Saturday, October 31, 2015

Kuala Gandah...

Mengikuti rombongan Prasekolah 2015 setelah 2 tahun melepaskan diri daripada mengajar prasekolah.
Pergi tengok gajah dan rusa secara dekat. Inilah pengalaman yang menyeronokkan.
Terima kasih geng prasekolah 2015. Terbaik.
Pengalaman berguna dapat kenal pokok Melaka. Inilah kali pertama tengok secara dekat.
Haziq..
Anok rusa nani...

Pokok Melaka... inilah pokoknya daun sama macam pokok asam jawa...
Amir, Alif Firas, Aqil dan Faizal...Amanahku hari ini
Hakimi...
Munzil...
Irfan...


Thursday, October 29, 2015

Bila...

Bila ada ruang dan waktu bersama- sama dengan anak-anak zaman prasekolah jadi kerjalah.
kerja Fahmi dan Irwan selepas siap ujian lukisan hari ini.

Wednesday, October 28, 2015

Merakam kenangan...

Merakam kenangan bersama-sama anak  2 Bestari.  Biarlah kenangan ini akan menjadi kenangan terindah.
Biarkan tahun depan mereka mendapat guru Bahasa Melayu yang baru lagi. Cukuplah 2 tahun aku bersama mereka. Biarkan mereka mendapat guru yang baru untuk memantapkan bahasanya...
Bukan tidak sudi tapi inilah harapan.  Mereka sudah kenal diri ini. Mereka sudah tahu siapa aku. Jadi mereka pun bosan ...aku juga bosan.
Kita perlu pengorbanan untuk kehidupan.




kena lagi...

Tersedar tidur pukul 5 pagi. Tengok ada SMS pada pukul 3.58 pagi. SMS daripada MSOS untuk pembelian di SUPERBUY.MY sebanyak 1242.00 Gila masa tu aku lena diulit mimpi. Ini kali kedua kena. kali pertama 25.7 pembelian di F1 store sebanyak USD 186.78. Kali ini pembelian hanya di Malaysia. Tak pergi luar negara.
Kes belum selesai lagi. Bank ada masalah.
Harap kes ini dapat diselesaikan. Apa-apapun petang nih kena pergi Maybank. Untuk batalkan kad kredit ini. Dah 2 kali kena ceroboh adalah bodoh jika tidak mahu bertindak lagi. Sengal

Tuesday, October 27, 2015

Kena marah...

Hari salah seorang anak aku kena marah. Puncanya keputusan Bahasa Melayu gagal dapat A. Walaupun harapan aku mereka akan dapat 100 markah agak mustahil itulah harapan aku. Akhirnya dia dapat 83 markah. Anginlah satu badan aku hari ni.
Member2 dia yang lain. Harapan aku juga buat aku hangin satu badan.Memang kenalah dengan aku.

Teringat...

Teringat kenangan di tahun 2012. Disaat Irfan masih kecil. Masih belum matang berfikir. Hari ini jaga dia untuk peperiksaan akhir tahun. Semoga dia boleh menjawab soalan dengan baik. Boleh membanggakan keluarganya dengan tahap pendidikannya. Amin

Hari ini aku mengamuk dengan budak- budak 2 Bestari. Mereka buat aku kecewa. Aku minta dia jawab soalan dengan baik dan penuh. Mereka hantar kepada aku kertas soalan yang kosong banyak. Adakah mereka tidak hormat pada aku. Sedih  terasa. Mereka ingin bermain dengan aku.
 

Terasa satu pertanyaan kepada diri ini. Adakah selama ini aku hanya syok sendiri mengajar mereka? Adakah selama ini mereka tidak faham? Adakah pemindahan ilmu berlaku? Ya Allah Ya Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku andai pemindahan ilmu kepada anak-anakku tidak berlaku dengan baik. hanya kepadamu aky bersujud dan memohon. Amin.


Sunday, October 25, 2015

santai...

Manfaatkan cuti hujung minggu bersama-sama rakan di De Rhu Beach Resort. Aktiviti yang jarang-jarang dilakukan namun biasa dilakukan.


Friday, October 23, 2015

syukur...

"Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju: 
Pertama :
Memberi kaedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit" ( Bajet 2016)

Syukur untuk tahun 2016. Ada kenaikan gaji tahunan dan habuan kenaikan gaji bonus 2016. Dalam keadaan tenat Allah berikan sedikit rezeki kepada melalui cara ini. Syukur kepada mu Ya Allah.
Insya Allah boleh buat anggaran baru selepas ini untuk bajet tahunan.
Insya Allah habuan untuk orang di kampung akan merasainya.

Wednesday, October 21, 2015

Semoga cepat sembuh

Ya Allah Ya Tuhanku sembuhkanlah penyakit yang dihidapi oleh anakku. Semoga ia kembali sediakala. Semoga ia kembali ceria dan boleh menerudkan perjuangannya dalam mengejar impian. Amin.
Dapatka  maklumat daripada emaknya. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat tentang Aiman. Semakin banyak kudis yang dijangkiti di tubuhnya kini. Semakin sakitlah dia. Semoga cepat sembuh. Anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah s.w.t kepada awak Aiman.
Kuatkan semangat dalam menempuh ujian ini. Amin.

Aktiviti hari ini...

Langsung tak masuk kelas. Dok dalam kelas tahun satu buat benda ini. Sempoi.





Habis aktiviti ini. Kena pergi hantar Danish Irfan ke klnik sebab kena sengat tebuan. Penangan guru bertugas minggu ini.


Tuesday, October 20, 2015

selesaikan tugas...

Habiskan silibus sejarah tahun 5. Bagi kelas 5 Arif. 24 yang hadir. Namun kesengalan wujud sebab ada yang cakap pukul 5 petang...pukul 5.30 petang dan pukul 6 petang.
Cakap nok pukul 6 petang. Cakap kat mak lain. Memang sengal.


Dah sampai...

CK Encounter Fress perfume sudah sampai. Terima kasih untuk Othman sebab menbantu dalam proses pembelian perfume ini.
Hari ini sepatutnya diserahkan. Biarlah dulu. Biarlah nanti.


Selamat hari lahir...

Selamat hari lahir. Semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan keluarga dan orang yang menyayangimu.
Jadilah anak yang patut pada perintah ibubapa dan ingat pada janji- janji yang telah dimenterai. AMIN

Monday, October 19, 2015

Lawatan...

Pukul 5.30 hingga 6.30 petang  berada di Bukit Puchong. Buat lawatan muhibah tengok orang sakit.


Sambil- sambil hantar barang dia. Malas nak simpan lama-lama kat bilik. Seluar berwarna hijau dia.

Sambil-sambil datang nak buat siasatan kes yang heboh di sekolah. Walaupun daripada mulut dia. Tetap kepercayaan aku terhadap dia masih kurang. Serik dimain dengan janji-janji dia yang manis di bibir.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku berharap apa yang dijanji olehnya pada hari ini akan betul- betul dilsksanskan olehnya. AMIN.
Ya Allah Ya Tuhanku engkau berikanlah dia petunjuk dan kesedaran atas apa yang dilakukannya. AMIN.


19.10

Tarikh ini kembali semula...
Namun tahun ini mungkin ia berbeza sedikit. Biarlah sejarah menjadi sejarah.
Namun apapun sejarah tidak mungkin dapat dipadam begitu sahaja.
Detik demi detik terukir indah diminda.
Semoga menjadi anak yang baik.
Memang berbeza. Hari hari isnin. Perlu kerja.
Langkah untuk mencari sesuap rezeki yang halal.

Kuatkan semangat

Ya Allah Ya Tuhanku kuatkan semangat aku untuk tempuh hidup ini dengan tenang dan bahagia. AMIN
Mungkin inilah petunjuk yang cuba disampaikan olehmu kepada diri ini.
Mungkin hamba mu ini perlu memberikan peluang kepada diri ini agar terus beristiqamah atas dasar kepercayaan.
Biarlah takdir menentukan semuanya. Biarkanlah detik waktu yang menceritakannya.
Inilah yang dikatakan menguji kesabaran dan kepercayaan.
Kisah Nabi Luth a.s yang berdakwah untuk kaum terdekat pun tak didengari inikan pula kepada orang luar.
Tabahkan hatimu. Cekalkan imanmu. Pasti kejayaan dihadapan.

Saturday, October 17, 2015

Terima kasih

Terima kasih Fatin kerana masih ingat akan diri ini.

Layan DBX

Hari ini layan Adik tersayang. Dah lama kerjakannya kini tiba masa untuk manjakannya. Ambil kau RM468 bertukar tangan. Demi kesihatan adik tersayang. Adik di belai di Batu Kikir , Seremban.
Selesai sahaja layan adik terus ke Pall Mall untuk layan diri sendiri.
Sebelum melabuhkan tirai sempat lagi singgah di Prima Mall. Di sini sepasang kasut dan baju kemeja menjadi hak milikkku.

Jenama kasutku..
2 helai baju jadi taruhan...
Terima kasih Nik atas kesudian menemani aku.

Friday, October 16, 2015

Layan...

Layan karenah anak-anak sekejap satni dari pukul 6 hingga pukul 7 malam. Pergi pasar malam di Simpang Pelangai. Layan sahaja.
Ya Allah kau berilah rakan-rakan yang baik kepada anakku agar dia menjadi anak yang soleh. AMIN.
Terima kasih Aiman, Affnan dan Mizan.

Dah dibeli...

Terima kasih Man. Sebab tolong pergi belikan untuk aku benda alah ini. Harap kehadirannya tiada cacat celanya. Amin.
Insya Allah. Hak milik pasti bertukar.


Thursday, October 15, 2015

Inilah...

Malam ini terima panggilan daripada Cik. Menyatakan Izam Pok Sof dah pergi buat selama-lamanya lepas maghrib tadi. AL-fatihah buatnya. AMIN.
ORANG ketiga dalam kaum keluargaku pergi buat selama-lamanya tanpa sempat mempunyai keluarga.
YA ALLAH Ya Tuhanku risau diri ini memikirkan diri ini yang masih solo lagi...
Siapakah yang hendak doakan untukku andai kata aku telah pergi buat selama-lamanya...



Bercuti...

Ruang masa yang ada digunakan sepenuhnya pada hari cuti. Bersama-sama rakan seperjuangan.  Terima kasih...
Cuti Maal Hijrah...rabu punya kisah