Hari raya telah berjalan dengan lancar. Cuti sekolah juga semakin hampir berakhir jua sekarang. Lepas ini kena beri tumpuan kepada aktiviti anak-anak pulak. Seminggu lepas sekolah buka, perlu hadir satu taklimat pulak berkaitan dengan guru prasekolah baru 2012. Haaaa...adakah ianya akan borig atau semuanya bergantung kepada ?
Monday, August 20, 2012
Wednesday, August 15, 2012
yahoo....
Dalam jam 3.30 petang, aku akan bergerak meninggalkan bumi Chemomoi sebelum aku berangkat pualng ke Kelantan pada jam 4.00 pagi keesokkan harinya. Semoga perjalanan aku akan diberkati olehNYA selamat pulang dan selamat kembali.
Tak sabar rasanya untuk bergerak pulang ke Kelantan setelah lama tidak pulang.
Tak sabar rasanya untuk bergerak pulang ke Kelantan setelah lama tidak pulang.
Tuesday, August 14, 2012
Hati panas...
Jawatan yang tinggi tidak akan mencerminkan jawapan yang diberikan juga setinggi jawatan yang disandang. Inilah dunia. Kebodohan akan juga menguasai diri seseorang dalam melayarai bahtera kehidupan. Beginilah nasib seseoarang itu sekirannya tidak pernah hendak berfikir sebelum memberi jawapan terhadap sesuatu persoalan yang akan menyebabkan pentaksiran yang negatif akan berlegar-legar dipemikiran orang yang menerima jawapan.
Monday, August 13, 2012
Dah nak raya.....
Kalu dah nak raya...maka tak lama lagi aku akan bertolak balik ke kelate lah. Tak sabar rasanya nak balik ke kelate...
Walau apa pun yang...ramadhan pasti akan meninggalkan kita semua dalam tempoh kurang seminggu lagi. Bagi mereka yang merasakan ramadhan sebagai satu beban akan merasakan keseronokkan. Manakala bagi mereka yang mencintai ramadhan pasti akan merasakan kerinduan untuk bertemu dengan ramadhan lagi.
Kehidupan mesti ditempohi...suka atau tidak perjalanan ku bersama-sama anak-anak pra masih lagi berbaki 3 bulan lagi sebelum aku melabuhkan tirai prasekolah pada tahun ini.
Kadang-kadang merindui saat-saat indah mengajar disekolah menengah. Namun itu semua sudah tinggal kenangan yang tak pasti akan kembali lagi.
Sejak-sejak menjadi guru di KPM, aku sudah lama tidak berlari ke sana. Nak buat macam mana kelas hanya ada satu sahaja. Bermula jam 7.00 pagi hingga jam 11.40 pagi aku akan bersama-sama anak-anak di Prasekolah Bestari. Berteriak, menjual suara-suara yang merdu mengalahkan Anuar Zain, seharmoni Seungri (Bing Bang), selincah gerakkan tari Enyhuk ( Super Junior ) hanyalah untuk pra B.
...
Thursday, August 2, 2012
Cermin mata 3D
Subscribe to:
Posts (Atom)
