Monday, June 24, 2013

Jerebu...

Merentas desa tidak dapat dijalankan pada hari ini. Segala aktiviti luar bilik darjah telah ditarik balik mulai hari ini.
Maka segalanya telah ditarik balik, merentas ingatan anak-anak dan kefahaman mereka telah digunakan.
Satu set soalan pentaksiran telah diberikan, perlu dijawab dalam tempoh 40 minit. hasilnya memang amat mengujakan dan amat berpuas hati.
Markah yang dipungut oleh Aliff sebanyak 99 markah. Paling rendah Antasya 18. Masih berbaki 5 orang lagi yang masih belum buat.
Tenang menjawab soalan...

Seorang satu tempat duduk...tak ada harapan lah nak tiru

Hakimie begitu tekun menjawab soalan




Wednesday, June 19, 2013

beginilah nasib...

Sukar nak jangkakan... pagi kosong, petang kosong, malam kosong, ada, kosong. Aduh nampaknya kena set masa pulaklah nak membasuh baju nih. Baju dalam mesen sudah...air pulak terputus. Macam mana nih??? Ini negeri bukan calang-calang negeri, sepatutnya masalah ini tiada. Oh mengapa...satu hari dua hari boleh lagi bertahan, ini dah lama. Aduan dah lama dilaporkan, takkan nak kena kitar air longkang kot. Bodoh punya orang atasan, buat kerja ke tak nih...
Nih buatkan, aku nak meroyan tak tentu pasal nih. Nanti kalah Kak Long dalam Teduhan Kasih aku lakukan. 
Bil air dah pun di bayar ...air tak...

Air oh air
kenapa engkau tiada...
Macam mana aku nak ada...

 
 

Monday, June 17, 2013

Jangan jadi biadap...

Itulah yang menjadi kenyataan. Jangan kita menjadi biadap. Jika kita biadap dengan orang, jangan harap kita akan tenang hidup.
Tak kiralah engkau sape, besar, kecil, halus dan sebagainya kenalah hormat orang tua. Tak hormat orang tua sakitlah.