Mood aku tahun ini memang lain. Sekeping gambar kelas masih belum aku ambil lagi. Hanya gambar anak-anak sahaja yang di ambil. Kamera tak banyak berfungsi. Irwan Hakimi telah bertanyakan hal ini kepada aku. Kenapa cikgu tak ambil gambar kita orang. Dengan selamba aje aku menyatakan tiada mood. Terasa zalim juga aku ya. Budak yang tidak berdosa, telah ku jadikan sasaran mood yang tidak baik ku.
Tahun ini, awal-awal lagi aku telah mengeluarkan suara yang kuat.
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa biarkanlah. Malas nak fikir banyak.
Apa yang nyata...inilah janjiku...ANDAI KATA GURU AGAMA TIADA MASUK KELAS AKU. BUDAK -BUDAK AKU AKAN HALAU KELUAR KELAS SELAMA SEJAM TIAP-TIAP MASA AGAMA. ANDAI INI SALAH, MAKA AKU AKAN KELUAR KELAS SELAMA SEJAM MASA AGAMA. ATAU AKU AKAN PAKSA BUDAK KE BILIK GURU JEMPUT GURU AGAMA. BIAR ORANGN TAHU AKU INI SIAPA???
Monday, February 4, 2013
memori lama....
Tersedar dari tidur. Tak tahu nak buat apa. Layan balik penulisan dalam blog. Baca balik apa yang telah diluahkan. Memori lama kini kembali semula.Masuk tahun ini, tahun ketiga aku mengajar kelas pra. Tahun 2011 penuh dengan debaran. Tahun pertama mengajar budak kecil. Begitu banyak kenangan yang tercalar di dalam lipatan kehidupan. Namun walaupun ia tercalar ia tetap memberikan kenangan yang terindah yang tak mungkin boleh ku lupakan.
Melangkah ke tahun 2012, banyak lagi kenangan yang terputik. anak-anak sangat berbeza berbanding dengan tahun 2011. Ada yang boleh dijadikan semangat yang membara untuk melangkah kaki ke sekolah. Kasih sayang membuah-buah, sehinggakan terasa kerinduan yang amat sangat untuk melepaskan pemergiaan mereka.Namun apakan daya, usia mereka yang semakin meningkat tidak boleh memaksa mereka terus bersamaku. Lainlah aku kembali ke arus perdana, barulah kita sentiasa bersama.
2013. Terasa sedikit hambar. Entah kenapa?Puncanya hanya satu, bebanan tugas masih lagi banyak. Selain menjadi guru pra. Aku diletakkan sebagai Guru Aset Sekolah. Memang aku terima, sebab aku hanya hendak melihat akan kebodohan dan kedunggunan mereka yang bergelar ketua. Adakah mereka mengerti atau buat-buat tidak mengerti. Apa makna mengetuai PRA peringkat daerah sekirannya, amanat En. Mat Jusoh tidak boleh dipakai. Buat apa, En. Mat Jusoh membilang dan memberitahu dalam perjumpaan Guru Pra bahawa guru pra tidak layak mengetuai/memegang apa-apa jawatan yang berat di sekolah. Kalu keadaan ini masih lagi berlaku.
Semangat dalam 2013, baru sahaja aku pupukkan. Hari ini, dari jam 1 petang hingga jam 5 petang aku berkampung di dalam bilik darjah untuk memastikan kelas ada perubahan. Biarlah angin perubahan akan bergerak sepanjang tahun ini. Harap angin yang bertiup itu, tiada halangan yang memberhentikan niat baik ini.
2013... tahun terakhir aku mengajar PRA SEKOLAH. Harap mereka yang bergelar KETUA akan faham derita yang ditanggung oleh insan yang terdera perasaan ini.
Jangan hanya menyatakan KEBAJIKAN semua pihak dijaga. Tapi hakikatnya KEBAJIKAN kepala otak sendiri sahaja yang di JAGA.

Sunday, February 3, 2013
Mencari....
Tak tahu nok buat apa. Maka hasilnya aku membuat dajal. Yang atas tu tak lah berat sangat. Yang bawah tu, wajah terkini salah seorang anak murid ku tahun ini.
Friday, February 1, 2013
Bulan Feb dah masuk....
Aduh...terlalu cepat masa berputar. dan Berputar. Yang terputar hanyalah aku dalam mencari rentak dan irama untuk memastikan perjalanan anak-anak didikku mendapat secukupnya ilmu yang akan ku berikan.
Terasa terlalu malas masih lagi bersarang dalam hati. Adakah tiada penawar hati yang mampu membuatkan diri ini gumbira?
Aduh...2 orang murid aku gagal sepenuhnya menguasai huruf a-g dengan baik. Pening kepala aku dibuatnya. Ajar dia...lepas tu tanya balik akhirnya susah nak beri jawapan yang betul. Haaaaa
Ingatkan dapatlah penawar hati seramai 7 orang. Akhirnya tewas juga. Masih lagi mencari rentak juga. Mereka nih memang nak kena pukulan padu maut dari cikgunya.
Seramai 18 orang masih lagi berkumbang dengan irama sukukata kv. Nak ajari mereka membentuk sukukata kvkv memmang mencabar.kerana masih ada lagi yang gagal mengingati sukukata kv dengan baik.Sabar ajelah. Harap bulan 2 akan mencerahkan irama. lebih-lebih lagi selepas tahun baru cina. Semoga dentuman bunga api yang dibakar oleh masyarakat tionghua akan mampu menghalau anair-anasir malas dalam diri cikgunya dan anak muridnya. haaa

Subscribe to:
Posts (Atom)