Sunday, July 31, 2016

Yazid...

1.8.2004
Selamat hari lahir. Semoga menjadi anak yang soleh.
Jadilah anak yang membanggakan keluarga.

Saturday, July 30, 2016

Sumbang GST

Habiskan duit dulu. Dah lama tak habiskan duit. Berbelanja di Al Ikhsan dulu. Beli kasut sukan baru. Ganti yang lama.
Pergi dengan pemain bola sepak. Beli kasut baru.




Thursday, July 28, 2016

Sedikit...

Terima kasih Shahrin sebab masih ingat kepada cikgu mu yang  biasa- biasa ini. 2009 kita bertemu dan berbumbung sekali di bawah bumbung MRKK...
Seorang murid yang sangat baik orangnya. Halus sifatnya.


Guru Ganti...

Hari ini heboh. Insya Allah akan dapat peruntukan guru ganti untuk ganti Tengku yang bersalin. Oklah tu. Tapi...
% kepercayaan aku itu tidak sepenuhnya. Sebab pada peringkat awal cakap tak ada PPD tiada duit untuk bayar gaji guru ganti.
Alih-alih tinggal 2 minggu sebelum 13.8 cakap PPD ada duit pula. MAINAN  apa ni?
Tak kira apa bentuk lakonan yang hendak diolah aku tetap berpegang pada janjiku. 13.8 tarikh terakhir aku bersama pra. Sebab itu janji yang diberikan.
Andai hendak guna skrip baru...gunalah tapi pelakon utama berpegang pada skrip yang sama.
Memang betul...pasti akan merindui anak-anak yang kini menunjukkan minat untuk membaca. Walaupun kena marah. Mereka tetap anak-anak yang manja.

Inilah sebahagian wajah-wajah yang menceriakan hidup ini buat seketika.

xtvt pra cekal

Yes. Tercapai hasrat untuk menyediakan nasi kari ayam bersama ulam. Ulam pegaga, raja, timun jepun dan salad jadi taruhan. Cicah dengan kicap bawang dan budu.
Syukur boleh nampak dengan mata kasar anak-anak makan ulam.
Akhirnya ajari mereka kemas pinggan mangkuk selepas makan. Sebelum itu suruh mereka hidang sendiri makanan untuk rakan-rakan mereka.


















Wednesday, July 27, 2016

Sayangku Ustaz Mukhriz...

Aku seronok juga tengok cerita ini. Sampai boleh tergelak seorang-orang. Bukan apa. Teringat saat-saat mudaku.
Teringat peristiwa di Mada suatu masa dahulu. Disuatu kedai kopi. Disaat aku sendiri tidak mengerti apa itu hidup.
Teringat akan saat hari jamuan kenduri kahwin Razi. Tapi itu dulu.
Mungkin kini inilah pembalasan kepada diri ini, kerana pernah mengecewakan sesorang.
Bukan sekali tetapi banyak kali aku membuat kerja itu, sebabnya aku sendiri tidak mengerti. Tak pandai.
Tapi apabila melihat episod sembilan hari ini, terasa malunya orang perempuan itu, apabila ia meluahkan kata cinta kepada seorang lelaki, lebih-lebih kata-kata itu tidak disambut.

lari seketika

Jahatnya aku. Sebab sudah dekat pukul 1.10 petang. Tu pasal aku malas pergi jumpa dengan GB tu.
Sebab aku ada kerja penting yang perlu aku lakukan setiap hari.
Sebab bagitahu aku sudah lewat. Aku mana mungkin boleh jumpa orang jika sudah lewat-lewat.
Lagi satu otak jahat aku...
1. Mesti urusan selepas 13.8 nanti.
Jika itulah alasan yang ingin dibincangkan. Aku tak ingin berbincang pun. Sebab aku malas nok buka pintu perbincangan.
2. Urusan MGDP
Rasa tak sangat. Sebab hari tu dah bagi tahu sudah.

Andai no. 1 yang ingin dibincangkan. Proses perbincangan telah tamat.  Sebab aku ingin berpegang pada janji yang pasti.

Aku pergi jumpa...


Tuesday, July 26, 2016

Terima kasih

Buah katak puru@nam nam. Terima kasih buat Yazid sebab berikan buah ini kepada ku. Sudah lama tidak ku makan buah ini. Hari ini baru boleh rasa.
Sedap. Inilah nikmat dunia yang telah lama tidak ku temui.

Kenapa...

Kenapa perlu kita takut?
Kenapa perlu kita berdiam diri.
Sampai bila.
Tengoklah sekarang ini. 6 tahun aku berada di sini. 6 tahun masalah yang sama terjadi. Tiada jalan penyelesaian. Sebab apa. Sebab berpegang patuh pada kata-kata keramat...
Saya menurut perintah.
Terlebih ikut perintah pun tak boleh juga.  Tak ikut perintah tak boleh juga. Tapi kita dianugerahkan sel-sel otak yang bertugas untuk berfikir. Itulah bezanya kita dengan orang atasan. Gunakan sel-sel otak yang bersambung itu untuk berfikir.
Lainlah jika hanya ditakdirkan untuk menjadi kaki kipas yang terbaik.

Monday, July 25, 2016

kisah hari ini...

Berjumpa dan bertemu dengan Shuhairi di awal persekolahan hari ini dan diwaktu balik.
Semoga dikau menjadi anak yang baik dan mengembirakan orang tuamu.


Sunday, July 24, 2016

inilah..

Mereka inilah dunia hidupku. Besar dihadapan mereka. 2 lagi yang di dalam gambar

Kem Kecemerlangan UPSR 2016

Hari ini giliran Bahasa Melayu yang beraksi. Penceramah Cg. Abdul Wahab Tan.
Banyak ilmu yang dapat ku kutip. Harap _harap ilmu itu dapat diaplikasikan. Amin.












Friday, July 22, 2016

Usm...memori dibuka

Memori di USM dibuka oleh Othman. Terima kasih Man aka Teman sebab buka memori suka duka kita diperantauan zaman 1999 hingga 2002.