Monday, November 30, 2020

Viosku


Pertama kali hari ini, aku terlanggar sebuh motor yang diparking di belakangku. Terlanggar yang bukan berat. Sekadar motor itu terjatuh sahaja. Sebab kereta aku pun tiada masalah. Tiada yang tercalar dan sebagainya.

Tapi yang mendebarkan aku, tindakan seoarang tua tu, yang memaki aku. Itu yang cukup mendebarkan aku.

Ya Allah. Ampunilah segala kesalahan aku. Ya Allah lindungilah aku .

Kejadian di depan kedai Cik Manis setelah aku membeli nasi lemak pagi ini.

 

Sunday, November 29, 2020

Bercuti...

 Terima Kasih Geng Prasekolah. Kak Manisah dan keluarga, As sekeluarga, Farha dan Bani Sekeluarga dan Mila sekeluarga. Projek percutian ke Janda Baik. Seronok.

Pertama kali sampai di bumi ini.














Friday, November 20, 2020

Imran

Mungkin terpaksa menegur aku di Masjid tadi.

Terpaksa. Itulah yang aku jangkakan. Sbb aku dah banyak kali hantar dalam ig dengan niat. Tanyalah aku sepatah...tapi


Friday, November 13, 2020

Irfan Fauzan

Ya Allah, sudah tinggi. Lagi tinggi dari aku sudah. Anak yang paling manja di zaman prasekolah, pada tahun 2012.





Terima kasih...

Terima kasih Adib. Masih lagi ingat dekat aku.Bertandang ke rumah, bersama Irfan Fauzan, Afiq Ibstisam dan Ahmad Kamil.

Adib malas bergambar. Dia menggoreng kerepok di dapur.








5 Najihin



Tahniah. Tahniah. Tahniah.

Balqis Izzati Hairil Amri

Mohammad Aiman Sabirin Johari

Nur Syamina Zulkifli

3 orang anak dari kelas 5 Najihin. Ya Allah terharu rasanya aku menjaga mereka 2 tahun.

Yang paling aku bangga Syamina. Pertama kali aku cungkil keupayaan dia dalam pertandingan deklamasi sajak masa darjah 4. Hari ini, dia sudah berjaya. Tahniah. sudah ramai cikgu yang nampak keupayaan dia.

Anis Athira masih tenggelam.

Qistina Balqis juga telah menonjol. Ini juga antara yang bakatnya aku nampak.

Ya Allah Ya Tuhanku teruskan berikan keupayaan kepada aku untuk melihat keistimewaan yang ada dalam diri mereka.


Sunday, November 8, 2020

Sekolah tutup

Bermula esok 9.11 hingga 16.12.2020 sekolah akan ditutup semula, kesan peningkatan pandemik Covid-19.

Aku masih lagi berada di sini. Tak boleh bergerak pulang ke Kota Bharu disebabkan BDR bermula esok.





Monday, November 2, 2020

Pelik tapi...

Aqif Afdzal nih, nemang pelik juga.  Ada masa dia macam sengal.

VC dengan aku, member dok balun vape. Macam mana tak kantoi.

Aku hanya mampu berikan nasihat sahaja. Yang lain aku tak mampu. Sebab bermula dari rumah. 

Tiada kuasa untuk menghukum.






kisah hari ini, dirumahku



Sunday, November 1, 2020

CH

Yahooo. Sampai juga aku ke Caneron Highlands semalam.

Aku, Alif, Anis dan Mc Yah.

Tak banyak berbelanja tapi oklah.

Kali pertama pergi sendiri...