Thursday, March 31, 2011

kemalangan...luka

Dalam keseronokkan bermain nenek si bongkok tiga versi ABC hari, sesuatu yang memnyebabkan permainan tersebut terpaksa dihentikan segera. Kemalangan yang menimpa Adham. Luka bibir sebab terjatuh telah menyebabkan keputusan drastik diambil.
Aku buat permainan sebab dari pagi-pagi lagi mereka dikerjakan oleh aku untuk membaca sukukata kv dengan vokal i. Lelaki sepuluh orang aku suruh dia makan tapi tak boleh buka mulut macam dia membaca suku kata tapi tak buka mulut. Tahu pulak mereka tak akan mampu makan. Samalah kalu mereka membaca mulut tak buka. Itulah perumpamaan yang aku gunakan kepada mereka ....

Wednesday, March 30, 2011

keseronokkan berganda...

Hari ini terasa seronok sangat....anak-anak semua berjaya menepati arahan dengan baik...makan pun tak tumpah..buat kerja pun siap semuanya gara-gara nak buat topeng haiwan...
Idea ini aku ambilpun dari idea-idea guru pra sekolah di dalam Malaysia. Memang seronok. Ini lah antara aktivit yang aku lakukan pada minggu ini selain dari mengajar mereka mengenal huruf ABC dan sukukata...
Namun budak Saipullah masih lagi di takuk lama tak ada perubahan yang ketara...aku ajar lagi dia hari ini huruf a dan b lepas tu tanya balik masih gagal..akhir minta tolong Kak Ros ajarkan ..harap-harap selepas ini berubahlah ia...fatang sekolah dah tak nangis2 sudah....


aksi mereka dengan topeng mereka...

Dengan topeng masing-masing....di mana Saipullah?

berseronok seketika...

bertukus lumus menyiapkan topeng muka mereka...

keseronokkan bersama...

Minggu ini aku mengajar menggunakan tema alam hidupan dengan sub tema haiwan perliharaan. Setelah penant lelah belajar aku hiburkan anak-anak kecil ini dengan mewarnakan topeng haiwan yang telah aku printkan untuk dia orang...
Seronok juga tengok mereka bertukus lumus membuat harta mereka...siap minta nak bawa balik lagi....maka dengan bermurah hati aku bagi mereka bawa balik aje..


Monday, March 28, 2011

Semangat...oh semangat

Perlu mencari semangat yang baru dan yang terkini. Harapan untuk masuk ke dalam arus perdana tak akan menjadi kenyataan. Perlu mencari kekuatanlah untuk menghadapi alam ini sekarang. Perlu buat yang terbaik dan terbaik. Bulan nih aku akan dipantau oleh PK HEM....
Maka nak kena buat rph dan bbm yang menarik minat pelajar....Mulai minggu ini aku dah bersiap sedia sudah...Minggu nih aku nak guna bbm aku ialah topeng binatang peliharaan. Aku langkau terus ke tajuk alam binatang...aku dah siap print topeng kucing, burung, lembu, anjing haaaaa..siapa yang dapat topeng anjing tu haaaaaa.....kena samaklah dia..
Hari ini aku perlu siapkan semuanya topeng tersebut...terasa macam dok praktikum pulak....kalu nak jadi yang terbaik perlulah berkorban semuanya... kalu tak buat yang terbaik lagi susah hidup kita.....hendak menjadi yang terbaik perlulah bermula dengan kesusahan...tanpa ada kesusahan tak mungkin ada kesenangan....
Ya Allah berikan kekuatan kepada diri ini untuk menjadi yang terbaik dalam segala lapangan ujian yang dilalui oleh hamba mu ini. Amin

Wednesday, March 23, 2011

latihan sukan pra.....

Hari ini buat latihan rumah sukan untuk anak-anak PRA....rumah merah,hijau ,kuning dan biru...melibatkan 3 kelas ....

senaman memanaskan badan....

aksi Inul..

gaya santai Shima

aku nak jadi burung

sakitnya lututku

ahli rumah Merah...pasukan sukan aku punya

gaya Aiman...

Aiman Pra A

menanti giliran...

Badrul...Rumah merah

berjuang untuk menang

santai...

adila...

Aksi bersahaja Adila

Aksi Imran Pra C

Monday, March 21, 2011

usik mengusik...........

ngampah aku melihat aksi dan lagak budak Saipul.. dah nak masuk bulan April datang sekolah nak nangis-nangis. Sakit jiwa...dari 25 orang pelajar aku hanya dia sahaja yang masih lagi macam tu...
Siap nak suruh kak Ros dukung lagi...kalu aku dah lama ...
Hari ini aku buat keputusan mengejek dia dalam kelas...dah lah tu aku siap suruh rakan-rakan dia yang lain ejek dia...harap-harap pagi esok dia tak lagi buat perangai dajal dia...
Tak sabar rasanya nak ke sekolah esok ...nak bekerjasama dengan anak-anak yang lain mengejek Saipul datang ke sekolah pasti nak nangis dan nak kena dukung....

Haaaaa....harap-harap esok berjaya...kalu tak jadi juga pasti aku nak hambat@halau mak dia pulak...apa kes dah bulan April nak manjakan anak lagi...tak ada kerjake.....

Saturday, March 19, 2011

Kenangan.....

Malam ini bukan macam malam-malam yang sudah. Setelah meninggalkan kenangan berada di sekolah pada waktu malam sejak 2009...malam ini dapat menikmati hirupan udara segar MADA walaupun tanpa jerit pekik, laungan, hilai tawa mereka yang bergelar murid MADA sekurang-kurangnya kenangan itu terasa ketika berada di kerusi bulat asrama MADA bersama anak murid pertamaku sejak bergelar pendidik..sudah besar semuanya mereka...masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri....malah yang sudah beranak pinak pun sudah ramai...
Yang masih menanti result SPM pun masih lagi ada....
Berjumpa dengan Meor dan Takim...di malam nan sepi di MADA...
Hanya mampu melihat dari kejauhan sahaja bilik peperiksaan MADA yang menjadi tempat suka duka ku ketika berkhidmat di MADA...2006-2008...
12.15 malam berpisah setelah bertemu dan berketawa sejak jam 10 malam...

Tuesday, March 15, 2011

sukanya...

Sampai aje di Kota Bharu ari ahad pagi...sampai hari nih masih lagi bernafas dalam gedung-gedung membeli-belah yang wujud di KB...dari Tesco, cuci mata dekat Nirwana dan Mydin baru menuju ke Pantai Timur singgah ke Giant lepas tu diam di The Store sekejap...sebelum balik singgah di Billion dekat kawasan rumah. Banyak lagi tempat tak pergi..Billion kat Lundang, KB Mall, hypermarket Pantai Timur masih belum lagi sempat pergi...
Perlu masuk semua supermarket sebelum pergi Chemomoi yang tak ada langsung supermarket.. memang ...berat woiiii

Wednesday, March 9, 2011

lawatan ke rumah pelajar...

Hari ini. Aku rasa terpanggil untuk buat lawatan ke rumah pelajar aku yang tidak datang ke sekolah dah dua hari. Deman panas mengikut kata ibunya.
Manalah tahu takut kuat sangat deman panas. Bahaya juga....
Jam 2 petang setelah balik dari sekolah aku pergi ke rumahnya...Nampak dia dah sihat dah...siap berlari naik ke atas rumah lagi...takut kot....itulah perangainya...si Saipullah...
Ada seorang lagi yang juga dua hari tak datang ke sekolah...belum tahu khabar berita lagi kenapa tak datang ke sekolah....mak dia pun senyap aje...tak ada bunyi berita...

Friday, March 4, 2011

air mata penakut....

bulan sabit ada satu pendek
itu namanya a

tiang lampu buncit bawah
itu namanya b

bulan sabit cantik cantik
itu namanya c

itulah aktiviti aku hari ini dalam kelas untuk hari ini...
kesannya hanya 3 orang pelajar sahaja yang tidak mampu mebuatnya...saipullah, akma dan athirah...inilah puncanya....
menangislah mereka hari ini sebab takut tak boleh balik...

Wednesday, March 2, 2011

Pra Cekal


Aku suka dengar kelas nih...walaupuna ku tak mengajar dia orang...haaaaa. Budak semuanya dah boleh membawa...10 orang pelajar aku telah aku hantar ke kelas ini...
Posted by Picasa

Kelas Pra....

Aksi AlFurqaan ketika aktiviti mewarna..sedih dia dah dua tahu sekolah tapi tak dapat apa-apa..memori ingatannya aku rasa sedikit sahaja..dengan kadar lain sekejap. Tapi dia ada akal untuk mendapat ganjaran dalam aktiviti menulis huruf ABC. Dia siap melihat huruf di dinding untuk memastikan dia betul semuanya...ada usaha
Hari ini Saipullah mewarna, syukurlah nak buat juga walaupun pada aktiviti pertama langsung tak buat kerja aku...sampai kena agut ugut nak ikat dengan tali pun tak buat juga...alamaknya aku nak ikatlah dia mahu dia tak nak nangis... tapi aku nih mana suka dengar budak menangis kalu menangis aku dah bagi amaran aku akan buat lagi.Maka tak akan dia nak menangis.Takut beb. Pasti dia balik menangis kat rumah dan esok pagi mak dia akan datang masa hantar dia dan akan berkata-kata "Saipul tak suka dengan cikgu laki"."kat rumah Kak pun ajar, kalau tak buat mau tak Kak tibai...". Lantaklah.Dia ingat aku jenis kalu bagi amaran tak akan laksanakan..haaaa tahu dia takut...
Kumpulan harimau, budak Syahmi nih memang ok, kenal huruf boleh menulis. Tapi kalau bagi kertas sebesar padang sekolah pasti habis juga dia tulis. Lantaklah janji dia buat apa
Ini pulak kumpulan Arnab...ok jugalah..budak nih baru aje masuk dalam kelas aku samalah dengan kumpulan harimau. 10 orang semuanya dari kelas Pra Cekal.Aku ambil yang teruk-teruk.

Tuesday, March 1, 2011

hooooo


besok ke kelas....nak didik anak-anak biar jadi macam eunhyuk lah pulak...baru boleh bentuk kumpulan super kid...haaaa
lirik lagu dah di print hari ini...lagupun dah di cari..
lagu hahehihohu pasti akan berkumandang esok selepas lagu ABC....
Posted by Picasa

kalau rasa gembira....

kalau anda rasa gembira kata A
kalau anda rasa gembira kata A
kalau anda rasa gembira beginilah caranya
kalau anak gembira kata A....

Terpaksa aku ubah suai lagu tersebut untuk anak-anak didik aku di kelas Pra Bestari...biasalah kalu ABC pun masih lagi tak kenal huruf.
Hari ini terasa amat penat sangat-sangat. betul-betul mengajar 25 orang pelajar yang tak kenal huruf.Setelah 10 orang pelajar aku telah dipindahkan ke dalam kelas Pra Cekal...maka kelas Pra Bestari tinggallah anak-anak istimewa sahaja yang masih lagi belum mengenali huruf. Bermula umur 5 tahun hingga 6 tahun. Yang paling harunya umur 6 tahun masih belum mengenali huruf...

Hari ini, dalam kegembiraan anak-anak mendendangkan lagu ABC versi mat salleh....terdengar irama lagu yang berbeza...dari suara Rozaimee budak dari kelas Pra Cekal yang dipindahkan ke kelas aku...dia boleh menangis....huuuuu memang haru...tapi syukur dia menulis juga apa yang aku bagi..ada perbezaan dengan budak saipul...mujur tak sama...kalu sama mau hendaknya aku yang mengamuk hari-hari. Syukur ada juga penyejuk dihati ini....