Wednesday, April 29, 2015

Bayaran...

Hari ini bayaran perumahan ku telah diterima oleh peguam yang mengurus rumahku. Syukur. RM240K telah dibayar. Bermakna aku sudah mampu untuk mendapat hak aku sebanyak RM20K untuk aku selesaikan urusan rumahku.
Tak sabar terasa untuk melihat perjalanan hartaku. Aku berharap segalanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Monday, April 27, 2015

Kebetulan...atau

Entah adakah ini kebetulan atau ...
Tapi apa yang nyata mereka semua ini pernah hadir dalam lipatan hidup ini. Walaupu seketika namun sejarah tetap menjadi sejarah.
Akmal: Salah satu anak murid ku ketika di Syed Jan. Seorang mudah bahasa. Masih lagi berhubung. Walaupun di alam maya.
Halid Amirul:2012 detik pertemuan. Ketika itu dia berada di kelas pra c...akhirnya dia menjadi anak muridku...kesan daripada pertukaran kelas. Terpisah sejak tahun 2013. Berpindah sekolah. Semoga ia sihatlah selalu
Irfan:Anak muridku paling manja. Asal dari kelas pra arif. Kesan daripada pertukaran kelas akhirnya menjadi anak muridku jua. Masih lagi bersama.
Wan Aiman: Pertemuan pada tahun 2011. Selalu menggangu dia...namun disebabkan kekangan waktu...ketika itu di alam prasekolah...menyukarkan pertemuan. 2014 merubah segalanya.
Shuhairi:Tidak pernah mengajar...insya allah suatu masa akan menjadi anak didikku.
Wajah-wajah mereka ini hampir sama. Inilah anak-anakku.

Jabatan Penilaian...

Kelmarin terima surat daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kota Bharu. Bermakna rumahku semakin hari semakin hendak siap. Sudah 80% telah siap. Bermakna tidak lama lagi aku bakal menerima anak kunci dan seterusnya dapat tinggal di situ.
Terima Zaini...kerana memberitahu akan kewujudan surat ini
.
Inilah suratku...
Ya Allah Ya Tuhanku padamu aku merapatkan kesyukuranku di atas nikmat yang telah diberikan kepada hamba mu ini.
Tak sabar terasa untuk menikmati nikmat ini. Tak sabar menanti detik tersebut.Syukur pada kerana melimpahkan nikmat kepadaku sebelum aku berusia 40 tahun.

Menanti...

Akhirnya berlaku juga perubahan rumah orang tua ku. Walaupun masih belum siap sepenuhnya namun diharapkan dapat memuaskan  hati orang tua ku. Walsupun aku hanya mampu menyumbangkan sedikit bantuan sahaja namun harap ia merupakan satu pengorbanan buat diri ini untuk orang tua ku.

Friday, April 24, 2015

Rombongan ke Pesta Buku dan PNM

Seramai 4 orang guru mengiringi 40 orang murid menuju ke bumi Kuala Lumpur untuk bersama-sama memeriahkan pesta buku di PWTC dan mengunjungi Pustaka Negara Malaysia.
Abadikan kenangan...
Suasana di Pustaka Negara Malaysia
Terlekat...
Mendengar penerangan daripada Pegawai PNM
Mengambil kenangan
Diunit Samsung Lib...
Suasana di PWTC:  tiada gambar yang boleh dikongsi ketika anak-anak membeli buku. Hakikatnya mereka bujan beli buku tapi benda-benda yang tiada kaitan dengan buku...seperti hasil kraf. Ikutlah.

Setelah berpenatan...
Suasana makan malam di Mc D...
2biji burger McD...disentapnya...
Abadikan kenangan

Thursday, April 23, 2015

Kem membaca 1 murid...

Hari kedua...program kem membaca 1 murid disekolah. Macam biasa. Setiap murid diberikan buku dan dikehendaki membaca buku tersebut. Satu proses galakan membaca dikalangan anak-anak. Proses ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Khasnya di alam prasekolah...
Pra Arif...
Shuhairi...Pra Arif
Membaca perlu dari rebungnya...


Shuhairi...

Wednesday, April 22, 2015

Sukan Tara...episod 1

Hari ini. Telah berjaya dilangsungkan acara sukan tara pada waktu petang. Jam 5 hingga 6.30 petang. Melibatkan semua anak-anak SKFC. Majlis dapat dijayakan dengan tenang dan selamat.Acara yang dilangsungkan ialah lompat tinggi,lompat jauh, 100 meter dan lintar peluru.



Kem Membaca 1 Murid 2015

Hari jam 10.40 hingga jam 1.10 telah bermula aktiviti kem membaca 1 murid pada tahun ini. Bagi tahap 1 aktiviti mewarna jadi pilihan manakala tahap 2 aktiviti silangkata matematik.

Tahap 2...


Tuesday, April 21, 2015

Adakah ini...

Tak pasti apakah ini satu takdir buatku. Adakah ini satu ujian buatku. Ya Allah Ya Tuhanku andai ini apa yang telah dipohonkan daripadamu. Engkau jelaskan petunjuknya. Andai ini bukan darimu engkau kaburkanlah. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui segala-galanya berbanding denganku hanya hambamu.
Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah petunjuk kepada hambamu ini. Sesungguhnya hambamu ini insan yang lemah. Amin.

Monday, April 20, 2015

Hasniza Umairah

Hari ini. Berita sedih yang diterima. Ayah Hasniza Umairah telah pergi buat selama-lamanya. Kini bermulalah episod sedih dalam hidupnya. Semoga Hasniza hadapi ujian yang melanda dengan tabah.
Ya Allah Ya tuhanku berikanlah kekuatan kepada anakku Hasniza untuk hadapi ujian yang melanda di dalam diri dalam usia yang masih kecil ini. Agar dia tabah dan cekal hati untuk terima ujian ini. Amin.

Bertemu...di alam maya

Akhir-akhir ini selalu sahaja berhubung dengan anakku di MADA. Walaupun bukan di alam sebenar, di saat berbicara denganmu terasa terlalu dekat. Pernah hidup bersamanya tahu kepayahannya. Walaupun menumpang kasih seketika...namun kasih yang tumpah sukar dilapkan dalam kamus hidupku...
Suatu masa dulu...dikau pernah hadir melayari hidupku.Banyak kenangan tercipta dibumi MADA. Terima kasih Faiz...
Gelak tawa dan berkongsi hidup di dalam jangka waktu itu. Amat indah.
Aku sentiasa ingin berada dekat dengan MADA...tapi apakan daya tiada rezekiku disana.
Biarlah memori disana kekal dalam ingatan. Semoga MRKK juga tersemat dikalbu. Semoga impian indah di SKFC akab terus tersemi...
Aku hanya impikan kehidupan yang indah-indah sahaja sebelum mata ini menutup ruangan hidupku.Biarlah seribu satu kenangan ku abadikan dalam hidup mereka...agar mereka akan merinduiku suatu masa nanti...

Rejab...2015

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk melsksanakan ibadat kepada mu agar ia menjadi bekalan kepadaku.
Ya Allah berikan aku kekuatan itu.
Sudah lama aku tidak melakukan ibadat kepadamu...ibadat sunat. Terlalu kejar dunia sehingga aku alpa kepada akhiratku. SEHINGGA aku lupa untuk menyimpan bekalan untuk membeli istanamu di akhirat nanti.
Terimalah ibadatku Ya Allah.

Sunday, April 19, 2015

Cair juga...

Akhirnya aku tewas juga dengan prinsip hidup aku. Aku gagal melawan. Aku musnahkan prinsipku. Dengan hanya satu nama. Ku korbankan jua, kerana tak sanggup perjalanan yang panjang menjadi tawar. Perjalanan yang lama menjadi sunyi. Akhirnya aku mengorbankan prinsip hidup yang telah lama aku pegang selama ini. Tidak ingin masuk PAWAGAM. Akhirnya 18.4.2015 menyaksikan detik pertama prinsip hidupku aku korbankan demi seorang anak dan anak-anak.Aku terpaksa disebabkan tiada apa-apa yang boleh dilakukan di sana setelah mencari dan mencari tempat yang boleh dijadikan hiburan kepada diri ini dan anak-anak.
Ini sahaja yang mampu ku bagi mereka tonton disebabkan...yang lain semuanya 18...hanya yang ini sahaja sesuai dengan usia mereka 13 tahun. Mujur cerita ini seronok juga ditonton.
Seronok melihat mereka seronok. Seronok melihat mereka bergembira. Walaupun terpaksa mengorbankan prinsip yang selama ini telah dipegang sejak 36 tahun yang lalu.
Inilah yang dikatakan pengorbanan seorang ayah buat si anak.
Walaupun tiada desakan daripadanya. Aku merasakan bertanggungjawab untuk mengembirakannya dan rakan-rakannya. Disebabkan kelmarin tidak berjumpa dengan pusat bowling. Akhirnya prinsip hidup dikorbankan untuk anak tersayang.
Saya special...ungkapan ini dizahirkan semalam di kedai makan siam. Sejak 2011 hingga kini.
Aku mengharapkan dikau akan menjadi anak yang terbaik untuk keluarga. Aku berharap dikau akan menjadi tulang belakang untuk keluargamu pada suatu hari nanti. Aku hanya mengharapkan dapat menghirup sedikit sahaja kasih sayang daripadamu.
Wahai anakku...doakan untuk ku sebagaimana apa yang telah ku ungkapkan kepada mu semalam. Biarkan ianya menjadi satu kenyataan yang pasti. Amin.


Laksanakan...

Syukur. Semuanya telah selesai pertemuan tersebut. Hari ini keluar bersama dengan Wan, Affnan, Solleh. Hari ini pergi jauh sedikit. Pergi ke Seremban. Alang-alang ke sana belanja beli baju sedikit.Terima kasih kerana sudi keluar bersama.Dari jam 9.00  sampai jam 11.30 malam bagi Wan. Manakala Affnan dan Soleh dari pukul 8.30 hingga jam 10 malam.
Affanan...susah sikit nok bergambar.
Wan,Solleh dan Aku...
Ayam Penyet ...di Pall Mall Seremban

Budak tak ada kerja ...Wan

Ayam Penyet di Pall Mall, Seremban
Buat kerja gila hari ini. Tengok wayang cerita The Cobbler...Kali pertama...Hee. Seronok juga rasanya.
Tiket wayang...
Satu kenangan yang indah telah diterbitkan pada 18.4.2015. Sabtu yang damai.
Abadikan baju dari koleksi jenama Biem...projek sebelum ini. 

Baju yang dipakai adalah daripada jenama yang sama.  Terima kasih kerana menghargainya.

Thursday, April 16, 2015

Merentas desa 2015

Akhirnya walaupun tanpa latihan dapat dijalankan terlebih dahulu. Program merentas desa akhirnya dapat dijalankan jua  dengan jayanya. Syukur tiada segala masalah yang berlaku. Semuanya berjalan dengan lancar. Kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak RELA amat dihargai. Terima kasih semua.


Tiada banyak kenangan yang dapat dicatatkan sebagai kenangan bergambar. Disebabkan oleh bertugas di dalam bahagian pencatat masa perlumbaan
 Terpaksa menggunakan telefon sebagai jam randik.Hanya gambar setelah program sahaja dapat merakam.

Wednesday, April 15, 2015

Tiga situasi

Hari ada 3 situasi yang berlainan berlaku. Tapi nok buat macam mana kita terpaksa reda sahajalah. Terima kerja anak-anak 6B. Topeng haiwan hasil nukilan mereka. Terima kasih sebab buat apa yang disuruh dengan baik.

Situasi seterusnya pula hari ini, semak buku sejarah anak-anak ada benda yang mencuit hati dan perasaan ini. Tapi apa nak buat terima sahajalah. Nak marah bukan kerjaku. Bukan salah anak-anakku. Tak buat seperti tidak merealisasikan kehendak matapelajaran sejarah. Sejarah belajar melalui penyelidikan...

Situasi ketiga untuk hari ini. Latihan merentas desa tapi hujan turun...maka tiadalah aktiviti latihan merentas desa...




Akhirnya bersantai di atas astaka dan kelas menanti hujan reda dan jam 6 petang. Inilah nasibnya. Takdir dan ujian Allah s.w.t sukar diduga.