![]() | ||
| Anak-anakku... |
Hari ini, dikau semua telah membuktikan yang terbaik buat cikgu. Biarlah kenangan yang terukir di dalam susah senang kita bersama akan kekal di memori yang terindah.
Kecekalan dan keyakinan diri anak-anak cikgu semakin mengunung. Tiada rasa takut. Tiada rasa gentar. Tiada rasa malu. Cikgu bangga sayang. Terima kasih buat :
Irwan Hakimi, Aliff Irfan, Syamil, Rafiq, Asyraf Hakimie, Dieya Darwish, Fahmi, Zahiruddin
Imani Ibtisyam, Hajar, Anisah, Nabilla, Hanni, Alya, Umairah, Azlini, Hassanizan, Qaisara, Najwa, Sofieya, Adleyana, Tasneem, Hanim & Antasya
Terima kasih semua sayangku.
Walaupun ini bukan hasil yang keseluruhan ciptaan cikgu tapi cikgu telah memberikan satu kelainan yang banyak berubah daripada yang asal.
Cikgu yakin sekarang, walaupun lakonan asal dilakonkan oleh mereka yang besar ( pelajar maktab tahun satu bersama umur 20 tahun ) tapi anak-anak Cikgu hanya berumur 6 tahun dan 5 tahun sahaja. Anak-anak cikgu sebenarnya hebat dan berbakat.Cikgu amat bangga. Sayang cikgu.
