Tuesday, October 30, 2018

Tahniah...MC DA

Tahniah MC Da...akgirnya kau berjaya juga pegang segulung ijazah sarjana pertama dalam keluarga kita. Tahniah.
UPM menjadi pilihan mu lagi sekali..
Ijazah UPM
DPLI UPM
Master UPM
Adakah phd juga di UPM?






Friday, October 26, 2018

Teruskan

Cukuplah. Cukuplah. Telah kuberikan kepadamu. Andai apa yang telah kuberikan tidak bernilai dimatamu. Biarlah aku mengalah.
Biarlah. Aku tidak mungkin boleh memaksamu. Aku tidak boleh terus memaksamu untuk menerimamu.
Aku sedar siapalah aku.
Biarlah kenangan itu menjadi kenangan sahaja.
Aku akan meneruskan perjalanan hidup ini di hadapan. Aku tidak mungkin berpatah balik.
Banyak kali sudah aku bersabar.
Banyak kali aku merayu.
Banyak kali aku memujuk.
Cukuplah.
Kita teruskan hidup masing-masing.
Insya Allah aku akan temui kebahagian.
Zahamir 2018

Thursday, October 25, 2018

Cirit birit

Akhirnya aku kecundang juga. Berjuang sejak pukul 4 pagi. Akhirnya pukul 10.20 pagi aku mohon keluar untuk ke klinik dengan PK HEM.
Surat MC menjadi saksi kekalahan aku dalam berjuang untuk hidup ini.
Balik sahaja dari Klinik terus makan 2 biji ubat. Akhirnya aku tidur dari pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

Saturday, October 20, 2018

20.10.2018

Satu tarikh yang teristimewa. Aku wish untuk Aiman hari lahirnya. Dapat satu balasan. Berakhirlah sudah.
Hari ini  juga bateri kereta aku kong.
Kereta tak boleh start di sekolah, kerana hari ini aku dan Cikgu Yusuff bergabung tenaga buat kelas untuk murid tahun 5. Kehadiran murid cukup ok.


Terpaksa meminta pertolongan Rohmad untuk menyelesaikan masalah kereta aku.
RM170 bertukar tangan. Duit yang aku ambil dengan MC  Yah sebanyak rm300.
Ujian sungguh bulan ini.

Tuesday, October 16, 2018

Kosong

Aku melangkah kaki untuk balik ke sekolah sebentar tadi terasa kosong.
Adakah disebabkan terlalu banyak ketawa...
Walaupun balik tadi aku jumpa Amir...
Namun tiada satu perkataan yang dikeluarkan olehnya...
Itukah  yang menyentak perasaan ini menjadikan terlalu kosong... 
Mungkinkah...
Terlalu sukar untukku berkata-kata...
Menyayangi anak-anak orang adalah sesuatu yang sia-sia rupannya.
Keikhlasan mereka menyayangi kita juga boleh diragui...
terpaksa atau dipaksa.
Kejamnya terasa hidup ini...
Andaiku telah ditakdirkan untuk tidak mempunyai isteri di dunia ini, engkau berikanlah aku kebahagaian yang aku carikan.
Andai aku mempunyai jodoh di dunia ini...engkau tunjukkanlah kepada aku...
Engkau tanamkan sikap berani dalam diri ini.
Engkau buangkan sikap rendah diri dalam diri ini.
Engkau benihkan dalam diri ini, sikap yang mantang dalam diri ini.
Aku terlalu letih dalam mengejar kebahagaian yang aku ciptakan ini.
aku terasa hidup ini KOSONG. KOSONG. KOSONG
 

CRK kali ke 2

Selesai. Memohon  CRK buat kali ketiga tapi dikira kali kedua kerana kali kedua tukar kepada MC sebab temujanji dengan doktor.
Tapi perlu hantar bukti bagai. Seolah-olah aku perlu cuti yang lama. Maka terpaksalah print surat konvo MC Da kelmarin untuk bukti.
Sedangkan kita nih bukan selalu pun bercuti. Oklah kita layan sahaja walaupun menyampah.

Monday, October 15, 2018

Tak puas hati...

Aku memang tak cukup puas hati. Jika penilaian murid dijalankan seolah-olah untuk memastikan markah yang tinggi kepada murid.
Budak tak siap, kita sambung esok. Itulah punca kehancuran prestasi murid. Sebab kita dah biasa bagi mereka menjawab balik soalan peperiksaan yang diberikan. Jadi mereka tidak melihat ini satu keperluan yang hakiki. Mereka akan diberikan tongkat untuk memastikan markah mereka tinggi, hakikatnya mereka tidak mampu menjawab soalan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan.
Kita baja mereka dengan kehidupan ini, sampai sahaja tahun 6, peluang ini tidak lagi wujud. Mereka akan terus berdiri dengan kaki mereka sendiri tanpa ada lagi tongkat yang membantu mereka.
Akhirnya mereka kecundang dalam pelayaran hidup mereka, tapi kita tetap akan meneruskan tongkat kita bagi yang lain sehinggalah mereka berada di tahap 6 kembali.
Sejarah akan terus berputar dan berputar.
Inilah isu malam ini, dalam group tidk rasmi sekolah. Yang aku bengkak...



Saturday, October 13, 2018

Hari Sukan Negara 2018

Selesai. Program Hari Sukan Negara bersama Komuniti. Program kerjasama antara SKFC dan SMKFC dengan Komuniti Felda.











Friday, October 12, 2018

Aiman

Terserempak di saat aku sedang menikmati mee goreng dan abc keladi di kedai mee udang.
Dia mohon aku belanja. Aku hanya mampu bayar ABC dia dan member dia sahaja. Aku bawa RM11 sahaja.
Hanya tegur macam tu sahaja. Tak ada rasa nok bersalam.
Dimana janjimu Aiman.

Terpilih...

Terpilih. Terpilih. Terpilih.
Tercalon.
Tolonglah. Jangan dok fikir kami tak tahu mainan kamu.
Tolonglah. Jangan anggap kami ini bodoh.
Terpilih:
Jamuan Hi-Tea bersama Dato'Liow Tiong Lai
Bilik Akses Jawi
kalam Sya'bi
Pusat Peperiksaan Berasrama Penuh Calon UPSR
Petron Dengue
STeM
Tandas
Semua item di atas tu...semuanya terpilih. Mantap sungguh pentadbiran.
Yang penatnya kami...
Cukup-cukuplah membodohkan kami untuk kepentingan anda.
Sila meninggal.

Wednesday, October 10, 2018

Zikir

Sejak tahun 2011 ketika aku mengajar pra. Aku cuba terapkan zikir Syifa dikalangan anak-anakku ketika itu.
2016 aku cuba terapkan kepada warga SKFC ketika aku memegang guru pengawas, tetapi tiada penerusan sebab bukan arahan.
Sudah 2 hari alunan zikir seperti Asma Husna dipasang untuk halwa telinga anak- anak.
Nampak sangat idea yang baik dibawa oleh cikgu biasa tak dipedulikan. Nak nampak itu idea dia sahaja.
Ambil masa 2 tahun untuk direalisasikan. Terlalu lama sungguh. Tak pernah jatuh martabat kita jika menerima idea orang bawah.

Gagal


Aku gagal menasihati anak saudara sendiri jangan terlibat dengan rokok.
Anak orang aku bukan main jaga.
Anak saudara kita tak mampu.
Semoga dia akan insaf dan kembali semula ke dunia yang normal

Ujian...

Semalam 9.10.2018 betul-betul ujian kepada diri ini. Tayar keretaku di bahagian belakang pancit. Aku sedar ketika aku hantar Aliff di rumahnya. Setelah ditegur oleh emaknya. 
Bergegas ke Smart untuk isikan angin.
Pukul 2.30 bergegas pualng untuk ke Triang. Niat hanya sekadar menampung bocor tayar sahaja.
Akhirnya 2 biji tayar kereta aku, ditukar. Walaupun dari kejauhan tayar nampak penuh bunga-bunganya.
Hakikatnya jalur tayar dah sekata dengan butang penanda aras tayar itu sendiiri.
RM370. Bertukar tangan hari ini.
RM450 duit Cik menjadi saksi kelangsungan hidup ini.
Maafkan diri ini. Walaupun gaji beribu-ribu hakikatnya tidak pernah cukup.

Tuesday, October 9, 2018

TB

TB Family Day
Kenangan yang terukir di bumi Kuantan cukup indah walaupun aku mengalami masalah kewangan yang kronik.
Biarlah kenangan itu tersemai dibenak ini untuk selamanya.
Semoga kenangan yang terukir di dalam hidupmu akan sentiasa terpahat rapi tanpa ada cacat celanya.
Aku hanya mampu menumpang setitik kebahagiaan yang aku sendiri ketahui bahawa, kepuraan itu mesti wujud dalam hidupmu.
Namun aku tetap gagahi juga menongkah arus kehidupan dengan harapan dirimu akan mengingati diri ini untuk selamanya.
Aku sedar
Aku boleh dikatakan bertepuk sebelah tangan sahaja.
Aku sahaja yang beria- ria beranggapan mu sebagai anakku, hakikatnya...




Monday, October 8, 2018

Kena balun..

Kena balun cukup-cukup sebab Amir dan Arash Tak datang sekolah hari ini.
Aku dah pesan dekat mereka agar datang sekolah tetapi...
Akhirnya kena balun. Itulah jawapannya.

Sunday, October 7, 2018

Selesai...Family day

Pukul 12.10 minit check out bilik hotel. Terus menuju ke East Cosmo Mall.
Melayan anak- anak makan di Nando's.
RM85 untuk kami berempat. Walaupun Arash tidak boleh habiskan ayam tersebut.


Melayan Aliff seluar dan Amir hoodie. Arash Lain kali.
Pukul 9.35 selamat sampai di Chemomoi

Trip Family Day

Zahalif
Zahamir
Zaharash
Kami berempat ke De Rhu Beach Resort.
Family Day SKFC 2018.
Kenangan terukir di bumi Kuantan.






Kerja gila

Pukul 11 malam keluar bilik hotel bersama anak-anak joint Miza,Syafiq ,Farah dan Fadillah ke GCS menonton Venom...
Pukul 3 pagi baru sampai di hotel.

Family Day SKFC 2018

Akhirnya aku ke De Rhu Beach Resort untuk program Family Day tanpa family Mc Yah tetapi bersama Aliff, Amir dsn Arash setelah Haziq menolak perlawaan aku.
Terima kasih kepadan Family Aliff dan Amir yang membenarkan anak mereka mengikut aku ke sini.





Wednesday, October 3, 2018

Ahmad Faiz

Emak kepada Faiz. Anak murid pertama di MADA telefon aku. Menyatakan anaknya sakit.
Telefon untuk menyelesaikan hutang Faiz dengan aku.
Gunalah diut itu untuk perubatan Faiz agar dia kembali pulih semula. Aku halalkan hutang itu.