Thursday, March 29, 2018

Permudahkanlah

Ya Allah permudahkanlah urusan hamba mu ini.
Ini sahaja yang termampu oleh aku untuk hari ini.



Terasa...

Hari ini, terasa sangat sunyi. Entah kenapa. Hidup terasa sunyi.
Aku melalui hari-hari ini dengan kesunyian yang amat. Terasa terlalu kosong. 
Terlalu kosong.
"Ya Allah Ya Tuhanku, andai engkau telah tetapkan jodohku, engkau tunjukkanlah ia, jika engkau telah tetapkan aku tidak mempunyai jodoh engkau berikan aku sesorang yang mampu menyayangi aku sebagai mana aku menyayanginya."

Jiwa ini terasa bagaikan kosong.Kosong.
Betullah meminjam kasih sayang daripada orang yang terpaksa menyayangi kita adalah sesuatu yang sukar.
Sampai satu saat mereka akan meninggalkan kita tanpa pesan, tanpa ungkapan perpisahan...
Inilah realiti.
Inilah hakikatnya.
Walaupun kita sanggup buat apa untuk mereka, tetapi keikhlasan dalam diri mereka...
 
Adakah kerana jiwa ku kosong...
Ya Allah Ya Tuhanku..engkau bantulah aku yang dalam kesunyian ini. 
Engkau berikanlah ruang-ruang keceriaan di dalam hidup ini.

Kasih...



Betullah menumpang kasih  orang adalah sesuatu yang tidak akan kekal sepanjang masa. Akhirnya kita, yang kecewa sepanjang perjalanan hidup sendirian.
Walaupun kita sanggup berkorban segalanya, tetapi pengorbanan kita hanya dipandang sepi sahaja. Mereka menerima pengorbanan kita tetapi melepaskan begitu sahaja tanpa memberikan kasih sayang kepada kita.
Akhirnya kita yang terkulat-kulat mencari kasih sayang sedangkan orang yang kita harapkan tidak pernah terdetik untuk menyayangi kita.
Sebenarnya aku mencari seorang yang mampu untuk mendoakan aku disaat aku telah terpisah di antara jasad dan roh... 

 Kadangkala aku pernah terfikir...



Gerak irama.

Aktiviti pergerakkan berirama bersama anak- anak kelas 4 Najihin dan kelas Azkiya'. Tahniah kerana melaksanakan arahan dengan baik. Daripada 8 kumpulan hanya satu kumpulan tidak memberikan kerjasama.
Kitkat menjadi hadiah untuk mereka.
Terima kasih Kak Long kerana sudi menjadi juri untuk saya hari ini. Jasamu amat dikenang.










Monday, March 26, 2018

Jamuan kecil

Jamuan kecil bersama anak- anak. Walaupun sedikit itu adalah rezeki untuk mereka melalui aku. Terasa rindu makan bersama anak- anak terbalas. Jika di Kuala Krai inilah altiviti aku.
Terima kasih Hazwan, Ikram dan Amir.
Walaupun tidak seberapa kira oklah. 4 batang kerepok gotel, 2 biji murtabak daging beli dengan Farah, kerepok keping, tembikai.





Thursday, March 22, 2018

Belanja

Hari gaji. Aku beli beg duit jenama Larrie yang baru. Baru RM40 harga selepas offer. RM199.90 harga asal. Syukur.
Ku rembat juga 2 helai baju. RM50. Jenama PDI. Oklah dah lana tak belai badan sendiri.

Petang ini. Duit lebihan LHDN telah aku tukar kepada sepasang kasut Asics Gel Zaraca 5 warna kelabu yang berharga RM239.00. Walaupun lebihan LHDN hanya RM196.55.
Oklah janji aku ada sesuatu yang aku beli.


Wednesday, March 21, 2018

Umrah

Selesai hantar Idin ke lapangan terbang di Pengkalan Chepa.
Semoga berjalan lancar.

Monday, March 19, 2018

Mata...

Biarlah menjadi rahsia. Biarlah ia menjadi tanda tanya.
Inilah tanda aku menyayanginya.
Andai suatu hari nanti dikau melupakan diri ini. Aku redha. Kerna aku hanya menumpang kasih sayang dikau.
Andai emgkau menyayangi daku, dikau tetap aku sayangi.
Ambil kisah Tomb Rider.



Sunday, March 18, 2018

Harta

Inilah nikmat yang diberikan olehNya kepadaku walaupun kecil tapi bermakna.
Satu lot dibahagikan 3. Oklah daripada tiada langsung.
Tanah ini dibeli menggunakan duit kwsp. Inilah hasil penat lelah yang berbaloi. RM21000 aku taruhkan di situ.

Friday, March 16, 2018

Nikmati...

Makan malam dengan Alif di Faez Tomyam Simpang Durian.
Air Soda, Air tembikai, nasi 2 pinggan, tomyam dan ayam lemon baru RM28.


Roda

Di dunia ini, kita tidak boleh lari daripada pusingan kehidupan. Ada masa kita berada di atas ada masa kita akan berada di bawah.
Di saat kita berada di atas, silalah lihat dan pandang ke bawah, jangan terus mendonggak ke atas sahaja tanpa melihat ke bawah.
Ingatlah inilah dunia. Ada pasang surut dalam kehidupan. 
Ada saat kita berada di dalam kesenangan dan ada masa kita berada di dalam kesusahan.
Inilah yang terjadi pada aku hari ini, untuk dapatkan borang pertukaran yang telah dihantar sejak sekian lama, tidak dapat. Alasan sebab tidak mohon sendiri, melalui Rahmad. Ok. Aku dah masuk mengadap. Tidak bagi juga dengan alasan, lambat lagi tarikh tutup.
Sukarnya untuk dpatkan tandatangan GB yang lupa pada roda ini...
 

Thursday, March 15, 2018

Bukan merungut...

Bukan niat untuk merungut. Tapi itulah kenyataan yang tidak boleh disanggah dan tidak boleh ditipu oleh mata yang memandang.
Kita selesaikan semua acara hari sukan hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada sukan komuniti. Bermula dari tarik tali hinggalah ke lari 4x 100 meter.
Apa erti ini semua? Anak-anak melihat dan menyaksikan ibu bapa beraksi dan bergembira.
Bukan ibu bapa yang menyaksikan anak-anak beraksi.
Mengapa agenda ini tidak terus dibentangkan dalam mesyuarat tetapi menggunakan isu MMI dalam memastikan agenda tersembunyi ini tersimpan rapi.
Akhirnya aku merasakan kekosongan dalam majlis hari ini.
Aku boleh bergumbira bersama-sama dengan anak-anak.
Aku boleh bersantai-santai.
Aku masih lagi merayap dan berbelanja...
Aku boleh berpanama dance lagi...
Aku boleh ke mana sahaja...
Inilah situasi hari ini...





Abadikan kenangan

Bergambar bersama-sama dengan anak-anak untuk tahun ini. Lupakan sedikit kepahitan yang terpalit untuk hari ini. 
Gompius dengan acara sukan...ini sukan untuk ibubapa ke atau sukan untuk ibubapa? Itulah yang bermain-main dalam pemikiran aku...
Akhirnya aku bermain apa sahaja dengan anak-anak... menari, berlari, bergurau...
Inilah acara sukan yang tidak boleh aku kenangkan sebagai hari sukan sekolah... seolah-olah kita tak bersukan untuk hari ini...
Maka aku bergambarlah dengan anak-anak...yehhh