Wednesday, January 9, 2013

1200 minit...

Berat. Penat. Inilah hakikatnya yang sebenarnya. mengajar di alam prasekolah. 1200 minit seminggu. Tidak termasuk hal-hal lain. 1200 termasuk 120 masa guru agama. Jika dia orang tak masuk kita orang pulun semua. Mereka masuk pun kita orang kena ada dalam kelas juga. Minggu ini dah tak masuk guru agama 60 minit. Esok lagi 60 minit. Habis macam mana tu. Nak kena hantar karpet unggu ke?atau karpet hijau?
Janganlah jadi zalim sangat. Kami di pra ada masa juga nak berehat macam cikgu-cikgu lain di bilik guru. Ini masa berborak jam 12 tengah hari, tangan masih lagi buat kerja.
Ikut pekeliling kerajaan berkaitan dengan tugas guru pra bukan main seronok lagi tak perlu pegang apa -apa jawatan yang berat. Tapi hakikatnya tidak. Sekiranya pihak pentadbiran lagi bodoh atau buat-buat bodoh tentang pekeliling tersebut. Aku menjadi semakin gompius apa peranan dan tanggungjawab mereka dalam membantu dan mepertahankan hak seorang guru tersebut. Adakah mereka tidak pernah menerima pekeliling tersebut?atau mereka tidak pernah berusaha untuk membaca dan mencari pekeliling tersebut?
Jangan kita menyusahkan kehidupan orang lain. Dahlah kita nih, bukannya opsyen prasekolah. Terima dan terpaksa mengajar atas dasar janji yang terkeluar dalam mulut. Tapi hakikatnya mulut orang memang berbeza dan berbeza. Inilah yang aku paling benci dengan mulut orang. Tak Suka.Cakap tak sama dengan niat yang terpamer dalam hati. 
  

Sunday, January 6, 2013

Baru nak bermula...

Malam ini baru buka fail untuk 2013. Baru aje siap print bahan-bahan untuk masukkan dalam fail rancangan mengajar. Ada sedikit buat perubahan. Lantaklah aku suka.aku suka.
Kalu tak suka apa yang aku buat, bagi buku rph secara tak langsung tak langsung aku tak mengajar pra lagilah.

Tuesday, January 1, 2013

1.1.2013

Kedinginan malam, menusuk sum-sum tulang. Namun kudrat yang masih berbaki terus bertahan untuk sampai ke pagi esok.
Esok. Segalanya akan bermula seperti biasa. Janji tetap tinggal janji. Masih lagi di takuk lama. Tiada perubahan.Yang berubah hanya wajah-wajah yang akan menghiasi tirai 2013 sahaja.
Langkah perjalanan hidup perlu diteruskan jua walaupun terasa sakit. Demi mencari keredhaan-Nya akan tetap ku galas derita yang ditanggung keseorangan diri.
Selamat datang. Selamat berkenalan. Selamat bertemu kembali buat warga Pra Bestari. Nantikan kejutan demi kejutan yang akan dilakukan dalam tirai 2013 bagi mencantikkan lagi perjalanan lakonan hidup.