Tuesday, December 30, 2014

Syukur...banjir yang telah melanda kini telah surut sepenuhnya di rumahku. Syukur semuanya telah berakhir dengan baik.
Walaupun begitu aku, masih lagi berada di Kelate masih belum pulang ke Chemomoi lagi.

Tuesday, December 23, 2014

Banjir...

Banjir di Kelate masih lagi teruk. Tarikh berpantang semakin hari semakin habis. Macam mana nih. Nak balik ke Chemomoi. Banyak aktiviti yang hendak dilakukan. Banyak lagi projek yang perlu dilakukan.
Bersabarlah dan bertahanlah.

Monday, December 15, 2014

Perjanjian...

Hari ini dalam lebih kurang jam 3 petang, telah selamat menandatangani perjanjian pembelian rumah dengan pemaju perumahan. Syukur.
Kini hanya mengharapkan perjalanan urusan seterusnya berjalan dengan lancar sahaja.

Perkembangan terkini...

Telah menunjukkan banyak pertambahan dalam proses pembinaannya. Proses untuk membina bahagian bumbung kini dijalankan.

Walaupun sampai ke hari ini masih belum menyain apa-apa dokumen pembelian. Hanya sekadar persetujuan secara lisan sahaja. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Wednesday, December 10, 2014

Kenangan 4 Arif...

Memang seronok mengajar mereka ini.
Walaupun kadang-kadang membuatkan hati ini marah.
Walaupun kadang-kadang membuatkan hati ini ingin cepat berada di sampingnya.
Inilah anak-anak 4 Arif kelas Bahasa Melayu dan Sejarah.

Tuesday, December 9, 2014

Terima 2...

Syukur. Dapat berhubung dengan anak-anak. Walaupun jauh namun masih lagi boleh di hubungi walaupun terpisah anatara jarak, masa dan usia.
Terima kasih...
Anak perempuan selalu sahaja berhubung...jangan risau selalu ingat...

Monday, December 8, 2014

Terima...

Satu penantian telah berjaya dilaksanakan. Hanya tinggal satu lagi penantian yang dinanti-nantikan. Ok. Penantian itu satu penyeksaan. Penantian itu memang memerlukan kesabaran. Kerana sabar itu sebahagian daripada iman kita. Bersabarlah kerana, ia akan menentukan kesungguhan kita dalam menjalani kehidupan ini.
10 Q... Ekmal.

Thursday, December 4, 2014

Perjumpaan EX-MADA

Semalam tercatat sejarah setelah sudah lama tidak bertemu dengan Ustaz Nik Abdul Rahim NIk Abdul Aziz. Pertemuan yang dirancang di Adde, Pasir Tumboh merupakan pertemuan yang bermakna setelah terpisah sejak 2009.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4856374303185&set=pcb.4856381543366&type=1&theater

Wednesday, December 3, 2014

Lagi lawatan...

Hari ini sekali lagi ke tapak rumah. Banyak juga perubahan yang dapat dilihat. Terasa tak sabar menanti.


Banyak juga perubahan itu...

Tuesday, December 2, 2014

Projek Utama...2014

Wan Mohamad Aiman DanMohamad Ekmal Danial
Mah Hamizam Hakim
Affnal Danial


Geng projek rahsia


Monday, December 1, 2014

Risau...

Malam ini malam yang sungguh malang. Pendrive kena virus. Habis tak boleh baca fail yang ada. Sekadar melihat kosong-kosong sahaja.
Andai ini yang berlaku kepada memori yang terukir di minda dan telah menjadi sejarah, mungkinkah kita dapat kembali semula ke saat tersebut.
Mintalah kenangan yang terukir indah tidak akan terkena virus yang boleh mengancam kenangan itu sendiri.

Sunday, November 30, 2014

merancang...

Untuk melengkapkan impian kita perlu merancang. Merancang sesuatu bukan untuk gagal. Merancang sesuatu agak berjaya.
Semoga usaha dan bantuan yang diberikan akan menampakkan hasil yang cemerlang. Merancang sesuatu perlu kesabaran.Terima kasih AN...
Walaupun penat menanti kita perlu sabar. Semoga kesabaran kita akan memberikan hasil yang mengembirakan.
Semoga impian akan terlaksana. Semoga ia membuka lambaran yang hebat untuk memori 2015.
#akhiri penantianku
#membilang butir-butir harapan

Saturday, November 29, 2014

Rumah Pertama 2

Hari ini sekali lagi, aku pergi ke tapak rumah yang sedang dalam pembinaan. Syukur proses pembinaan terus berjalan dengan lancar.
Hari ini telah hantar, borang permohonan pinjaman kepada pihak pemaju. Hanya menanti pihak guaman untuk tandatangan sahaja. Semoga perjalanan menjadi mudah. Amin.

Peningkatan dalam proses pembinaan dapat dilihat.

Thursday, November 27, 2014

Rumah Pertama

Syukur kepadamu Ya Allah kerana memberikan rezeki kepada hamba mu ini.
Hari ini pergi melawat tapak rumah yang kini dalam pembinaan. Daerah Bachok menjadi kenyataan. Pak Pura akan menjadi saksi kepada titik peluh aku selama ini dalam mencari keselesaan untuk hidup.

Mula bercuti...

Syukur. Hari ini secara rasmi aku mula bercuti sekolah, setelah pulang kelmarin pada pukul 12 tengah hari.
Tinggal memori suka duka di tahun 2014 bersama-sama kerinduan.

Wednesday, November 26, 2014

4 pagi...

Tersedar dari tidur yang panjang. Terbangun dan menunaikan apa yang masih belum ditunaikan lagi. Berhutang dan dikutuk oleh seluruh isi bumi. Menumpang di bumiNYa namun masih belum menunaikan apa yang di amanahkan.
Hari ini, hai terakhir berada di sekolah setelah bercuti bermula. Walaupun akan hadir lagi di akhir tahun namun, ia akan mengubah segalanya. Tiada lagi apa yang di lalui pada hari ini dan hari-hari semalam.
Tahun 2014 akan berakhir pada hari ini. Terasa terlalu pantas. Terasa terlalu cepat masa berlalu. Sukar untuk di kejar. Kenangan yang terukir sukar untuk dilupakan setelah 4 tahun menampak di sini sejak 4 tahun yang lalu. Memori yang terbentuk akan kekal sebagai lipatan sejarah. 
Terima kasih yang pernah hadir dalam memastikan memori yang terindah.
Doaku agar semuanya berjalan dengan lancar pada hari ini,
Hari ini merupakan detik terakhir pertemuan di 2014.

selasa 25.11.2014

Hari ini, aku bertugas disekolah setelah bermulanya cuti sekolah pada hari jumaat yang lepas. Melaksanakan tugas yang diamanahkan dari pukul 8.20 pagi hingga jam 11.00 pagi. Tiada apa-apa pun aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini yang boleh dibanggakan di sekolah.
Jam 11.30 pagi bertolak ke Bahau, menunaikan kehendak hati. Impian yang termakbul namun kekecewaan yang dapat. Dalam perjalanan yang jauh untuk sampai akhirnya kedai yang hendak pergi tapi ia tutup. Kecewa. 
Di Kopitiam Hailam di Bahau
Aput...

Lebih kurang jam 4 petang, sampai di rumah. 
Suasana menjadi hiba sebab ada budak rindu mamanya. Tapi tak pastilah rindu mama ke atau sebab apa. Hanya dia sahaja yang tahu. Tapi...ku rasa sesuatu yang lain. Andai sekirannya dia hiba disebabkan apa yang aku fikirkan, maaf ku katakan ia harus tidak perlu dizahirkan. Aku mengerti dan aku memahami sekiranya itu yang dilaluinya.


Monday, November 24, 2014

Isnin

24hb  November 2014.
Hari ini kembali semula ke Chemomoi untuk melunaskan kerja di sekolah sebelah pagi esok. Aku bertugas di sekolah esok. 
Penantian satu penyeksaan. Menanti dan terus menanti walaupun terseksa.
Andai inilah yang dikatakan pengorbanan dalam kehidupan teruskanlah. Lelapkan matamu  agar meniti hari-hari yang berlalu akan menjadi indah. Agar sinar mentari menyinari ke dalam hidupmu.

Sunday, November 23, 2014

Bowling lagi...

22. 11.2014, Sekali lagi ke Mentakab untuk bermain bowling...tapi kali ini pelakon utama tidak dapat hadir. Tak pe janji sekali lagi pergi. Dia ada alasan yang keluarga. Kena faham dan memahami apa yang diperkatakan olehnya. Tidak boleh maka tidak boleh. Namun tetap seronok juga, walaupun tidak terlalu bising di sana. Sedikit skema terasa. Ok janji bahagia.
Ekmal. Terima kasih adik kerana sudi menemani semalaman.
Mizan. Terima kasih kerana sudi membantu banyak hal. Terima kasih wahai anak-anakku.
Rakam kenangan di sana bersama-sama.
Merakam kenangan yang terindah...
Irfan dan gayanya...pemalu orangnya nih

Memerhati markah yang tertera...

menjamu selera di KFC...
 Teruskan perjalanan hari ini, dengan jayanya. Jam 1.30 petang bertolak...jam 9.00 malam baru sampai dirumah.
Terima kasih semua kerana sudi memberikan kenangan yang cukup istimewa kepada diri ini dalam melayari kehidupan di dalam tahun 2014.

Monday, November 17, 2014

Mb dan anak-anakku

Hari ini, majlis jamuan akhir tahun bersama-sama dengan anak-anakku kelas 1 Bestari. Tapi jamuan yang dilakukan adalah dengan memberikan Marrybrown kepada mereka.
Sebab cikgu dia malas nak urus kelas selepas jamuan. Mudah citer.
Bersama-sama makanan mereka
Raikan...
Merasai makanan
Merakam kenangan bersama-sama anak-anakku

Dalam majlis itu juga bagi penghargaan kepada 2 orang anak-anak cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun. Tahniah buat Firdaus dan Hani Zulaikha di atas kejayaan anda. Program ini merupakan kesinambungan yang dilakukan di dalam prasekolah. Sekadar memberikan rangsangan kepada mereka untuk berjaya nanti.
Mohamad Firdaus Ahmad Kamal...tempat pertama dalam kelas
Hani Zulaikha Ramizan...tempat kedua dalam kelas

Bersama dengan hadiah yang dimenangi...buku lagi
Sorry anak-anakku, cikgu tak reti beli hadiah lain selain daripada buku. Kerana buku banyak manfaat yang kamu akan dapat.

Sunday, November 16, 2014

Rumahku syurgaku

Syukur kepada mu Ya Allah Ya Tuhanku.
Malam ini aku telah selesai mengisi borang permohonan pinjaman perumahan.
Selesai sudah kerjaku. Hanya menanti urusan seterusnya pulak. Urusan untuk memastikan tandatangan dari pihak guru besar ada. Senang cerita. Mudah cerita.
Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah urusan hambamu ini, untuk mempunyai rumah sendiri. Amin
Insya Allah, Zahaiman Ekmal pasti akan dijemput, untuk berkongsi kegembiraan tersebut. Amin

Minggu terakhir...pasti kerinduan

Tuhanku kamu tolonglah
Hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya
Bila ku tiada

Tunaikan semua
Permintaannya kerna
Ku cintanya
Sungguh-sungguh


Hanya itu sahaja yang mampu dikatakan kini...agar anak-anakku semuanya dijaga olehNYA. Agar selamat dunia dan akhirat.

Disaat-saat terakhir bersamamu pasti akan terasa detik waktu yang berdetik itu sungguh pantas. Kepantasannya akan membuatkan diri ini terasa mahu berundur ke detik yang terindah.

Saturday, November 15, 2014

Hari Kantin SKFC, 2014

Selamat  menjayakan satu lagi program di sekolah. 14.11.2014 terdetik satu lagi memori terindah bersama-sama anak-anak. Program yang boleh merapatkan ukhwah dikalangan anak-anak yang tercinta.
Terima kasih, satu lagi memori terindah tercipta bersama-sama anak-anak. Walaupun terasa penat namun memori itu pasti akan memberikan seribu satu kenangan yang terindah.

Nak pegang...
Aishah dan Anyel
Team TKRS

Inilah barisan penjual TKRS

Aku...


Memikir...Cg. Azmi




Ammar dan Rosdi

Rosdi dan Badrul


Cg. Farha tauke cup cake...wakil prasekolah
Qamra dan Ustazah Suzielawati
Peniagawati...


Sampai tertutup mataku...

Anak dan adik...

Tauke games...

Memerhatikan...
Digerai..
Haziq
Tauke nasi goreng ayam

Iskandar dan Nor

Cg. Iqval

Cg. Rosdi...tauke Hari Kantin
Cg. Azlan
Pemalu...Ain dan Azira

Murtabak maggi

Abang de...
Bergayung seketika...

Aleeyesa...
Wan dan Mizan

Zaim..
Hasif