Wednesday, April 29, 2009

aiman asyraf othman




di rumah sewakuuuuu

rahsia .....

Tanda-tanda Lelaki Yang Belum Bersedia Untuk Bernikah

1. Terus 'tutup mulut' apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.

2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna 'ikatan'

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.

8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.

9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda

Saturday, April 25, 2009

selamat berjaya

selamat berjaya buat adikku... nurul fazhida yang kini dalam perjalanan ke Langkawi untuk menyertai pertandingan futsal.......

MRKK

hari ini aku bersekolah... satu program motivasi ibubapa dan seminar teknik belajar telah diadakan di sekolah...........................................

Tuesday, April 21, 2009

Minggu Disiplin MRKK







Sebahagian daripada peristiwa ketika majlis pelancaran minggu disiplin di MRKK yang bermula pada 19/4 - 23/4.

Saturday, April 18, 2009

selesai sudah

Hari ini segala penat lelah dalam mengejar masa dan mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk mengikuti kursus pra induksi di Yayasan Islam kelantan telah selesai dengan jayanya pada jam 3.40 petang tadi.
Syukur kerna semuanya telah selamat. Hanya kini sedang menanti keputusan peperiksaan yang telah dijalankan petang tadi. Harap kejayaan akan menyinari kehidupan. Amin

Friday, April 10, 2009

jejak jaya MRKK


Pesembahan pelajar....

Reaksi pelajar ......

Mohd Ridhwan Mohamad ( STPM ), Siti Nor Izliana Bt Nordin ( STAM), Adibah Bt Ibrahim ( SPM ), Norhidayah Bt Ibrahim ( SMU ), Nabilah Bt Mat Nor ( PMR) dan Izzah Hameeda Bt Zamani ( PMRU )


Satu program dengan himpunan pelajar-pelajar terbaik Maahad Rahmaniah 2008. Sedikit sebanyak dapat membuka minda dan pemikiran para pelajar yang lain untuk terus berusaha demi sebuah kejayaan.

Tuesday, April 7, 2009

cabaran spm

Hari ini, jam 1.15 petang bertempat di bilik gerakan MRKK. barisan guru-guru spm menghadapi satu post mortem keputusan spm 2008. aku secara tidak langsung terlibat kerna aku mengajar sejarah pada tahun ini.
subjek sejarah telah membuat satu peningkatan yang cukup besar dalam sejarah sekolah iaitu 91.30% daripada 73.08%. walaupun peningkatan peratusan tinggi namum bilangan A juga boleh dikatakan tinggi berbanding dengan tahun lepas.
bebanan yang tergalas dibahu secara tidak langsung menjadi semakin besar demi mengekalkan % sekolah mahupun memastikan bilangan A meningkat.
Walaupun mempunyai pengalaman hampir 3 tahun bergelumbang dalam subjek ini, namun suasana yang terdapat disini tidak sama seperti mana yang terdapat di MADA suatu ketika dahulu. walaupun keputusan di MADA juga berada dalam kelompok yang sama di MRKK, namun apa yang menjadi masalah sekarang aku perlu memastikan dapat menarik pelajar biar mereka dapat bersama-sama dengan aku dalam melayari kehidupan dalam perjuangan menghadapi SPM.

airrrrrrrrrrrrr 2

jam 5.30 pagi aku bangkit dari tidur yang panjang. pada pemikiran aku sudah bekalan air pulih atau tidak lagi sejak semalam pada jam 7 malam. sangkaan aku betul air masih lagi tidak ada.
jam 6.10 minit aku bersama housemate aku mengambil keputusan nekad dan tekad untuk pergi mandi di sekolah. daripada pergi kerja tak mandi lebih baik mandi.
kini jam 7.05 malam, bekalan air juga kekal masih tidak ada. aku gompius macam cara kerja AKSB buat kerja atau tak buat kerja. dahlah bekalan air tidak dibekalkan. memang bodoh lagi membodoh.

Monday, April 6, 2009

rehlah di lata Belatan,












semua gambar dari rakaman ustaz Rozu


gambar dari blog baladi

semuanya cukup indah dan indah.

satu usaha yang dilaksanakan oleh para guru yang pernah mengajar di Maahad Darul Anuar, berjaya mengumpul sekumpulan pelajar untuk bersama-sama berkampung di Lata Belatan, Terengganu pada 12 hingga 15 Mac yang lepas.
kerjasama dari semua yang terlibat amat-amat bernilai.

Pelajar MRKK

di Maahad Rahmaniah, aku diberi ruang untuk mengajar pelajar dalam subjek sejarah dan kemahiran hidup.
Tingkatan 5 semua kelas aku mengajar mereka subjek sejarah. Hanya tingkatan 1B dan 1E sahaja aku mengajar sejarah. manakala untuk subjek kemahiran hidup aku diberikan ruang untuk mengajar kelas 2A, 2B dan 2C
Namun apa yang berbeza di antara sini dengan sekolah lamaku, ialah dari segi susunan pelajar. Disini pelajar bercampur di antara kelas lelaki dan perempuan. Hanya kelas 2C dan 5C sahaja yang kelas mereka hanya satu jantina sahaja. Namun begitu ianya kekal tidak sama sperti di Pulau Melaka.
Walaupun begitu ia tidak terlalu asing buat diri ini kerna, aku juga pernah mengalami kelas bercampur ketika dalam usia yang sudah remaja ketika belajar di SMK Kota Bharu, walaupun aku sendiri mengakui agak tidak selesa.
Aku mengharapkan segala usaha yang telah aku taburkan disini akan memberikan satu kejayaan yang tidak ternilai.
sebahagian gambar pelajar maahad rahmaniah,

Hanif Zulzuki, pelajar 3E



gambar pelajar kelas 5B

gambar kelas 2B, KHB
Badrul, pelajar 2B

gambar kelas 1E, semasa kelas sejarah


Sunday, April 5, 2009

airrrrrrrrrrrrr

sejak semalam lagi.... air di rumah sewaku semakin perlahan mengalir dari paip. hari ini terus tidak dapat mengalir. langsung tak berfungsi. setiap bulan bayaran terus dilakukan. Namun bekalan air sentiasa terputus pada setiap bulan. nih dah malam. Ketika dan detik ini air masih lagi tidak berfungsi. Mandi ...... hanya dapat dilakukan pada waktu pagi tadi. Itu pun tak larat nak tadah air. Lambat nak mampu. Harap kesabaran aje ada. Kini sudah hilang kesabaran terhadap Air Kelantan. Gagal dan terus Gagal dalam menyediakan bekalan yang sewajarnya.
Aku dan penduduk Kg. Rahmat, Kuala Krai amat memerlukan airrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.............................................

Saturday, April 4, 2009

penyambung warisan


Anis Faqihah




Haziq
Anis dan Haziq merupakan anak kepada kakakku... Zakiah




Umairah
Anak kepada abangku ...azmi



Fatihah dan Adiknya balqis
Anak kepada kakakku... zamirazma

Penyambung warisan keluargaku... daripada 3 orang adik beradikku...