Saturday, October 30, 2010

Perlukah lakonan diperbaiki....

Hari ini 30.10.10, sehari sahaja lagi akan berlabuh sudah tirai oktober. Panggung kehidupan November akan mengambil alih. Tanpa aktiviti seperti biasa. Tanpa ada tekanan. Hanya menanti untuk mengarapkan lakon layar yang akan dipertontonkan pada detik 1 Januari.
Harapan yang tertinggal perlu disudahi sebelum tirai berlabuh. Harapan baru perlu dirancang agar lakonan menjadi lebih bersemangat.
Kekosongan demi kekosongan yang masih lagi tertinggal selama 3 dawarsa perlu diisi perlu ditambah untuk melayari lakonan bertambah mantap.
Lakonan yang lampau dirasa perlu diubah, perlu diperbaiki demi lakonan yang lebih mantap.
Permulaan yang terbaik perlu dicari.
Tapi bagaimanakah permulaan yang terbaik dapat direalisasikan sedangkan tirai lama sudah mula melabuhkan tirai, tirai baru mula dirancang.
Kekosongan lakonan masih lagi wujud. Haruskan menukar pengarah yang berkaliber, menukar plot yang lebih mencabar, skrip yang lebih mantap atau menukarkan watak-watak yang selama ini melayari lakonan kehidupan yang agar membosankan pada tontonan umum. Atau haruskah diambil watak pembantu yang akan memantapkan lagi lakonan. Adakah masih wujud pelakon-pelakon pembantu yang lagi tidak terikat dengan lakonan mampu menerima tawaran lakonan bersama.
Adakah perlu diadakan ujibakat?atau sekadar menangkap muat sahaja apa yang ada asalkan lakonan tidak jemu dimata penonton.Andaikata menangkap muat sahaja pelakon yang ada mau ditangkapnya di mana, pasaraya?tepi-tepi kaki lima atau mengutip di ceruk-ceruk kampung. Aduh susahnya...mampukah mereka untuk membawa watak biar selari dengan skrip yang mungkin mencabar dengan lokasi yang masih lagi terawan-awan.
Atau memerlukan pertolongan dari pengarah-pengarah yang ada untuk membantu?Sanggupkah mereka membantu setelah pertolongan mereka telah ditolak dengan mentah-mentah tanpa banyak alasan yang diberikan hanya sekadar menyatakan lakonan masih diterima oleh umum.
Sukar juga, apabila umur semakin mengecil. Aksi mula menurun. Lakonan masih ditakuk lama tanpa ada perubahan.
A
tau lakonan perlu diubahkan dari sekarang, tapi macam mana untuk mengubahnya sedangkan lakonan dari awal membawa skrip begitu. Adakah semua pelakon-pelakon yang lain mampu disesuaikan sekiranya skrip dipinda secara tergesa-gesa sedangkan pelakon-pelakon lain sedang berhempas pulas dengan watak masing-masing. Adakah mereka sanggup membantu mengubah skrip lakonan demi kepentingan diri sendiri. Andai perubahan diterima, permulaan harus bagaimana?apa tekniknya?imbas kembali?monolog?atau terus masuk sahaja kepada plot-plot tertentu tanpa mengikut urutan plot. Ohhhh susahnya untuk menjadi pelakon terbaik. Mau diambil model lakonan dari mana Jepun ?Korea?Malaysia? Amerika? Susahnya...
Timbulnya persoalan yang mencengkam lakonan kesan dari momentum yang kuat dari kesedaran yang pasti...

Wednesday, October 27, 2010

rindu dan merindui.....

Terasa seronok juga hari ini. Walaupun tak ke mana-mana. Kadang-kadang mati kecil sedar balik dan mati kecil kembali. Buku ada tepi kepala juga...haaaa,,,biasalah musim nak peksa terasalah bahangnya. Dah lama tak exam. Dah lama terasa debaran exam.
Member-member yang sama-sama meredah deruan hembusan angin di Pantai Cahaya Bulan, kini tidak sabar-sabar lagi untuk memanjat Gunung Jerai pada 1 dan 2 hb nanti. Tahniahlah buat kalian. Jangan lupa ye. Aku pun pernah bersama-sama juga berhimpit dan berpanas bersama walaupun seketika...haaaa...
hari ini ketika mata ini sedar dan ketika mata dan minda perlu dikosongkan akan kepenatan...hanya FB sahaja melengkapkan kehidupan disamping membaca info-info terkini mengenai dunia Malaysia yang amat memeningkan sekarang ini.
Kerinduan mula terasa ketika melayan Mohd Syazwi dan Amirul Izzat. Walaupun seketika sahaja kita bertemu anda merupakan pelajar pertamaku di alam sekolah rendah. Amat menyeronokkan.
Andaikata dunia ini milikku sudah lama akan ku putarkan masa untuk bersama-sama mencari kenangan yang paling indah sahaja untuk dinikmati...tak perlu lagi kesusahan yang mencengkam perasaan.

Tuesday, October 26, 2010

Kajian Sosial................

1 dan 2 tarikh yang akan menentukan segalanya selama 11 bulan bersamamu Pn. Esah. Harap kejayaan akan mengiringi nafas-nafasku ketika menabur bakti nanti...

Friday, October 22, 2010

exam dah dekat............


tersenyum...memikirkan exam tak lama lg akan hadir....
namun masih belum ku berbuat apa untuk hadapinya...
kertas yang perlu dihadapi bukannya banyak...sekadar 2 kertas aje...
tapi nak baca malasnya mak datok...

Friday, October 8, 2010

selamat berjuang.....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat berjuang buat pelajar-pelajar Ex-Mada dan MRKK yang akan berjuang dalam peperiksaan PMRU, SMU, STAM dan terakhir SPM.

Semoga mereka semua mencapai target yang telah ditetapkan dalam diri mereka. Semoga kejayaan akan mengiringi nafas-nafas mereka dalam menghiasi kehidupan yang akan mendatang.
Segala usaha yang telah dijalankan disulami dengan doa kepada-Nya pasti akan memberikan seribu kemanisan yang bermakna untuk disantapi nanti.
Berjuanglah bersungguh-sungguh. Demi sebuah kejayaan yang pasti menjadi milikmu....

Monday, October 4, 2010

Saturday, October 2, 2010

Takziah


Takziah buat Siti Nor dan sekeluarga yang telah kehilangan ibu yang tersayang. Semoga cekal dan tabah dalam melayari kehidupan ini.

Mak Cik Yah merupakan salah seorang tenaga penting dalam pengurusan kantin di MADA suatu ketika dahulu. Beliau telah meninggalkan kita semua pada rabu, 29.9.10 tepat jam 3.30 pagi. Semoga rohnya akan ditempatkan di tempat yang istimewa. Amin

Aku hanya baru mengetahuinya malam nih, itupun melalui FB.