Tuesday, December 30, 2014

Syukur...banjir yang telah melanda kini telah surut sepenuhnya di rumahku. Syukur semuanya telah berakhir dengan baik.
Walaupun begitu aku, masih lagi berada di Kelate masih belum pulang ke Chemomoi lagi.

Tuesday, December 23, 2014

Banjir...

Banjir di Kelate masih lagi teruk. Tarikh berpantang semakin hari semakin habis. Macam mana nih. Nak balik ke Chemomoi. Banyak aktiviti yang hendak dilakukan. Banyak lagi projek yang perlu dilakukan.
Bersabarlah dan bertahanlah.

Monday, December 15, 2014

Perjanjian...

Hari ini dalam lebih kurang jam 3 petang, telah selamat menandatangani perjanjian pembelian rumah dengan pemaju perumahan. Syukur.
Kini hanya mengharapkan perjalanan urusan seterusnya berjalan dengan lancar sahaja.

Perkembangan terkini...

Telah menunjukkan banyak pertambahan dalam proses pembinaannya. Proses untuk membina bahagian bumbung kini dijalankan.

Walaupun sampai ke hari ini masih belum menyain apa-apa dokumen pembelian. Hanya sekadar persetujuan secara lisan sahaja. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Wednesday, December 10, 2014

Kenangan 4 Arif...

Memang seronok mengajar mereka ini.
Walaupun kadang-kadang membuatkan hati ini marah.
Walaupun kadang-kadang membuatkan hati ini ingin cepat berada di sampingnya.
Inilah anak-anak 4 Arif kelas Bahasa Melayu dan Sejarah.

Tuesday, December 9, 2014

Terima 2...

Syukur. Dapat berhubung dengan anak-anak. Walaupun jauh namun masih lagi boleh di hubungi walaupun terpisah anatara jarak, masa dan usia.
Terima kasih...
Anak perempuan selalu sahaja berhubung...jangan risau selalu ingat...

Monday, December 8, 2014

Terima...

Satu penantian telah berjaya dilaksanakan. Hanya tinggal satu lagi penantian yang dinanti-nantikan. Ok. Penantian itu satu penyeksaan. Penantian itu memang memerlukan kesabaran. Kerana sabar itu sebahagian daripada iman kita. Bersabarlah kerana, ia akan menentukan kesungguhan kita dalam menjalani kehidupan ini.
10 Q... Ekmal.

Thursday, December 4, 2014

Perjumpaan EX-MADA

Semalam tercatat sejarah setelah sudah lama tidak bertemu dengan Ustaz Nik Abdul Rahim NIk Abdul Aziz. Pertemuan yang dirancang di Adde, Pasir Tumboh merupakan pertemuan yang bermakna setelah terpisah sejak 2009.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4856374303185&set=pcb.4856381543366&type=1&theater

Wednesday, December 3, 2014

Lagi lawatan...

Hari ini sekali lagi ke tapak rumah. Banyak juga perubahan yang dapat dilihat. Terasa tak sabar menanti.


Banyak juga perubahan itu...

Tuesday, December 2, 2014

Projek Utama...2014

Wan Mohamad Aiman DanMohamad Ekmal Danial
Mah Hamizam Hakim
Affnal Danial


Geng projek rahsia


Monday, December 1, 2014

Risau...

Malam ini malam yang sungguh malang. Pendrive kena virus. Habis tak boleh baca fail yang ada. Sekadar melihat kosong-kosong sahaja.
Andai ini yang berlaku kepada memori yang terukir di minda dan telah menjadi sejarah, mungkinkah kita dapat kembali semula ke saat tersebut.
Mintalah kenangan yang terukir indah tidak akan terkena virus yang boleh mengancam kenangan itu sendiri.