Lebih kurang jam 6.10 pagi. Aku terlihat ada story dalam IG Alif bertajuk Chapter 2023.
Aku tonton penuh penghayatan sambil melihat kelibat aku dalam video sorotan itu. TIADA.
Aku terus menonton berulang kali. Hampir 10 kali. Play anda Stop untuk melihat wajah diri ini. Potret diri ini dalam sorotan hidupnya. Yang ada rakan-rakan, awek dan ibu ayah dia. Aku TIADA.
TIADA. TIADA. TIADA. TIADA. TIADA.
Sedih. Mengalir air mata ku membasahi pipiku. Mengenangkan nasib diri.
Tak penting rupanya aku dalam hidupnya.
PENGORBANAN AKU TIDAK PERNAH DIHARGAI RUPANYA.
Sudahlah semua media sosial nya aku sekadar melihat dari jauh...
IG tak sekadar tengok
Tiktok siap kena marah sebab masukkan video dia. MALU kat member. Ok. Aku buang semua video dia.
Hari penting aku...sekadar ucapan
Paling sedih ucapan pernah terima...
9.3.2020
lepas maghrib ambik
9.3.2021
hb boss besar
9. 3. 2022
happy birthday weh, semoga itu dan ini, maap ler lambat busy harini kv skill9.
9.3.2023
selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan moga moga makin dimurahkan rezeki
Ini lah antara ucapan yang diberikan...
Tak ada usaha yang dilakukan untuk kekasihnya. Sanggup meminta tolong aku belikan jam Icewatch buat kekasihnya taun ini.
Untuk aku tiada pernah ada usaha yang dilakukan untuk mengembirakan hati ini.
Belanja makan. Usah ceritalah. Tahu awak tiada kerja. Tapi disaat awak ada duit. Ketika bekerja dengan Cikgu Khairul. Aku tunggu juga. Tapi...
Dengki tengok awak belanja kawan-kawan dengan kekasih. Tapi aku...
Aiskrim walaupun berharga RM1 pun tak pernah...
Sedihnya hidup berharap kasih orang yang tidak pernah hargai.
Walaupun sekeping gambar tak pernah ambil... Storan googlenya malah hanset mungkin tak ada gambar aku yang diambil olehnya sendiri atas kehendak sendiri...
PENGORBANANKU yang tidak dipandang olehNya.
10 tahun ku korbankan duitku... Demimu.
Tidak pernah aku buat untuk anak buah sendiri. Tapi untukmu aku sanggup.
Tapi pengorbanan ku dipandang sepi.
Duit bil telefon...aku yang bayar
Tapi whatsapp atau telefon aku hanya sesaat sahaja.
Inilah perjalanan hidup.
Luahan rasa.