Tuesday, February 28, 2017

Menemani...

Sudah lama tidak menemani Suhairi makan di kantin.
Hari ini baru ada kesempatan. Ambil peluang minggu bertugas untuk menemani.




Monday, February 27, 2017

kisah 18.2.2017



Umar, Emir, Ridzuan dan Imran...

Saman...

Selesai pergi bayar kesalahan lampu brek ketiga tidak bernyala.
RM100 melayang. Tiada rezekiku...
Ini saman kali kedua dengan PDRM...

Friday, February 24, 2017

Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil 2017

Syukur. Selesai juga kem hari ini. Walaupun sehari ada jalan ceritanya. Terima kasih semua.
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya bersatu dibawah bumbung SKFC melakar sejarah untuk hari ini.
#selayaknyaaku




















Monday, February 20, 2017

Kini kembali...

Situasi 2011 kembali semula untuk 2017. Jika 2011 aku cubit anak orang sampai merah hidung. Tapi kali ini aku guna kata-kata yang menyebabkan isu ini semakin memuncak.
Tapi yang menjadi masalah kepada aku, mengapa mereka tidak mahu berdepan dengan aku?
Susah sangatke untuk berdepan dengan aku?
Kita boleh berbincang jika terguris dengan kata-kata yang telah aku gunakan terhadap anak mereka.
Sebab aku sendiri masih waras ketika aku mengucapkan kata-kata tersebut. Aku sendiri mengaku kepada anak-anak didikku aku terpaksa menggunakan kata-kata tersebut. 
Celaka... babi...itulah yang aku gunakan.
Ya aku sedar itu ungkapan yang tidak baik... 
Aku siap bagi sebab dan alasan kenapa aku bertindak begitu terhadap mereka.Malah aku sendiri menyatakan apa objektif aku. Malah aku sendiri menyatakan kepada mereka balik bagitahu mak ayah awak, sebagaimana yang telah aku pesan.
Tapi sayang...
Mereka hanya memberitahu akan keburukan aku sahaja... tetapi mereka menutup keburukan dan kesalahan mereka.
Tapi lebih sayang lagi...
Ibu bapa mereka yang mempercayai kata-kata anak-anak sahaja. Komunikasi ibu bapa dan anak terhenti di skala itu sahaja. Ibu bapa tidak cuba untuk cungkil persoalan ini sedalam-dalamnya. Ibu bapa terus menghukum aku tapi pembelaan. 
Semua orang sayangkan anak. Penat lelah membesarkan anak-anak sehingga besar seperti ini, aku tahu. Tapi janganlah sayangkan anak membabi buta tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

Inilah 3 Azkiya' 2017. Kisah kini kembali

Sayang anak...

Betul semua orang sayang anak. Binatang pun pandai sayang anak.
Begitu juga aku juga sayang anak didikku.
Aku tahu kadang- kadang terlepas bahasa yang kasar. Tapi itu hanya untuk mendidik mereka.
Jika dengan penuh kelembutan tidak jalan kita guna bahasa yang kesat. Memang kejam tapi kadang-kadang dengan cara itu mereka berubah.
Ya. Aku sedar. Kita sebagai guru tidak baik untuk berkata-kata kesat kepada anak-anak kita. Tapi kadang-kadang kita sebagai manusia yang lemah tidak mungkin terlepas daripada melakukkan masalah tersebut?
Tapi adakah kita sebagai ibu bapa pernah bertanya kepada anak-anak kita kenapa cikgu mereka berkelakuan seperti itu?
Adakah ibu bapa hanya mendengar cerita anak sahaja tanpa melakukan siasatan yang lebih?
Adakah ibu bapa hanya melihat kejahatan cikgu sahaja tanpa bertanya kepada anak-anak apa cerita sebenar?
Adakah ibu bapa pernah bertanya kepada anak-anak apa yang telah dipesankan oleh guru anak kita buat kita?
Adakah kita percaya anak-anak kita menyampaikan dengan jelas tentang peristiwa tersebut?
Adakah kita percaya anak-anak kita tidak memanipulasikan cerita sebenar untuk menyalahkan guru mereka?

Aku tahu islam telah menggariskan panduan kepada ibu bapa di dalam  proses mendidik anak-anak kita.
Aku tahu islam telah mengajar kita etika dalam proses penyampaian ilmu kepada anak-anak kita?
Aku tahu...
Tapi aku terbabas di saat kita sendiri tertekan dengan situasi yang berlaku pada saat tersebut?
Adakah ibu- ibu dan bapa-bapa tahu apa yang tergolak dalam permikiran guru ketika itu?
 

Saturday, February 18, 2017

KIsah hari ini...

Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43. Selamat berlangsung. Dirasmikan oleh YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, merangkap Ahli Parlimen Bentong...
Ini penari-penari sekolah dibawah bimbingan Cikgu Zawanah dan Teacher Kiran...






Thursday, February 16, 2017

Sebalik ttabir...

Disebalik kunjungan pegawai PPD Bentong untuk pencerapan Linus, Agama Islam dan I-Care ada kisah di sebaliknya.
5 Azkiya' subjek sejarah.
Kesalahan tidak bawa buku teks
Mangsa Mohd Shahrul Haziq.
Denda: Kena cubit.
Masalah: Tercubit dikawasan bekas parut bedah hernia 2 tahun lepas.
Kesan: Dia mengadu sakit.
Penyelesaian; Aku hantar dia pulang ke rumah. Menyatakan masalah itu kepada datuk dan nenek dia.

Monday, February 13, 2017

Majlis Watikah Pelantilan...

Syukur. Selesai akhirnya.
Akhirnya ada kesilapan juga walaupun kita merancang dengan baik. Kita terima kesilapan itu dengan hati yang terbuka.
a. Ucapan GB tiada
b. Susunan pembahagian watikah tidak ikut yang diputuskan dalam whatsApp
c. Pamplet lewat serah.
d. Murid tidak ucap terima kasih
Namun aku berjaya juga memutekan suara anak- anak dalam tempoh tersebut. Walaupun masih terdapat lagi yang bersuara.
Sekiranya kawalan murid mantap... pasti tiada suara yang berkumandang.
Secara keseluruhan murid memberi kerjasa yang terbaik.











Friday, February 10, 2017

Raptai dan persiapan

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik 2017 akan dilangsungkan pada 13.2.2017
Penat juga tetapi oklah. Walaupun hanya mampu buat sedikit sahaja hiasan pentas viral sekarang, janji ada...

Kedut sedikit sahaja. Terima kasih buat Acik, Kiran dan Kak Ma... itulah punca ku pilih diri. Sebab ku tahu kamu akan buat yang terbaik.


Wednesday, February 8, 2017

Demi adik...

RM820 bertukar tangan. Demi keselesaan adik tersayang dan keselamatan abangnya.


Sunday, February 5, 2017

Nasib malang

4.2.2017
Permulaan tahun yang tidak baik. Hari ini disaman sebab lampu brek ketiga tidak bernyala.
Semua ini berpunca sebab tertinggal beg duit di Chemomoi.
Sedih dan sedih.
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk hari- hari mendatang.

Wednesday, February 1, 2017

Sandirawa KPM



Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terancang

Mau bilang apa aku pun tak sanggup

Airmata pun tak lagi mau menitis

Alasan yang sering kali ku lihat

Alasan yang sering kali kau paparkan

Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandirawa apa yang telah kau lakukan

Jujurlah KPM aku tak mengapa

Biar semua jelas dan nyata
Jika nanti aku yang harus isi eg-tukar
Ku terima walau sakit hati