Pergi rumah hari ini. Ada masalah baru.
a. Masalah siling kapur
b. Masalah air. Enjin
c. Masalah kabinet
Sudah telefon. Harap dapat selesai.
Tuesday, May 31, 2016
Monday, May 30, 2016
Apa akan terjadi...
Kitalah saksikan apa yang akan terjadi dan apa yang akan berlaku.
Sesi kedua 2016 akan membuktikan kelemahan dan keegoan akan memakan diri sendiri.
Tahniah kepada sahabatku akan beritamu itu.
Jan 2011 hingga Jun 2016 setakat ini sahaja...
Nantilah ku update lagi...

Saturday, May 28, 2016
selesai sudah...
Selesai sudah akhirnya pengorbananku untuk cuti ini.
Semoga Allah s.w.t sahaja yang berhak menentukkan semuanya.
Semoga anak-anakku mendapat ilmu dari sedikit pengetahuanku.
Mungkin ini yang terakhir...
Aku tidak lagi mempunyai kebebasan yang hakiki...

Friday, May 27, 2016
Episod dua ...
2 minggu dari sekarang episod 2 dalam fasa pengajaran 2016 akan bermula.
Fasa baru dengan lokasi yang berbeza dan para pelakon yang berbeza, sudah tentu plot lakonan juga berbeza. Akan bermulalah sejarah lama yang dikisar dan diolah balik...
Hari ini, andaian yang tersimpan dalam pemikiran aku telah terdedah hari ini, setelah 2 mata bertentangan. Kak Ma mengaku kepada aku, yang dia menolak permintaan untuk mengajar prasekolah. Dia minta Kak Ma mencadangkan nama baru, tapi Kak Ma tak berikan.
Hebat lakonan dia. Hebat. Dia ingat aku tak tahu. Jalan cerita yang sama hanya pelakon sahaja yang sama.
Hanya aku mengharapkan apa yang aku andaikan hari ini... tak akan terjadi pada masa akan datang. Jika berlaku sudah pasti aku akan mengamuk dan mengamuk...

Thursday, May 26, 2016
Wednesday, May 25, 2016
bagai...
Terasa diri ini bagaikan melukut di tepi gantang. Ada tetapi tidak memberi kesan. Jika tiada pun tak apa.
Itulah situasi aku sekarang.
Tergalas tugas untuk mengajar BM kefahaman tahun 6 akhirnya di tarik balik. Akan dipaksa tanpa kerelaan untuk mengajar prasekolah.
Apa rasa...
Terasa terlalu hina...
Namun aku tiada kudrat...
Walaupun tugas yang tergalas hanya untuk tempoh 45 hari lebih kurang tapi ia cukup-cukup mengecewakan aku.
Baru 2 tahun 5 bulan aku bebas...kini aku terpenjara kembali...

Tuesday, May 24, 2016
merakam kenangan...
Monday, May 23, 2016
Luangkan masa...
Minggu terakhir sebelum terpisah oleh blok masa. Inilah caranya ku luangkan masa yang ada sebelum terkunci di dalam blok masa yang aku sendiri tidak tahu.
Hanya masa yang perlu aku tempuhi untuk mencari keluatan yang tiada...

Sunday, May 22, 2016
Saturday, May 21, 2016
Kem Bestari Solat 2016
Selesai juga program hari ini. Sebagai fasilitator untuk kem bestari solat. 3 Bestari.
Andai ada kelemahan itu atas kelemahan diri ini sendiri.
Apa-apapun seronok.

Tahniah
Tahniah dan syukur kepadaMu Ya Allah. Kerana memberikan kekuatan kepada anak-anakku menunjukkan prestasi yang cemerlang walaupun masih gagal mendapat A lagi.
Belajar bersungguh-sungguh. INSYA ALLAH kejayaan akan mengiringi usahamu.

Friday, May 20, 2016
umumkan...
Hari ini, aku sudah umumkan kepada semua anak- anakku yang aku akan meninggalkan mereka. Minggu ini merupakan hari- hari terakhir aku bersama mereka. Sebelum aku betul- betul meninggalkan mereka semua pada hari rabu nanti.
Terharu aku dibuatnya...
Belajarlah semua biar jadi pandai.
Kerisauan mereka terhadap anakku
Terharu aku dibuatnya...
Belajarlah semua biar jadi pandai.
Kerisauan mereka terhadap anakku
Thursday, May 19, 2016
Biar...
Biarlah nukilan-nukilan suara hatiku di pindahkan di dalam curahan blog ini. Aku tiada sesiapa yang mampu ku luahkan.
Ya betul kepada ahli keluarga ku telah ku curahkan, mereka hanya mampu memberikan semangat. Agar semangatku tidak akan putus.
Memang ini bukan masalah kepada mereka yang tidak merasai. Tapi aku pernah alaminya. Aku pernah rasainya. 3 Tahun satu jangka masa yang sama. Bukan satu jangka masa yang singkat aku diperbodohkan dan terus di perbodohkan.
Bulan 10, ada seorang yang bakal menyusuri jalan yang sama. Melahirkan umat manusia. Siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya. Takkan akan dibiarkan anak-anak tersebut bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya.
Itupun persoalannya yang perlu disediakan jawapan oleh mereka yang menduduki jawatan terbesar. Mereka perlu mencari jawapan bukan mencari helah.
Mencari helah dan teruskan berlakon adalah lumrah.Tapi sampai bila. Sampai bila ingin terus bertahan untuk mengaburi mata. Jangan anggap mata yang hendak dikaburi ini mata anak patung yang boleh dicorak-corak warnanya.
Bukan hendak menjadi penderhaka. Bukan hendak dibalas. Tapi sekurang-kurangnya hargailah kesukaran yang kita hadapi. Penat lelah orang yang telah berkorban demi keselesaan diri mereka.
Jangan biarkan keresahan akan bersarang di pemikiran.
Betul kita sebagai penjawat awam perlu akur kepada arahan yang diberikan. Tidak boleh melawan. Kita siapa untuk berlawan. Kita hanyalah mentimum. Tergolek ke kanan luka, tergolek kiri pun luka. Tapi berfikirlah, sampai bila masalah yang kecil sebegini tidak boleh kita selesaikan. Lemah sangatke kita untuk mempertahankan hak kita.
Fikirlah, apakah sumbangan engkau kepada sekolah. Jika masalah kecil sebegini engkau gagal atasi. Mengapa aku dilantik?Adakah untuk memenuhi kekosongan jawatan?Adakah untuk satu kepuasan diri?
Kenapa aku dipilih:
Alasan aku ada pengalaman?
Linus tinggal seorang?
Penilaian PnP keputusan 66.6%?
Bagaimana pula dengan perjuangan aku selama 5 bulan ini?
Biarlah...
Aku sedar semakin aku banyak mencoretkan rahsia hatiku. Hanya aku sahaja yang memahami masalah ini.
Selagi hayatku di sini, selagi masalah ini tidak berkesudahan... harapan untuk menyelesaikan masalah sudah tersimpan di lubuk hatinya.
Tahun depan, tahun terakhir Ustazah Jaleha berada di sekolah sebelum menamatkan perkhidmatan. Siapa lagi yang akan dijadikan kambing hitam untuk menyelesaikan masalah ini?
Inilah padahnya jika, kita enggan menerima rezeki yang tergolek. Walaupun tidak pasti adakah itu rezeki yang nyata atau itu hanyalah omongan kosong.
Tapi kenapa kita mengalah terlalu awal. Atas dasar "duka lara".
Tapi duka lara orang yang telah lama berada disini tidak di ambil kira.
Betul. Ya Betul. Aku nampak baik dengan anak-anak. Bergurau pun boleh. Tapi ia berbeza.
Dalam kelas kita ada KPI yang perlu dicapai.
Bagaimana jika KPI kita tak tercapai apa kata ibubapa? Apa kata rakan-rakan? Apa kata pentadbir?
Apa kata PPD? Apa kata JPN? Apa kata KPM?
Mereka bukan tahu masalah. Sebab mereka membutakan mata untuk melihat masalah.
Dalam tugas yang diamanahkan kita ada target. Kita ada perancangan. Walaupun kita lemah kita hendak yang terbaik.
Apabila kita hendak mencapai target kita akan menyebabkan anak-anak kecil yang tidak berdosa akan mendapat tempiasnya.
11.42 Malam...

Khamis...2016 Mei
Minggu ini dapat hadiah hari guru yabg terbaik. Tak pernah dapat hadiah hari guru. Jarang cikgu dapat hadiah hari guru yang hebat.
Hadiahnya... tinggalkan arus perdana dan selami dunia prasekolah.
Ya. Mungkin pada pandangan orang. Apa salahnya mengajar prasekolah. Mereka pun murid juga. Ya betul mereka pun murid. Tapi tengoklah selepas ini siapa kita setelah kaki diletakkan disana.
5 bulan pertama. Disasarkan untuk mengajar tahap 2. Tahun 6. Aku berusaha untuk memantapkan ilmu di dada. Aku cuba belajar dari rakan-rakan yabg lebih senior. Buang rasa malu pada diri demi ilmu untuk anak-anak tercinta. Biarlah kita malu dari kita memberi ilmu yang salah.
45 hari satu tempoh masa yang singkat. 45 hari juga aku akan meninggalkan skil mengajar di tahap 1 dan 2. Satu jangka masa yang panjang.
Adakah selepas itu...aku kena galas lagi... tugas lama. Sekadar masuk ke kelas beberapa hari dan buat soalan exam? Semak lagi kertas? Untungnya mereka yang mengambil tugasku.
Akhir tahun 2015. Aku sudah suarakan tidak mahu mengajar anak-anak 3 Bestari. Biarlah orang lain mengajar. Tapi tak berjaya. Sekarang aku lepaskan juga mereka. Di saat aku sudah mempunyai perancangan untuk mereka. Perancangan buat mereka di akhir nanti. Mungkin ia akan menjadi sejarah yang tidak mungkin.
Terjerat di dalam prasekolah seolah-olah aku sendiri terkurung di sangkar. Tidak boleh terbang bebas. Terpenjara di alam ini.
Ya. Betul kita ada ruang semua. Ke kantin dan sebagainya. Tapi... di mana masaku untuk bersama-sama orang yang boleh menceriakan hidupku di kala aku keseorangan dalam melayari hidup di perantauan.
Aku tiada lagi ruang masa itu. Terpisah oleh ruang masa yang aku sendiri tidak ketahui.
Ini mungkin salah satu kebebasan untuk ku yang akan terpenjara.
Kita di bawah satu bumbung tapi terpisah oleh blok masa yang berbeza.
Kita di bawah satu bumbung tapi terpisah oleh komitmen yang sama.
Kita di bawah satu bumbung tapi terpisah oleh jarak yang dekat.

Wednesday, May 18, 2016
Berulang...
Aku sendiri menjadi buntu memikirnya. Masalah tidak pernah terhenti dan berjaya diselesaikan sejak 6 tahun yang lalu.
Dimana silapnya? Dimana kelemahannya? Dimana puncanya?
Bagi diriku semuanya terletak di tangan mereka yag membuat dasar.
Jika bijak bertindak...maka selesailah masalah
Jika berusaha... hasilnya ada
Jika bekerja... ada penyelesaiannya
Jika menunduk... kita akan tetap sebegitu
Tahun depan masalah ini akan menjadi sama. Tahun ini Tengku yang bersalin. Tahun depan atau ini Yusniza pula bersalin. Lagi haru awal-awal tahun lagi atau hujung tahun ini bakal mendapat anak.
Yang aku meradang...
Mengapa buat perancangan yang gagal. Meletakkan aku di tahap 2. Penat aku berusaha dan belajar di tahap 2 akhirnya melepaskannya sebegitu rupa.
Nampak sangat usaha aku tidak begitu penting.//////////////////////////////////////////////////////
Maka inilah nasibku

Terasa diri...
Terasa diri ini tidak penting. Ada sekadar mencukupkan suasana kehangatan UPSR sahaja.
Terasa cukup terhina. Usaha 5 bulan yang telah aku curahkan tidak cukup untuk memangkin perkembangan anak-anak. Akhirnya aku digugurkan dengan cara campakkan aku ke alam prasekolah.
Ya. Aku pernah menyuarakan kerisauan terhadap anak-anakku. Kesan keputusan Top 3 Pahang. Tapi aku tidak pernah berhenti berusaha. Aku teruskan usaha tersebut.
Tapi kini usahaku terhenti dengan arahan " meminta tolong".
Kenapa aku. Sedangkan aku mengalas tugas yang besar.
Keputusan ini akan merenggang hubungan aku dengan anak-anakku. Secara tidak langsung akan wujud satu halangan waktu.

Monday, May 16, 2016
Hari Guru 2016
Terima kasih kepada anak-anak didikku yang sudi memberikan hadiah buat diri ini. Terima kasih.
Bukan hadiah yang ku nantikan. Cukuplah dikau memberikan kejayaan kepada diri ini. Terima kasih sayang.
![]() |
| Koleksi hadiahku... |
![]() |
| Sebahagian daripada pen pemberian daripada anak-anakku. |
![]() |
| Comelnya bear nih...sape yang berikan ya? |
![]() |
| Kek Hari Guru sumbangan KSIB |
![]() |
| kali pertama dapat hamper |
![]() |
| Naufal 3B |
Bingkai foto sumbangan guru lain. Tempat anak kunci sumbangan Kelab Guru. Akhirnya...
Selesai majlis sambutan hari guru 2016.
Sunday, May 15, 2016
Selamat hari guru...2016
Guru Pembina Negara Bangsa. Itulah tema hari hari guru tahun ini.
Terima kasih buat semua guru-guru yang telah memberikan ilmu buatku untuk terus bertshan hingga hari ini. Terima kasih cikgu.
Terima kasih. Semua.
Tanpa mereka semua. Tidak mungkin aku dapat terus bertahan sejak 2006 hingga kini.
Terima kasih untuk anak-anak didiku.
Terima kasih buat semua guru-guru yang telah memberikan ilmu buatku untuk terus bertshan hingga hari ini. Terima kasih cikgu.
Terima kasih. Semua.
Terima kasih untuk anak-anak didiku.
Hasil keringat...
Bersama Hafiz selesaikan photobooth untuk Majlis Sambutan Hari Guru 2016.
Dari pukul 9 pagi terus terlajak sampai pukul 1.30 petang.
Hasilnya cukuplah untuk kami. Tiada duit yanh besar dilaburkan. Konsep kitar semula sahaja...

Friday, May 13, 2016
Wednesday, May 11, 2016
pening...
Kali pertama aku melangkah kaki ke mesyuarat kecemerlangan UPSR 2016.
Persoalan aku tentang program "home learning" tidak dijawab dengan lengkap. Sekadar menjawab sudah ada kumpulan. Sepatutnya ia dibentang dengan jelas dalam mesyuarat. Buat apa panggil mesyuarat sekiranya persoalan ahli tidak dijawab dengan baik.
Entahlah. Mungkin aku ketinggalan kereta api sehingga perkara penting sebegini tak tahu.
Lagi pening...keputusan dibuat bila... mengapa tidak diputuskan dalam mesyuarat. Mengapa alih-alih ada program. Akhirnya yang kena sediakan bahan cikgu yang mengajar juga.
Senang cerita kalu dah rahsia sangat baik buat pakatan sulit tak perlu panggil mesyuarat.
Mesyuarat adalah untuk buat keputusan bukan tempat mendapat persoalan.

Tuesday, May 10, 2016
Betul-betul terjadi...
Jika dahulu aku baca dalam akhbar murid mati di hempak oleh tiang gol dan kuncu-kuncunya. Hari ini benda ini terjadi kepada anak didikku. Beza dia denganku hanya beberapa jarak sahaja.
Benda ini betul- betul menguji aku sebagai guru. Takut. Cemas. Risau semua bersarang di dalam fikiranku tadi.
Syukur semua dikatakan oleh pihak doktor yang merawatnya. Walaupun aku terkilan sebab tidak di xraykan Antasya.
Hanya harapanku benda ini tidak akan membawa masalah lain. Amin.

Kisahnya semasa aku berjalan menuju ke padang bersama-sama mereka. Ahmad Daniel murid tahun 6 Bestari berlari ke arah tiang bola jaring. Itulah punca kejadian itu berlaku.
Monday, May 9, 2016
harapan
Tak pernah terbayang akan menjadi seperti ini pada akhirnya
Semua waktu yang pernah kita lewati bersamanya telah hilang dan sirna
Hitam Putih perlu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati ntuk dapati semua jawaban ini
Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini memang ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Memang tak mudah tapi ku tetap menjalani kosong nya hati
Dulula mimipi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history
Hitam putih perlu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati tuk dapati semua jawaban ini
Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini memang ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa ntuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan..(ouw..ho)
Dunia kita berbeda
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini memang ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Harapan...
#akhiripenantianku

Sunday, May 8, 2016
Shims...
Terima kasih Shima. Anak didikku dari zaman prasekolah hingga kini. Terima kasih atas hadiah ini...
Tapi adakah aku layak...
Ramai anak didikku cakap aku pilih kasih. Ramai yang menyatakan sebegitu.
Mungkin juga. Akhirnya aku keseorangan dalam pencarian hidup. Tanpa orang yang ku sayangi. Itu yang paling ku takuti.
Ya Allah berikan kekuatan kasih sayang yang mengalir terus mengalir dalam lipatan sejarah hidup mereka.

Lawatan ke KL dan Selangor
6 hingga 7 Mei 2016.
Pagi jumaat hingga malam sabtu. Berombongan ke Kuala Lumpur dan Selangor bersama 80 murid. Pengawas sekolah, pengawas PSS dan PRS dan 8 orang guru.
Suka duka perjalanan ke sana tersimpan dalam memori...

Subscribe to:
Posts (Atom)