Friday, December 28, 2012

Pesta Konvo...Prasekolah SK ( F ) Chemomoi

Detik 18 pasti hadir. Tinggal masa yang akan berlalu terlalu cepat berjalan. Segalanya perlu bermula dari sekarang demi kejayaan yang lebih cemerlang berbanding tahun lepas. 
Buku program telah ku jajahi...hanya perlu edit sahaja dan buat pembaharuan sahaja. Tema tahun ini lupa lah pulak nak dibincangkan...
  1. Buku program mesti sama tema warna yang digunakan.
  2. Tambahkan gambar bersama-sama anak-anak prasekolah...gabungan 3 kelas
  3. Tahun nih...tak nak guna riben tapi nak guna jenis sampul buatan tangan...sekirannya sempat dilakukan
Itulah antara pembaharuan yang tergambar dalam pemikiran buat masa ini. Ucapan aluan dari GB dan Pengerusi Pewaris juga masih belum lagi didapatkan. Penat semuanya perlu dilakukan sebelum 18.
Hadiah masih belum dapat lagi...esok baru nak bergerak mencari hadiah. Semoga perjalanan yang akan dilaluan nanti akan diberkati olehNYA. 
Impian untuk memberikan KFC kepada anak-anak akhir sudah tercapai. Hanya perlu menanti adanya duit maka segalanya akan berjalan dengan lancar. Amin.
Semoga usaha perjalanan akan dilimpahi dengan rahmat.

28.12.2012

Terlalu lama, rasanya aku meninggalkan dunia blog.Kekangan masa yang menghambat diri ini membuatkan segalanya tercicir dari ingatan.
Tahun 2012 tinggal beberapa hari lagi untuk melabuhkan tirainya. kenangan bersama-sama anak-anak Pra Bestari akan berlalu jua.  Hanya gambar yang boleh mengembalikan ingatan. Anak-anak esok akan datang sekolah, tapi tidak lagi memakai baju berwarna oren dan biru, berseluar biru tua. Tapi akan memakai baju putih bersih bersama seluar biru tua siap bertali leher lagi.
Jika dahulu kawasan pra merupakan kawasan mereka bersuka ria, namun kini bakal menjadi kawasan larangan buat mereka.
Namun, bagi diri ini ia tidak akan menjadi larangan. Tapi terus menjadi tempat berteduh dari hujan dan panas.Kerusi biru dalam kelas, akan terus merindui punggungku yang empuk ini. Berrmakna masuk tahun ini, 3 tahun lah diri ini akan menjadi guru pra. Suka dan duka akan kekal bersama lagi. Sanggup dan tidak sanggup akan tetap menjadi pilihan tanpa belas kasihan.

Monday, November 5, 2012

kembali melatih...

hari ini mula kembali melatih, anak-anak untuk bicara berirama semula. dah lama bercuti. hari khamis nak guna. harap mereka mampu beri yang terbaik. amin

Segalanya bermula disini... PraBestari

Gambar kelas Prasekolah Bestari

Adhwaa Nuqman

Afiqah Syazwani
Hasniza Umairah

Hazwan

Aidil Zaqwan

Halid Amirul


Faris Haikal

Fikrey Hakiem


 Nur Adila

Nur Ain Umairah

Nur Azriana Aleya

Irdina Rasyiqah

Nur Iqlima

Nur Fakhira Iwana


Nurul Natasha


Siti Fadilah

Nur Alia Farhana

Zulhelmi

 Nur Aina Aqilah

Nur Hani Zulaikha


Muhammad Adam


Radzli Syafiq

Irfan Fauzan

Aqmar Hakiem
Aiman Izzuddin


Segalanya bermula disini. Kenangan hanya akan hadir sekiranya mengingatinya.

Sunday, October 21, 2012

terima kasih & tahniah

Tahniah ku rakam buat anak-anak didikku kerana berjaya merealisasikan impian seorang guru untuk melihat choral speaking berkumandang di dalam dewan semasa majlis konvokesyen. Terima kasih. Penat lelah mereka berlatih sejak 19 September hingga 18 Oktober amatlah bermakna. Terima kasih buat...Hazwan, Halid, Iqlima, Aqmar, Azriana, Ika, Aqilah, Aidil, Irfan Fauzan, Adam, Adhwaa, Fikrey, Farish, Irdina, Wani, Alia, Hasniza, Zulhelmi, Ain, Adila, Natasha, Radzli, Iwana, Fadilah & Aiman. Terima kasih semua. Cikgu bangga dengan kalian kerana mampu merealisasikan impian yang tersimpan dalam kotak pemikiran cikgu. Syabas dan terima kasih.

Thursday, October 18, 2012

Majlis Konvokesyen Prasekkolah SK (F) Chemomoi kali ke-10

Majlis Konvokesyen Prasekolah kali ke-10, telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pagi tadi. terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung










Bacaan doa oleh kamaruzaman

Pengerusi PEWARIS...En. Shukri Mat Piah

En. Syuhadi Ohira GPK Pentadbiran

YDP PIBG,En. Jaafar Bin Mat Katas

Bersama Chicky...KFC


Bersama Liyah



Tuesday, October 16, 2012

mencari kekuatan...

Dalam detik yang semakin hampir dalam menjayakan projek terbesar dalam dunia prasekolah. kekuatan moral dan fizikal amat diperlukan dalam menjalankan kerja yang di amanahkan. Ya Allah berikanlah kekuatan yang di dalam diri ini.

Thursday, September 27, 2012

mencari kekuatan...

Ya Allah, berikan kekuatan dan kesabaran kepada hambamu ini dalam merealitikan impian yang tinggi menggunung bersama anak-anak pra Bestari dalam menghasilkan Choral Speaking yang tidak seberapa itu. Tanpa kekauatan dan kesabaran yang bersarang dalam diri ini agak sukar untuk meralitikan impian ini. Ya Allah berikan kekuatan dan kesabaran sebagaimana kuatnya Bilal Bin Rabah dalam memperjungan agama.

Wednesday, September 26, 2012

Choral Speaking

Ambil sahaja masa untuk berlatih Choral speaking, mulalah aku menjadi raksasa. Anak-anak masih tak faham-faham bapak dia nak yang terbaik. Tapi dia buat main-main. Kalu dia bagi tumpuan ok aje. Ini tidak. Buat sakit hati aje. Apa nak jadi benda nih kena buat juga. Nak tak nak aku nak buat.Itulah impian aku maka tidak boleh tidak.

Thursday, September 20, 2012

berkampung di Pra Cekal...

Hari ini sudah masuk hari kedua berkampung di dunia Pra. Berkampung untuk menepati piawai sebuah kelas pra demi sebuah pertandingan peringkat negeri. Penat memang penat namun apabila bekerjasama dengan geng-geng pra segala penat lelah terbalas. Syukur diberikan geng-geng yang sekepala yang mampu untuk melontarkan segala yang terbaik.
Perjalanan akan diteruskan demi sebuah kejayaan yang cemerlang. Teruskan kejayaan yang demi kejayaan.

Monday, September 17, 2012

Hari Malaysia...Isnin hari ku...

Fuhhhh...ini hari macam biasa aje. Tak ada apa2 yang luar biasa aku lakukan. Menanti dan membilang detik waktu untuk bertemu esok hari... Tak sabar untuk berchoral speaking...

Friday, September 14, 2012

14.9...

Hari ini, semakin menghampiri berakhirnya tahun 2012. Maka akan bertambahlah jua umur dan semakin hampirlah diri ini untuk kembali kepada pencipta.
Masih lagi berkelana mencari kehidupan yang hakiki dan masih lagi seperti biasa. Mencari ruang dalam kehidupan yang dipinjamkan sementara ini.
Perjalanan sebagai seorang pendidik yang masih lagi mentah, memerlukan banyak lagi ruang-ruang ilmu yang kosong perlu dipenuhi untuk memasuki dunia yang semakin mencabar.
Tuhan bantulah hamba mu ini dalam menguasai kehidupan yang semakin mencabar...

Thursday, September 13, 2012

Bapa Tunggal...

Hari ini, jadi bapa tunggal buat anak-anak Bestari. Terima sms dari Kak Ros dia akan berMC hari ini. Buat air milo kosong. Cari biskut tak jumpa-jumpa. Biasa tak pasti dimana Kak Ros simpan biskut. Mujur ternampak cornflake lebihan buat biskut raya hari tu. Apa lagi bagi anak-anak makan cornflake dimasukkan dalam air milolah. Syukur dia orang makan. Kalu tidak entahlah nak makan apa. Itu babak pertama baru...
Makan masa rehat pulak. Hari ini semua budak yang kena uruskan. Dari hidang makanan kepada air semuanya dia orang yang buat. Aku hanya memerhatikan sahaja. Boleh, ada yang pandai buat. Dari cedok nasi masukkan ke dalam pinggan. Siap tanya lagi kawan-kawan nak banyak ke atau nak sikit. Senang. Inilah gayanya. Jika jadi bapa tunggal mesti kena pastikan anak-anak boleh berdikari. Tak boleh biarkan dia orang lebih kasih sayang sangat. Nanti naik lemak. Nanti susahkan kita juga.
Hari ini, latihan pertama choral speaking untuk anak-anak aku, telah lakukan. Syukur hasil tayangan video  choral speaking kelmarin. Mereka dapat pengalaman dan tahu apa yang patut mereka lakukan. Hanya segelintir sahaja yang masih blur dan perlukan bimbingan yang keras supaya hajat aku menjadi kenyataan.
 

Wednesday, September 12, 2012

Choral speaking...

Harapan yang mengunung aku letakkan pada bahu anak-anakku, bagi menjayakan hasrat dan impian aku untuk melihat pesembahan kelasku...menchoral speakingkan pada majlis konvo nanti. Berikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian dan karenah anak-anak yang memang sukar dianalisi perangai.
Skrip sudah siap...hanya esok menanti difotokopikan seterusnya bermulalah latihan...

Monday, September 10, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Prasekolah 2012


Majlis sambutan Hari Raya Prasekolah 2012 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 8.9.2012. Kehadiran ibubapa murid prasekolah amat mengujakan. masih lagi kekal dengan cara yang sama, ibubapa membawa sedikit makanan dari rumah akhirnya membentuk sejumlah makanan yang banyak.
Terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikan sumbangan kewangan, tenaga ,masa dan sebagainya bagi menjayakan majlis ini. Segala jasa kalian amat dihargai.
Posted by Picasa

Sunday, September 2, 2012

KL...

Esok berada di chemomoi. Lusa mula berada di KL demi sebuah kursus prasekolah. Sabtu detik terindah akan terjalin. Tak sabar rasanya menanti hari sabtu.

Monday, August 20, 2012

Hari raya telah berjalan dengan lancar. Cuti sekolah juga semakin hampir berakhir jua sekarang. Lepas ini kena beri tumpuan kepada aktiviti anak-anak pulak. Seminggu lepas sekolah buka, perlu hadir satu taklimat pulak berkaitan dengan guru prasekolah baru 2012. Haaaa...adakah ianya akan borig atau semuanya bergantung kepada ?

Wednesday, August 15, 2012

yahoo....

Dalam jam 3.30 petang, aku akan bergerak meninggalkan bumi Chemomoi sebelum aku berangkat pualng ke Kelantan pada jam 4.00 pagi keesokkan harinya. Semoga perjalanan aku akan diberkati olehNYA selamat pulang dan selamat kembali.
Tak sabar rasanya untuk bergerak pulang ke Kelantan setelah lama tidak pulang.

Tuesday, August 14, 2012

Hati panas...

Jawatan yang tinggi tidak akan mencerminkan jawapan yang diberikan juga setinggi jawatan yang disandang. Inilah dunia.  Kebodohan akan juga menguasai diri seseorang dalam melayarai bahtera kehidupan. Beginilah nasib seseoarang itu sekirannya tidak pernah hendak berfikir sebelum memberi jawapan terhadap sesuatu persoalan yang akan menyebabkan pentaksiran yang negatif akan berlegar-legar dipemikiran orang yang menerima jawapan.

Monday, August 13, 2012

Dah nak raya.....

Kalu dah nak raya...maka tak lama lagi aku akan bertolak balik ke kelate lah. Tak sabar rasanya nak balik ke kelate...
Walau apa pun yang...ramadhan pasti akan meninggalkan kita semua dalam tempoh kurang seminggu lagi. Bagi mereka yang merasakan ramadhan sebagai satu beban akan merasakan keseronokkan. Manakala bagi mereka yang mencintai ramadhan pasti akan merasakan kerinduan untuk bertemu dengan ramadhan lagi.
Kehidupan mesti ditempohi...suka atau tidak perjalanan ku bersama-sama anak-anak pra masih lagi berbaki 3 bulan lagi sebelum aku melabuhkan tirai prasekolah pada tahun ini. 
Kadang-kadang merindui saat-saat indah mengajar disekolah menengah. Namun itu semua  sudah tinggal kenangan yang tak pasti akan kembali lagi. 
Sejak-sejak menjadi guru di KPM, aku sudah lama tidak berlari ke sana. Nak buat macam mana kelas hanya ada satu sahaja. Bermula jam 7.00 pagi hingga jam 11.40 pagi aku akan bersama-sama anak-anak di Prasekolah Bestari. Berteriak, menjual suara-suara yang merdu mengalahkan Anuar Zain, seharmoni Seungri (Bing Bang), selincah gerakkan tari Enyhuk ( Super Junior ) hanyalah untuk pra B.

... 

Thursday, August 2, 2012

Cermin mata 3D

Walaupun tidak mengikuti tema pada minggu ini, tapi akhirnya untuk estetika minggu ini aku buat cermin mata 3D, rugi kalau tidak buat.
 













Posted by Picasa