Tema kek warna pink. Warna asal yang diingini iailah warna hijau muda. Tak pe lah janji ada kek ada sambutan.
Thursday, September 29, 2011
Majlis Sambutan Hari Lahir Pra Bestari Kali ke-2..
Tema kek warna pink. Warna asal yang diingini iailah warna hijau muda. Tak pe lah janji ada kek ada sambutan.
Wednesday, September 28, 2011
hidup ini......
Dalam melayari kehidupan di bumi Allah s.w.t dan diberikan ruang seketika sebelum dipanggil semula kembali bertemu dengan-Nya. Kita sebagai insan haruslah bersikap juga seperti seekor semut. Kenapa perlu jadi seekor semut. Semut makhluk ciptaan Allah s.w.t yang cukup hebat. Beban yang lebih besar dari kudratnya dapat dipikul. Lebih besar lebih mampu. Yang perting hanya satu dalam kehidupan kita sebagai manusia ialah KERJASAMA. Dengan kerjasama segala masalah, segala benda dapat dilakukkan dengan jayanya.
Kita sebagai manusia juga, perlu sentiasa berubah mengikut situasi kita. sekirannya kita masuk ke dalam reban ayam, jangan kita menjadi musangnya, masuk dalam kandang kambing jangan kita menjadi harimaunya. Tetapi kita perlu mengikut rentak dan ritma kehidupan yang dilalui.
Tak rugi jika kita menjadi sesumpah. Berubah demi kepentingan hidup kita.
Buangkan kaca kehidupan untuk kita bertukar menjadi permata yang disukai.

Sunday, September 25, 2011
menanti....
Tak tahu nak buat apa. Nak lengkapkan barang Pra tak mood yang hadir. Menanti siap download software anime aje. Tu pun tak pasti lgi nak guna macam mana. Haaa...
Lambat benor buat kerja macam nih. Mujurlah mata tak berat lagi.
Malam ini, dalam menanti siap download...hanya sekadar melihat kembali kenangan-kenangan yang lampau. Terasa detik-detik kebahagiaan kembali semula. Kenangan-kenangan inilah yang mematangkan diri ini, secara hakikinya.
Kebahagian yang telah di lalui pasti sukar untuk kembali semula. Sekirannya ada, kebahagian pasti menjadi milikku, sekirannya tiada bermakna kenangan lampau sahajalah yang mampu mengubat kekosongan yang terisi ketika ini...

Thursday, September 22, 2011
Beginilah nasib....
Ketika titisan hujan mula berhenti seketika, langit malam terus memekatkan kegelapan malam. Aku melangkah keluar, bagaikan kelkatu keluar dari pusu ( bahasa kelate nih) selepas hujan petang. Menyampaikan hajat cecacing yang berbaki dalam perut yang teringin hendak menikmati burger Man Chemomoi.
Ketika seronok -borak dengan tuan punya gerai, hadirlah 3 watak utama yang menyebabkan situasi malam yang kelam bertambah kelam.
Si Man, bertanya kepada Si Ibu, adakah akan menghantar anaknya ke sekolah tahun depan. Si Ibu berbunyi akan menghantar anaknya ke sekolah pra tahun depan. Si Man bertanya kepada ku adakah akan mengajar lagi tahun depan? Aku hanya tersenyum mendengar pertanyaan itu tanpa memberi sebarang reaksi. Si Man menyatakan engkau pukul aje anaknya sekirannya malas. Si ibu berbunyi, kalu anaknya merah kena pukul kat cikgu, mau dia pergi bakar sekolah. Si Man berkata, inilah ibu zaman sekarang, hantar anak ke sekolah sebab tak mahu jaga anak kat rumah.
Aku hanya mendengar dan melihat kelakuan anaknya, walaupun berkali-kali dimarah oleh Si Man jangan padam tanda harga burgernya, anak si ibu tetap memadamkan tanda harga tersebut. Hanya suara-suara tinggi si ibu sahaja yang berbunyi,menyeruh suaminya memukul tangan anaknya, namun si suami hanya memarahi jua, si anak tetap melakukan perkara yang sama.
Aku berharap tidak akan menjadi guru anaknya, sekirannya aku tetap mengajar anak-anak murid prasekolah di tahun hadapan. Ini merupakan satu lagi bala yang akan menimpa sekirannya anak si ibu belajar di sini.Andaikata anaknya pandai seperti Aliyah, gigihnya seperti Afiq, tekunnya macam Azamuddin, cekalnya macam Hafiz tidak menjadi masalah kepada diri ini. Sekirannya bebalnya seperti <>:)(* nampak gayanya akan terbakarlah SK LKTP CHEMOMOI.
Bukan meminta tetapi itulah hakikatnya sekiranya si ibu, sukar menerima hukuman kepada anaknya. Sekirannya anaknya mendengar kata, senang diajar mudah berkira tak akan terdetik dihati seorang insan yang bergelar guru untuk memukul anak muridnya tanpa alasan yang kukuh.
Wahai ibu ayah, janganlah menghantar anak ke sekolah pra hanya untuk melepaskan beban yang tertanggung dibahu dengan meletakkan beban tersebut dibahu seorang guru, seperti mana kata-kata Man Burger.

kena cemuh....
Jam 5 pagi sudah tersedar dari tidur yang lena. Biasalah Isyak belum tunaikan. Semua malaikat yang ada dok kutuk. Roh yang terkeluar tak tenteram. Syukurlah roh masih ada rasa malu. Amin
Wednesday, September 21, 2011
Selesaikan kerja...
Syukur. Semuanya telah selesai dijalankan pada hari ini. Jika yang masih lagi tertinggal hanyalah 4 biji pasu bunga sahaja lagi yang belum terangkat. Terima kasih buat murid-murid kelas 6A dan 6C. Walaupun jiwa ini terasa amat marah dengan karenah budak-budak 6A. Buat kerja , mulut berbunyi. Adakah patut hendak suruh budak kelas Pra yang angkat kerusi hantar ke kelas 6C dan Dewan. Angin satu badan nih. Mujurlah aku pandai juga kawal diri. Walaupun kawal diri. Amukan aku kelaur juga walaupun kecil.

Terima kasih buat Rozaini ( 6B ) dan gengnya 4 orang tadi yang sudi menolong aku mengangkat meja ke kelas seni dan ke bengkel KH. Tangan bergerak mulut diam. Kerja Siap. Sejuk terasa hati ini. Biasalah mereka buat kerja ikhlas hendak membantu, pasti akan dapat ganjaran yang sewajarnya. Terima kasih semua. Walaupun tidak seberapa namun itulah yang termampu diberikan. Terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011
Majlis Sambutan Hari Raya Prasekolah 2011(2)
Prasekolah....
Aiman menangis....tangisan solo...diiringi dengan barisan koir Pra
Imani...
menikmati juadah
Hiasan pentas...
Farha...mengutip sampah sarap.......aktiviti selepas majlis
Majlis Sambutan Hari Raya Prasekolah 2011
Majlis Sambutan Hari Raya Prasekolah 2011. Telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang kewangan, juadah makanan, dan segalanya. Barisan ibubapa yang sudi hadir, memang menyeronokkan. Tanpa kehadiran mereka sudah pasti majlis tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Pra Bestari 2011...

Pengacara Majlis Puan Farha

Ayu dan Shima...sajak Berilah kemaafan Itu...

Penari Pra Cekal

Jurugambar Cikgu Ilias...

Tarian Seloka Hari Raya

Nyanyian lagu Mohon Restu Ayah bonda dari Ayu

Lakonan Tambahan dari Nurin, Hakimi, Shima dan Hafiz

Nyanyian Prasekolah

Ibubapa Pra

Subscribe to:
Posts (Atom)