Thursday, March 21, 2013

Tak tahu jenis spesis apa?

Dari hari Isnin sampai kini...masih lagi berurusan seorang diri di dalam bilik prasekolah. Setelah Kak Ros terpaksa bercuti menemani suami tercinta sedang sakit di hospital.
Semuanya terpaksa mengurus kelas seorang diri. Nak mengajar, nak beri makan dekat budak. Sebagainya.
Yang menjadi persoalan kepada diri ini, kenapa ada lepas tangan dan permerhatian dari pihak atasan. Aku dah lah bukan OPSYEN PRASEKOLAH. Agaknya kalau aku masukkan julat dalam makanan budak agaknya baru meraka, nak datang melihat perkembangan dalam bilik prasekolah. Tak pernah datang bertanya aku, apa masalah aku. Sedangkan mereka sedia maklum tentang masalah aku. TERPAKSA MENGAJAR PRASEKOLAH dan KINI PPM AKU TIADA DALAM KELAS. BODOH PUNYA PENTADBIR. Hanya itulah ungkapan yang mampu aku berikan kepada mereka. Langsung tak CAKNA dengan masalah yang menimpa orang bawah. BANGGANG juga sesuatu ungkapan yang lagi tepat buat mereka.
Tak sanggup sungguh aku berada di alam persekolah sini, yang memang entah apa-apa. Tahun ini, aku akan buat permohonan pertukaran sekolah. Tak sanggup aku mengajar budak prasekolah lagi. Biarlah meraka tahu juga susah payah kita.
Ya Allah permudahkanlah urusan aku selepas ini.

Saturday, March 16, 2013

anak katak...

anak katak sampai di siling. Entahlah spesis katak jenis apa pun tak tahu....

Monday, March 11, 2013

UBAH...

Bila nih, nak berubah. Masih lagi ditakuk yang sama. Tak ada perubahan. Tetap sama. Semangat yang hilang perlu dipanggil balik. Aduh kenapa ya, ku panggil semangat yang hilang tidak juga muncul-muncul.Apa nak jadi nih.Lepaskan. Pupuk semangat yang hilang dengan kelahiran yang baru
 
Baju pun dah sama. Tapi semangat yanng masih belum keluar. Tak lama lagi dah nak cuti sekolah. Aduh. Cepatnya jam berdetik. Baru mengajar KVK.Nak masuk KVKK lagi. Bila nih.Impian memang besar. Tapi dengan gaya anak-anak selalu sakit aje nih. Takut pulak rasanya.
 

Thursday, March 7, 2013

Hampir di tipu....

Mujur bertindak cepat. Walaupun dah terlewat. Jika tidak habislah duit dalam bank, walaupun tak banyak, itulah duit untuk hidup.Puncannya terima panggilan telefon dari seseorang bertanya akan penyata kewangan bank, dengan bangga aje bagi. Bertikam lidah tak nak bagi nombor 3 digit dekat belakang kad, dia cakap jika tak ada kerjasama kad akan diblock. Kena urus kat Putrajaya. sape nak pergi kat Putrajaya, akhirnya bagi.Disitu juga dia menipu nombor 3 digit tak begitu penting, yang penting nombor kad. Orang bank cakap 3 nombor itu lebih penting. Akhirnya dia cakap permotongan RM300 akan dilakukan untuk kad klinik. Dah cakap tak nak, tapi dia cakap permotongan akan dilakukan juga, kena guna sehingga setahun.
Balik aje, dekat rumah cek duit masih tak terusir lagi. Buat pemindahan duit ke bank lain ( bank adik punya ). Kira lega sedikit. Walaupun dalam bank ada sedikit lagi baki.Terima nasihat adik buat laporan dekat pusat khidmat pelanggan bank. Mujur dapat dilayan. Kad kini telah diblock. Harap semuanya akan berakhir.Hanya menanti kad bank baru.
Pengajaran dari peristiwa ini, jangan sekali-kali mudah terpedaya dengan panggilan telefon sekirannya berkaitan dengan kad atm. Dia orang boleh melakukan apa jua sekirannya kita memberi maklumat kad kepada pihak ketiga. Pertama no kad atm. Kedua no. 3 digit dibelakang kad berhampiran tempat kita turunkan tandatanngan. Itu nombor tidak boleh diberikan kepada sesiapa.
Syukurlah masih ada rezeki lagi. Jika tidak segalanya akan berakhirlah.

Tuesday, March 5, 2013

PraBestari 2013


Cikgu Ros Bersama anak-anak ....

Diri ini bersama anak-anak buat kali pertama...tahun 2013.Baju PJ buat tahun ini. Warna oren prasekolah.

Gambar kelas pertama yang diambil untuk tahun 2013. Entah mengapa tahun ini. Jadi begini.Harap impian untuk bersama anak-anak lagi pada hari jumaat ini akan menjadi kenyataan. Tak sabar nak melaram baju melayu prasekolah yang baru...
Posted by Picasa

Monday, March 4, 2013

Bentong....

Hari ini, semuanya tidak berjalan dengan lancar. Kelas banjir. Habis satu kelas basah. Tak pasal-pasal kena moh lantai dan sedut air ...penat. Terima Kasih buat Puan Asma yang sudi menolong buat kerja tersebut.
Pergi Kat Bentong...untuk urusan naik rumah baru juga tidak ada penyelesaian... Pejabat Air Pahang... 2 orang yang bertanggjungjawab dengan permohonan air berMC...apa jenis makhluk nih...minggu pertama kerja dah berMC. macam manalah nok maju. Menyusahkan orang aje. Ingat Chemomoi ke Bentong ni dekat ke?Mujur kemarahan diredha dengan permohonan maaf dari pegawai bertugas dengan penuh hormat.Terima Kasih buat En. Azlan yang sudi menunjukkan jalan ke sana ke mari. Terima Kasih berbanyak-banyak.
Esok insya Allah akan selesai kerja ini. Amin