Tuesday, March 26, 2019

Ain & Nabit

24.3 majlis perkahwinan Ain dan Nabit.
26.3 majlis hantar menantu di Kg. Gosong Machang. Pertama kali masuk ke kampung ini.
Tahniah. Semoga kekal hinngga akhir hayat.



Syukur

Syukur kepadaMu ya Allah permudahkan segala urusan cik untuk pagi ini.
Ya Allah Ya Tuhanku padamu aku bersujud syukur di atas nikmatMu.
Selesai sudah CT Scan pagi ini.

Monday, March 25, 2019

Ok...

Akhirnya sia-sia penantian untuk buat CT Scan. Akhirnya berakhir tanpa boleh dibuat. Puncanya ada bersin di waktu pagi. Yes. Inilah kesannya jika ada sembunyikan fakta. Kita akhirnya terima padah. Bertahan lagi di hospital.
Esok pula dapat tarikh baru. Tipu maklumat. Kita tanggung lagi. Atas dunia pun. Kita terus dapat balasan. Tak perlu di akhirat.
Esok. Buat. Tulat. Baru boleh balik. Jika tiada apa- apa masalah. Khamis baru boleh balik. Sabtu aku nok balik. Tetap balik. Walaupun sedih hendak tinggal tetapi terpaksa.
Bukan tidak sudi menjaga tetapi sakit hati semua rahsia nok simpan.
Silap hari bulan petang nih kena marah dengan doktor.
Tadah telinga. Satni dah tebalkan muka sudah. Tunggu foktor lagi.
Maafkan aku doktor. Aku hanya mampu melihat dan melihat.


Hari ini...

Masih menanti untuk buat CT Scan. Semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusan Cik untuk hari ini.
Ya Allah Ya Tuhanku permudahkan segala urysan ibuku.
Pulihkan ibu sedia kala. Amin.
Masih lagi di wad 8P...menanti CT Scan...9.05 pagi

Sunday, March 24, 2019

Cukup untuk hari ini

Cukuplah kali ini. Selepas ini tak mahu lagi. Semoga selepas ini Cik sihat selalu. Tak mahu lagi masuk hospital.
Wad 8 Hospital Kota Bharu.


Friday, March 22, 2019

Tak berapa...

Tak berapa nok boleh nak hadam sangat. Jika masalah sistem yang dinyatakan.
Sedangkan dalam 3 bulan sekolah ugutan berkait dengan prestasi dah 2 kali dalam mesyuarat.
Macam salah sistem juga ko?
Nok kena terima bulat2 juga ko.
Semua yang kena bakal naik gred DG44.
Semua yang kena pegang jawatan KP, Penyelaras Prasekolah,GBSM
Adakah ini juga satu kesilapsn sistem...
Teruknya orang yang membina sistem. Kenapa Majlis Pengetua dab Guru Besar tak buat aduan kepada KPM...adakah ini juga salah sistem..
Atau hanya bermesyuarat tahun ini nak g buat lawatan penanda aras di mana?
MOU dengan negara mana?
Sistem...sistem...









Thursday, March 21, 2019

Untung nasib...

Pagi ini ada perjumpaan dengan Geng Bahasa Melayu Tahun 6: Aku, Bani, Kak Mala dengan Cg. Usop berkaitan dengan Kem Tahun 6 pada 6 April nanti.
Dalam perjumpaan itulah isu hangat minggu ini di timbulkan oleh aku dan Bani.
Isi markah prestasi yang kami dapat rendah dariapada semua orang.
Bani: KP Bahasa Melayu
Zaman: KP Sains
Aku: KP Sejarah
Tengku: Penyelaras PRA
Suhaimi: GBSM
Mutalib: KP Agama Islam.
Kami antara yang mendapat markah paling rendah dengan permulaan angka 8. Daripada kami ini ada yang sedang menunggu kenaikan gred jawatan ke DG 44.
Bani: KP Bahasa Melayu
Aku: KP Sejarah
Tengku: Penyelaras PRA
Suhaimi: GBSM
Mengapa berlaku pada kami?
Di tahun terakhir perkhidmatan kami di DG 41. Apakah yang kamu hendak lakukan?
Mengapa kamu lakukan ini? Apakah justifikasi kamu di saat kamu melakukan keputusan ini.

Dalam perjumpaan ini, segala isi hati telah dikeluarkan dengan sebaik mungkin.
Petang ini aku maklumkan oleh Shahbani, Pentadbir ada perjumpaan dengan GB pada pukul 2. Mungkin isu ini juga akan dibentangkan.
Lantaklah.

Wednesday, March 20, 2019

Serangan...

Hari aku terus bagi serangan yang padu. Jelas. Tidak seperti serangan kali pertama.
Terkesan atau tidak entahlah.
Aku sedar aku mentimum pasti akan di lenyek akhirnya.
Tapi ingatlah durian juga akhirnya juga pasti dilenyek akhir hidupnya.
Serangan kedua

Serangan pertama
Bayangkan sepanjang tahun 2018 punyalah banyak aktiviti sekolah yang dijalankan. Setiap aktiviti yang dijalankan aku ikuti. Tiada satu pun aktiviti yang gagal sertai. Semua kerja aku buat.
Program bersama pemimpin Dato Amizar jam dekat pukul 1 pagi baru balik.
Program persaraan Kak Ja dan Ustax Zul kerja sampai malam.liupa pukul berapa balik.
Program hari sukan sekolah...
Program MUB
Program  HAC
Program Hari Guru
Program Sambitan Hari Kemerdekaan
Program Sambutan Hari Raya
Ptogram Bulan Ramadhan
Ini sebahagian program yang aku jalankan...
Takkan markah boleh jatuh dari tahap cemerlang turun ke tinggi.
Bagaimana dia menilai


Kesan...

Hari ini. Dikejutkan dengan keputusan Sahidan yang sakit hati dengan pentadbiran GB gila.
GB yang paling jahat sikapnya.
Berpunca salah satu sebab penurunan markah prestasi kerja yang  menurun.
Aku dalam keadaan seperti ini masih lagi sempat Cikgu Yusuf tentang peranan dia.
Ingatlah tapi orang bawah kita tak mampu berdiri sendiri di dalam satu organisasi.
Hebat macam mana sekalipun kita... Tanpa orang bawah tidak mungkin kita boleh berjaya.

Setelah aku tahu perancangan dia untuk menjahanamkan orang yang dia tak suka. Apa perasaann aku.
Benci. Menyampah.
Engkau menilai orang dengan hati dendam.

Tuesday, March 19, 2019

Entahlah...dendam ke? @ sikap kebabian?

Sedang mencongak apa program yang tidak aku laksanakan dalam tahun 2018. PDPc dalam kelas Insya Allah telah aku masuk dan mengajar. Entahlah apa yang tak kena pada pemandangan orang lain. Sebab nilai kerja kita di nilai oleh orang lain. Bukan di nilai oleh Malailakat.
Manusia boleh menilai kita di saat hati yang kotor. 
Di saat hasutan syaitan masih bermahajara lela di dalam pemikirannya.
Aku tertanya-tanya apa...
Aku tertanya-tanya kurangnya...
Aku tertanya-tanya di mana silapnya...
Biarkan begitu sahaja ke?
Tidak aku tidak akan berdiam diri...
Dosa apa yang telah engkau bina...
hanya bisa diampun oleh aku sahaja,
kerna engkau dengan sengaja telah menjatuhkan hukuman terhadap aku tanpa mengerti kesalahan apa...

Turun

Inilah nasib diri ini. Bukan sahaja turun markah namun turun sekali dengan gred prestasi.
Aku tak pasti. Di mana kesalahan aku di matanya.
Andai terdetik di hatinya berkaitan dengan dendam. Setiap titik peluh yang mengalir dari tubuh. Aku tidak halal akan di nilai sebegitu.
Celaka sungguh orang begini.

Monday, March 18, 2019

Inikah caranya..

Beginikah caranya... Buat kerja ambil gambar pos dalam media sosial.

Malu ape bossku...

Aku terpaksa tebalkan muka. Bertanya isu markah prestasi.
Bukan apa. Kejatuhan yang anat berat bagi aku.
Biasa markah 90 turun ke 89 markah...
Dengan aktiviti yang sangat banyak di longgokkan ke atas bahu...
Ini hasilnya...





Terkejut...

Terkejut. Terkejut. Terkejut.
Seolah-olah aku tak pernah ada kerja di sekolah. Hanya hadir di sekolah. Goyang- goyang kaki. Balik.
Masuk kelas jarang. Datang sekolah jarang. Ponteng kerja.
Markah prestasi paling tinggi pada tahun ini. Sepanjang berkhidmat. Markah inilah yang pernah aku dapat.
Cukup hebat.

Wednesday, March 13, 2019

skit2

Projek hias kelas...terus bermula masih belum terhenti lagi. Sedikit demi sedikit aku hasilkan. Modal usah cerita. Modal sekolah RM100. Kutipan duit anak murid baru dapat RM105. Guna dah banyak weh...










2 situasi

Pagi ini marah dekat budak 4 Najihin. Bukan main aku pesan tolong baca buku. Baca muka surat 37. Esok kita nok buat ulasan. Senang kita nok bincang. Hasilnya...


Ini pula kisah budak darjah 1. walaupun masih kecil ada usaha untuk hafal sifir. Bukan sifir 1 tapi sifir 6...
Malah ada buku cataran masa perhimpunan pagi...
Terbaiklah anak ini. Jika dibentuk dari awal pasti kejayaan menjadi miliknya...




Monday, March 11, 2019

Terima kasih...

Berterima kasihlah sahaja. Susprise yang diusahakan tapi tak berjaya ini. Aku jenis orang yang tidak ikut pemikiran kamu.
Aku jenis ikut kehendak hati sendiri. Tidak mengikut gaya orang lain.
Baru terima hari ini. Kejutan pada 9hb tak berjaya sebab aku lari awal melakukan kerja...
Tadi pun Miza ada cakap beza kita hanya sebulan...kenapa tiada kejutan untuk dia...
Senyap...
Tadi Izzah cakap...kesayangan...
Ini bukan sayang... Tapi penentang dalamm diam...



11.3.2019

Hari ini, hari lahir buat Amir Syahmi untuk kali ke13 tahun. 2 hari selepas aku menyambutnya.
Aku menanti ucapannya pada hari lahirku daripadanya...
namun tidak kunjung tiba. Hanya tiba daripada Alif sahaja.
Maka aku melalui hari-hari sukar bersama Aliff sahaja.
Biarlah... orang tak suka berkawan dengan kita. Kita pun tak akan memaksa orang untuk suka akan kita.
Titik demi titik.

Tanggal 9.3 aku bersama Aliff menuju ke Seremban untuk bersama berlibur di sana. Tayangan Captain Marvel menjadi sasaran pada hari tersebut.
Nando"s menjadi sasaran untuk isi perut ini. Terima kasih Aliff sebab layan diri ini.
Hari tersebut aku telah ponteng kerja. Ponteng kerja.
Di sekolah ada kem jati diri tahun enam. Pukul 0.30 pagi aku dah balik. Balik..Ponteng.
Sorry rakan-rakan yang lain. Aku terpaksa lakukan demi kepentingan diri sendiri.
Nando"s menjadi sasaran untuk perut ini...
Aku punya
Aliff punya

Terima kasih Aliff ....

Saturday, March 9, 2019

40

Hari ini. Usiaku telah bertukar. Hari ini cukup 40 tahun aku hidup di bumi ini. Dudah senja usiaku.
Terima kasih buat Cik dan Ayah serta ahli keluargaku...
Terima kasih semua.

Wednesday, March 6, 2019

Sindir menantu...

Jika kita hendak perli seorang yang hati lembut macam tisu. Kita perlu guna pendekatan orang melayu dahulu kala. Penuh bersopan santun. Sindiran yang digunakan amat lembut adanya unsur alam dan sebagainya.
Jika terasa bermakna hatinya masih suci. Jika tak terasa bermakna hatinya penuh noda.
Ini situasi SKFC...
Dapat GB kaki sanggup
Dapat GB kaki jilat
Dapat GB kaki selfie
Dapat GB kaki...
Susah...
Semua benda nak di buat
Semua benda sanggup nok buat
Keupayaan tak pernah ditafsir
Inilah yang susah...
Sekolah Tranformssi
TS25 memang gagah orang luar dengar...
Tapi...

Monday, March 4, 2019

2 aktiviti 1 hari 1 tempat

Akhirnya selesai jua 2 program dalam satu hari. Berakhirlah tugasan untuk hari ini. Selesai.
Program bijak matematik fokus hafaz sifir dan program pergigian kelolaan Klinik Pergigian Simpang Pelangai.
Program berjalan dengan lancar tanpa cacat cela. Berkat Boss tiada kot.