Tuesday, November 19, 2013

Cabaran...

Mohamad Saipullah Nursim


Inilah anakku yang pertama dalam sejarah aku mengajar dengan KPM yang menyebabkan aku diserang oleh ibunya kerana tidak berpuas hati dengan cara pengajaran aku di dalam kelas. Inilah yang menyebabkan aku mampu bertahan dan memberikan satu pengajaran kepada aku bahawa jangan cuba melakukan kekerasan kepada anak murid.

Zulhelmi Abdullah
Aku gagal memberikan ilmu yang berjaya kepadanya. Dia gagal menerima ilmu aku dengan sempurna. Aku gagal memberikan dia cahaya untuk meneruskan kehidupan. Inilah kegagalan aku yang kedua di dalam dunia pendidikan.

Siti Qaisara
Belum lagi mengajarnya sudah menangis tak nak masuk ke dalam kelas aku. Asalnya dia berada di dalam kelas Pra Cekal, tapi disebabkan dengan kekurangan di dalam diri dipindahkan semula ke dalam kelas aku. Kecoh satu sekolah. Anaknya tak nak datang sekolah dan tak nak belajar dengan aku. Aku on aje. Setelah perbincangan dengan ibubapanya kami memutuskan dia kembali ke kelas asalnya pada tahun 2012. Tapi tahun 2013 ok aje belajar dengan aku. Tak pula menangis macam tahun 2012, agaknya dah besar kot atau tak tahu nak ke mana lagi. Tak kisah aku bukan jenis yang ambil kisah. janji budak nak belajar aje. Aku layan. Kisah lama jenis buang ke tepi, janji kisah baru sahaja aku guna pakai.

Irfan Fauzan
Manja. Memang manja. Inilah yang boleh aku katakan sampai sekarang. Walaupun asal bukan dari kelas aku, tetapi akhirnya menjadi anak muridku. Seorang yang cukup berbeza dengan yang lain. Manja tapi disebabkan akan kepandaiannya tiada masalah dengan aku. Hanya perlu memujuknya sahaja itulah cabaran kepada aku. Tapi tak kisah, janji dia belajar dengan aku dengan jayannya. Kejutan buat aku, semasa di darjah satu dia tercampak ke kelas Bestari. Tapi aku percaya masalahnya adalah masalah sama. Dia main-main dalam kelas. Jika dia malas nak buat memang dia akan malas. Inilah Irfan. Tapi syukur dia tidak seperti itu. Dah namanya budak yang pandai tak ke mana pasti berjaya juga.

Iqlima..
Kejutan sama seperti Irfan. Tapi syukur kesudahannya tidak akan sama seperti selalu. Teruskan perjuangan sayangku.

Azlini
Hassanizan
Pengubat hati ini...Teruskan perjuangan anak-anakku...


Kenangan yang teriindah bersama ...
Lain kali buat lagi edisi seterusnya...



Chemomoi...

Insya Allah, lebih kurang 6 jam dari detik ini, aku akan meninggalkan bumi Chemomoi buat seketika untuk kembali ke tanah leluhurku. Disana aku akan bercuti dan akan menghabiskan masa yang ada bersama keluargaku.
Inilah masa yang sesuai untuk aku merehatkan diri dan seterusnya memanggil semula kekuatan yang telah hilang. Mencari semula formula-formula yang boleh diguna pakai untuk memastikan pdp yang bakal berlangsung tahun depan akan berubah.
Ya. ini kerana aku akan merasakan baru hari pertama masuk mengajar, hari pertama untuk aku melaporkan diri, hari pertama untuk aku mengenali anak-anak Chemomoi. Hari pertama aku akan memegang buku rancangan mengajar yang bukan lagi berbentuk helaian kertas yang telah diprintkan. Bukan lagi membuka KSPK dan bukan lagi mengajar ABC, 123 kepada anak-anak yang baru mengenal erti hidup. Bukan lagi berstoking sahaja di dalam kelas. Tidak akan ada lagi terdengar tangisan anak-anak kecil di dalam kelas.
Yang pasti selepas ini tiada lagi ketakutan di kalangan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di dalam kelas prasekolah. Sudah pasti mereka akan lebih teruja lagi selepas ini. Ya. Cikgu yang paling garang di prasekolah sudah tiada. Sujud syukurlah mereka selepas ini.

 

Monday, November 18, 2013

Kenangan yang sukar dicari...

Selama 3 tahun aku, berada di dalam arus prasekolah. Sudah tiga kali aku melakukan persembahan murid-muridku yang berbeza-beza. Setiap tahun pasti ada perubahan. Dan perubahan tersebut pasti dapat dilakukan oleh anak-anakku walaupun ia agar sukar. Hanya satu sahaja persamaan dalam persembahan...ia akan melibatkan semua anak-anakku seramai 25 orang, walaupun hanya melibatkan watak yang kecil. Janji mereka akan menghiburkan ibubapa mereka dengan persembahan mereka.

Tahun pertama berada di alam pra sekolah dan tahun pertama mengajar dengan KPM dan mengajar anak-anak yang kecil. Langsung tiada pengalaman. Tiada pendedahan yang besar. Maka Nasyid Teman Sejati menjadi pilihan aku, untuk melakukan persembahan di Majlis Konvokesyen Prasekolah. Dengan iringan muzik dan suara penyanyi asal yang kuat, akhirnya persembahan itu dizahirkan oleh anak-anakku.
               Persembahan anak-anakku 2011. Nyanyian nasyid Teman Sejati dan bacaan Sajak. Satu    persembahan yang paling biasa. Tahun pertama berada di dalam prasekolah.

2012. Aku tidak menoleh ke belakang lagi. Aku mencabar diri ini untuk melakukan perubahan dalam persembahan. Choral Speaking@Bicara Berirama menjadi sasaran aku. Memang sukar. Anak-anak yang kecil mana tahu apa itu Choral Speaking. Benda apa?Macam mana? Tapi sebagai guru kita perlu membuka minda mereka dengan satu benda yang baru. Tayangan Slaid video Choral Speaking yang terbaik di dalam internet menjadi sasaran aku. Syukur mereka boleh merealisasikan impian tersebut. walaupun agak sukar, namun berkat kesabaran dan kesungguhan mereka akhirnya Choral Speaking dapat dipentaskan dengan jayanya. Choral Speaking yang dilakukan adalah menceritakan semula apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 dan apa yang mereka lakukan bersama-sama aku, di dalam suka dan duka. Kisah bermula dari pagi sebelum melangkah kaki ke sekolah sampailah ke bacaan doa sebelum pulang ke rumah semula.  Seterusnya dipentaskan sekali lagi di Hari Anugerah Cemerlang 2012 untuk tatapan ibubapa yang lain.

   Persembahan anak-anak Pra Bestari pada tahun 2012.  Bicara berirama dengan tajuk "Segalanya Bermula Disini"

Tahun 2013. Dengan perancangan dan misi yang awal. Sasaran aku, untuk mementaskan Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-Biri akhirnya mendapat sokongan yang padu dari PPM, Puan Rosmazifah. Inilah impian setelah melihat cerita Upin dan Ipin dan Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-Biri oleh Cekgu Ecah membuka mata dan minatku untuk melakukan benda yang sama untuk anak-anakku. Dengan harapan impian ini boleh menguji sejauh mana kekuatan yang ada pada diri ini untuk melawan arus. Ya. akhirnya arus yang kuat berjaya ditawan oleh aku. Masih lagi menggunakan cara yang sama dengan menayangkan video asal kepada anak-anak untuk membuka minda mereka. Dengan harapan minda mereka akan terbuka. Syukur akhirnya minda mereka terbuka. Usah dicakap, banyak masa yang diluangkan oleh aku demi menjayakan teater ini, bermula daripada penulisan skrip ( salin skrip ), mencari lagu yang sama. Proses trim dan tukar format. Lepas itu proses joiner lagu. Cari lagu yang sesuai bagi memastikan setiap detik ada muzik. Masa ini aku merasakan inilah yang dilakukan oleh Tiara ketika ia cuba mementaskan Teater Puteriu Gunung Ledang. Ketika ini akulah Tiara. Haaa. Konya.
Satu kos yang besar telah dilaburkan untuk membeli dan menyiapkan prop dan kostum untuk merealisasikan impian aku. Banyak pihak yang terlibat dalam impian ini. Puan Yati telah memberikan bantuan untuk menjahit pakaian untuk watak pokok dan bunga. Teacher Garden telah bersusah payah mencari kostum haiwan setelah ditempah oleh aku. En. Nik Azlan, En. Kamaruzaman, En. Izzuan juga tidak terkecuali ketika aku sibuk mencari topeng semasa kita bercuti di Cameron. Cik Faridah Hanum juga tidak terkecuali mencari topeng buat aku, walaupun akhirnya topeng tersebut tidak digunakan oleh aku. Sebab sudah ada kostum yang lengkap.Tidak lupa kepada mereka yang membantu secara ringkas mahupun tidak. Sekali lagi, persembahan kita mendapat perhatian daripada pihak sekolah untuk dipentaskan di Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Syabas kepada anak-anak Pra Bestari. 


 Persembahan Mini Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-biri oleh Pra Bestari 2013.

Inilah tugasan terakhir aku, kerana selepas ini bimbingan daripada cikgu yang lebih baik akan mengambil alih tugas aku untuk membuatkan persembahan bagi kelas Pra Bestari pada tahun -tahun yang akan datang.
Terima Kasih buat semua yang telah membantu dan memberikan ruang kepada aku merealisasikan impian. Terima Kasih Puan Rosmazifah yang sudi dan terpaksa mengikut kehendak aku yang memang sukar dimengertikan.
 

Isnin...terakhir

Hari ini, pergi sekolah menyelesaikan apa yang patut dilakukan. Syukur semua telah selesai dijalankan dengan baik. 
Pesan kat Kak Ros andaikata Cikgu baru hendak buang wau bulan yang aku bawakan itu, simpanlah. Jangan dibuang. Andaikata Cikgu Pra yang baru nak buang gambar-gambar hiasan aku simpanlah, jadikan ia album. Kerana selagi kita boleh simpan, simpan lah ia supaya ia menjadi kenangan. 
Tak banyak yang masih tinggal. Hanya sudut "segalanya bermula di sini" "Sudut 1 Malaysia" "Wau Bulan" "Tandas" "Segalanya bermula disini -rak besi""carta perkembangan murid""pentas yang diolah baru""Rak kasut yang diolah baru" dan "album gambar". Rupannya tak banyak yang aku lakukan perubahan di dalam kelas. Flash card yang ada tu kira banyak lagi; katak, ketam, gula-gula, banyak lagi. Janganlah buang ia, jika nak buang juga simpanlah ia. Kasihanlah kepada aku yang bertungkus lumus membuatnya akhirnya jika dibuang begitu sahaja.
Aku hanya mampu menasihati sahaja. Kerana jika kita hendak membuat yang baru kita perlukan masa yang panjang dan kesanggupan yang tinggi. Janganlah kita menyisihkan ia terlebih dahulu sebelum kita membuat yang baru.
 
 

Sunday, November 17, 2013

Detik terindah bersama...

Antara detik terindah bersama-sama dengan anak-anak melayan dan menyanyi lagu sandirawara cinta. Panggil anak-anak ke depan untuk mereka nyanyikan lagu tersebut. Dengan ini boleh menambah keyakinan mereka untuk ke hadapan...

Asyraf Hakimie antara anak-anak ku yang telah di panggil untuk ke hadapan dan menyanyikan lagu ini. Suaranya yang sukar untuk didengari akhirnya dapat didengari. Keberaniannya telah terserlah jua akhirnya.

Hari Anugerah Cemerlang...

Anak-anak Pra Bestari telah diberikan peluang untuk mementaskan semula mini teater di Hari Anugerah Cemerlang. Anda semua tidak menghampakan cikgu dengan persembahan yang mantap. Tak sesuai dengan usia yang terbentuk dalam diri kalian. Cikgu amat bangga dengan kalian. Terima kasih buat Irwan, Imani, Qaisara, Nabilla, Najwa, Sofieya, Irfan, Fahmi, Zahir, Adleyana, Tasneem, Hanni, Anisah, Hajar, Antasya,  Rafiq, Asyraf, Hassanizan, Azlini, Alya,Dieya, Hanim dan Syamil. Tapi sayang masa pementasan di Hari Anugerah Cemerlang Umairah tidak ada sebab sudah pindah sekolah. Namun mutu persembahan tetap mantap...


Saturday, November 16, 2013

Harmony Garden...

Sudah berubah Harmony Garden dari tahun 2012 ke 2013. Tapi sayang projek anggur tak sempat untuk bersama-sama geng Pra.Aku mendoakan kejayaan buat mereka nanti dari kejauhan.













Friday, November 15, 2013

Terakhir di Prasekolah...Selamat tinggal Pra Bestari.

Selamat tinggal semua. Selamat tinggal Pn. Rosmazifah. Terima kasih semua kepada rakan-rakan yang lain, Kak Manisah, As, Yana ,Farha kerana telah memberi semangat kepada diri ini sejak 2011 lagi.Akhirnya ledakan gunung berapi meletus jua 2013.
Melayan anak-anak makan nasi kukus ayam berempah...satu hidangan yang istimewa

aksi bersahaja anak-anakku








macam -macam gaya yang ada

Irwan yang penyayang

Kelas yang paling romantis


Thursday, November 14, 2013

SELAMAT TINGGAL....

Selamat tinggal. Hanya itulah sahaja yang mampu aku luahkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu diri ini dalam melayari kehidupan sebagai seorang guru di Prasekolah yang banyak cabaran yang terasa setelah mengalaminya. Biarlah orang mengatakan mengajar prasekolah ini mudah namun setelah kita melaluinya barulah kita merasakan pedihnya berada disini. Mata yang memandang kita hanya dicelah-celah laluan sahaja.Menjadikan kita sebagai kelas kedua, seolah-olah kita tiada gunanya. Macam tempurung kelapa.
Selamat tinggal semua.


Abadikan kenangan bersama sebahagian anak-anak 2011 dan 2012

Dalam kesibukan menanti pengumuman keputusan UPSR 2013, aku masih lagi sempat merakam kenangan yang terindah bersama-sama dengan sebahagian mereka yang pernah hadir dalam hidup ini...Dan mereka yang pernah menjadi bahan usikan dalam tempoh ini...





Halid Amirul