, sebelum bertolak balik malam esok...
JOM KELIK

Sunday, February 7, 2010

kelas terakhir....

hari ini merupakan kelas terakhir untuk aku dalam kelas kajian sosial sebelum aku mengikut BIG pada hari isnin ini....
lega tugasan Bahasa Melayu aku hanya perlu betulkan sedikit sahaja maklumat yang telah aku buatkan ....sebelum aku perbanyakkan kepada rakan2 yang lain...
Tugasan yang lain masih belum aku sentuh lagi...suci bersih lagiiii..........

Thursday, February 4, 2010