Thursday, August 31, 2017

Selesqi...

Selesai juga. Aktiviti memesin rumput di mahligaiku. Selama 3 hari. Mula 29.8.2017 hingga 31.8.2017. 2 hari pergi pagi dan petang. Hari ini sahaja sebelah pagi.
Semoga ceria selalu. Jiran sebelah, mahligai hijau pun turun padang juga. Bersama-sama memesin rumput.




Monday, August 28, 2017

Terkejut...

Ya Allah rupanya dah lama tidak membelai istana. Masya Allah rumput dah semakin sihat dan segar.

Layan adik

Melayan RM395 untuk adik tersayang. Sekali berbelanja untuk adik.
Tersenyum.

Saturday, August 26, 2017

Suhairi...

Malam ini. Selongkar result exam. Hasilnya cukup teruk juga. Mungkin ini disebabkan perubahan sekolah.
Harap ini tidak berlarutan sampai ke...
Semoga dikau terus berusaha ya. Jangan mudah putus asa dalam mencari ilmu. Teruskan usahamu ...

demi kita

Verse
Biar waktu tentu
Takdir kau dan aku
Biar hati jadi
Saksi bersamamu

Pre
Namun aku
Tak sanggup merelakan
Hancur semua
Namun ku
Tahu yang kau harus ku lepaskan

Chorus
Biar kan semua
Kenangan yang indah
Akan selalu ada
Kau dan aku bersama...

Biarkan lah sayang
Cinta kita hilang
Walau kita tak rela
Tinggalkannya demi kita,
Demi kita
Verse 2
Ku doakan
Kau terus
Dengan jalan yang baru
Andai itu
Adalah yang terbaik untukmu

Repeat Pre & Chorus

Bridge
Lepaskanlah, biarkanlah
Cinta kita berakhir
T’lah tertulis mungkin kita
Kan bersama semula


Terasa sesuatu dengan lagu Ismail Izani...
Terasa sangat bermakna sangat...
Kehilangan dan kehilangan...

Thursday, August 24, 2017

6 hari

6 hari lagi. Sebelum 30.8.2017.
30.8.2016 sangat seronok.
Adakah tarikh ini akan tetap...

Putrajaya...UPSR 2017

Rombongan murid tahun 6 ke Putrajaya. Aktiviti santai sebelum menghadapi upsr 2017.
Satu aktiviti yang tersendiri...
Wetland...Patin.com...KLIA...

















Monday, August 21, 2017

Raikan...

Terima kasih. Tahniah.
Raikan bersama.
Hanya perlu... memandang ke hadapan. Jangan di toleh ke belakang.
Hidup mesti diteruskan bukan dipatahkan.







5 Azkiya'

Sebagaimana yang telah aku jangkakan. Anak-anak kelas 5 Azkiya' gagal menyiapkan kerja yang telah aku agihkan sejak sebulan yang lepas. Sebulan kerja kumpulan. 5 kumpulan yang ada. 2 kumpulan yang sudah hantar. 1 kumpulan yang buat seperti melepaskan batok di tangga. 2 lagi langsung tak ada.
Teruknya mereka. Langsung tidak ada tanggungjawab sebagai murid. Aku agihkan kerja sudah sebulan. Bukan kelmarin, Bukan hari ini. Bukan minggu lepas. Tapi sebulan yang lepas. Langsung tidak buat. Nasiblah.
Nak cakap minta datang bertanya...langsung tiada.

Nak cakap minta maaf... langsung tiada.
Diam membisu... macam orang bodoh.
Akhirnya...Bodoh.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa-dosaku. Janganlah engkau jadikan mereka sebagaimana aku sebutkan di saat aku sedang marah.
Itu sejarah. BM langsung tiada semangat.



Sunday, August 20, 2017

Semarakkan..

Kita hangatkan bulan kemerdekaan tahun ini.
Kita patriotikkan semangat itu ke lubuk hati.
Kita jayakan...
Kita hangatkan...

Friday, August 18, 2017

Thursday, August 17, 2017

Kisah kelmarin...

Kisah kelmarin di tapak perhimpunan harian. Minggu ini aku yang bertugas. Maka kejahatan aku banyak aku zahirkan.
Budak- budak banyak yang diam. Mungkin takut. Hiiii
Biasalah. Kita kena kawal satu sekolah. Jika tidak gagal.
Kejahatan itu perlu...

Wednesday, August 16, 2017

Perkampungan UPSR 2017 episod 3

Hari ini team BM terlibat pada waktu petang. Maka aku juga turun padang. Aku ditugaskan untuk urus kumpulan 2.











Tuesday, August 15, 2017

Perkampungan UPSR 2017

14 - 17hb perkampungan UPSR 2017.
Hari aku bertugas untuk riadah bersama cikgu Nizam. Ok. Mencari harta karung versi kami.