Monday, December 31, 2018

Aquaman

Wayang terakhir untuk 2018, Mentakab GSC. Sambil mencari beg dan kasut Alif.
Aku hanya membantu sahaja.
Beg sekolah RM90. Kasut RM45. Itulah harga beg sekarang. Mahal.



Saturday, December 22, 2018

RM378

Duit bonus RM500. Aku telah guna RM378 untuk beli sekotak minyak wangi baru untuk kegunaan 2019.
Jenama Gucci menjadi pilihan aku untuk hari ini.
Aeon Kota Bharu menjadi saksi pembelian ini.



Friday, December 21, 2018

Mok Dah

Satu group whatsup ditubuhkan pada detik 19.12.2018.
Untuk menyatakan perkembangan terkini Mok Dah...





Tidur

Dapat lelapkan mata seketika di rumah Mok setelah Mok Dah pergi meninggalkan kami semua.
Terasa rindu.
Rindu untuk bergosip dengan Mok Dah
Rindu untuk berbual dengan Mok Dah
Tidak ada lagi perbualan di antara aku dan Mok Dah.
Rindu.
Al-Fatihah.

Selesai.

Syukur. Selesai semuanya hari ini.
Hutang kad kredit
Hutang Bank Islam
Hutang Kereta Ambank
Hutang PTPTN
Hutang Cik
Hutang Mc Yah
Hutang Tabung
Hutang Mc Nab
Hutang Amy
Bermakna bermula 2019...aku bakal membayar hutang baru sebanyak RM973.63 sebulan.
Selama 5 Tahun.

Wednesday, December 19, 2018

Mok Dah

Al-Fatihah. Semoga arwah di tempatkan dikalangan para kekasihNya. Amin.
12.20 tengah hari berakhirnya kehidupan Mok Dah.
Banyak kenangan yang terpahat di memori ini.

Kritikal

Pukul 2.29 pagi masih lagi berada di wad 8 Hospital Kota Bharu.
Perkhabaran doktor menyatakan perjalanan hidup Mok Dah akan berakhir sekiranya mesin tersebut terhenti.
Kami masih setia dan sabar menunggu perkhabaran sedih itu. Kerana kami semua tidak mengetahui rahsia Mu Ya Allah Ya Tuhanku.

Tuesday, December 18, 2018

Hutang baru...

2019. Bermula Januari.

Mok Dah

Hari yang cukup kritikal. Pukul 9 hingga kini pukul 4.44 petang Mok Dah belum sedarkan diri lagi.
Aku dan semua ahli keluarga masih lagi bertahan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Zainab.
Semoga Mok Dah kuat. Amin.


Monday, December 17, 2018

Sugar daddy

Hari ini. 17.12.18.
Tandatangan satu perjanjian hutang baru dengan Bank Islam berjumlah RM50K.
Satu jumlah yang cukup tinggi dan besar.
Melalui pinjaman ini aku selesaiksn hutang kad kredit, PTPTN, Pinjaman kereta dan Bank Islam semuanya berjumlah hampir RM30K.
Aku terikat dengan hutang selama 60 bulan dengan kos bulansn RM973.63.
Bank Islam Cawangan Bandar Baru Tunjong menjadi saksi antara aku Encik Muhammad Fahmi bin Ghazali.
Pukul 3.15 petang termenterai penjanjian tersebut.


Sunday, December 16, 2018

Aliff Zikri

Mungkin terasa rindu. Mungkin nok suruh aku juga terasa rindu. Inilah orang yang sentiasa menemani aku di saat senang dan susah ketika berada di Chem sekarang.
Rakan berkongsi masalah...
Rakan berkongsi makan dan minum
Rakan segalanya...
Payah untuk aku nyatakan...
Inilah anak tersayang. Walaupun kadangkala habis duit tetapi dia sentiasa ada di sisi untuk menemani diri ini.
Sejak darjah 5 bersama aku... Sampai kini. Inilah anak yang paling setia.
Terima kasih Aliff sebab sudi hadir dalan diri ini.
Terima kasih Allah swt kerana menghantar dia kepada diri ini.

Jarang dia nok berkongsi gambar. Tetapi ini gambar yang dikongsi olehnya.

























Esok yang indah

Tak sabar menanti terbitnya mentari esok. Terasa indah dengan perkhabaran yang diterima pada hari ini.
Walaupun aku akan sengsara untuk 5 tahun janji seksa sebelum ini akan terubat lebih-lebih lagi seksa PTPTN.

Thursday, December 13, 2018

Hotel Putra Muda...

Selesai menginap semalam di sini malam nih.
Teman Mc Da punya pasal. Harga hotel baru RM58 semalaman. Kira oklah. Walaupun sempit.


Wednesday, December 12, 2018

kL lagi...

Pergi KL lagi untuk hari ini. Tahun ini cukup banyak kali turun KL.
Hari ini mari teman MC DA selesaikan urusan pinjaman dia dengan bank BSN Cawangan Chow Kit.
Semua demi PTPTN...
Alang-alang ke KL, kita singgah di IKEA...
Melayang juga RM158. Malam- malam kita toreh.
Mesti Menteri PH suka rakyat dia pandai menoreh.
Rak buku menjadi sasaran aku malam ini.

Tuesday, December 11, 2018

Rokok

Aku tidak pasti. Bila belajar merokok dan bila dapat restu daripada ibu tercinta.
Umur baru 13 tahun. Tapi aksi dan lagak seolah-olah telah dewasa.
Ibu pula tidak melarang dan menegas. Memberi restu yang tinggi buat anak tersayang.
Di sini sekolah aku cukup pantang jika budak merokok.
Di saat anak- anak didikku di dapati merokok aku gelisah. Sedih dan sebagainya.
Tapi anok sedara aku tiada kuasa...

Monday, December 10, 2018

Buat hutang

Hari ini. Aku ke Bank Islam cawangan Tunjong. Buat pinjaman sebanyak RM50K. Insya Allah hutang kereta, hutang kad kredit, hutang PTPTN dan hutang peribadi Bank Islam akan diselesaikan.
Berkomitmen sebanyak RM973.63 setiap bulan selepas ini.
Janji hutang PTPTN aku dapat diselesaikan dengan jayanya. Syukur.
Malam nih aku cek hutang aku dengan MC Nab, Mc Yah, Tabung, Amy dan Cik. Ya Allah hampir RM7K.
Rupanya aku banyak hutang dengan ahli keluarga aku.
Malam ini sekali lagi aku whatsup Ustaz Che Rozu berkaitan hutsng RM1K.
Harap dia dapat bayar untuk aku.dengan baik tanpa terjejas hubungan persahabatan.

Monday, December 3, 2018

Ku hargai...

Aku hargai usaha dikau Mira. Sangat hargai.




Aku jenis yang sukar terima cabaran rakan-rakan untuk perkenalkan dengan seseorang.
Tapi jika telah aku bermula itu bermakna gerak detik hati aku. Jika tidak ada respon bermakna orang tak berminat. Aku mengalah itu lebih baik dari meruntuhkan persahabatan dalam satu organisasi.
Biarlah aku...berhenti memaksa daripada aku menanggung malu.