Thursday, November 30, 2017

SBP...

SBP...sekolah berasrama penuh. Tahun ini unik. Murid tiada bilangan A pun di panggil temuduga. Bagi aku, dia akan memberi ruang untuk selarikan dengan hasrat KPM... UPSR bukan penentu kehidupan murid




Ada yang dapat 2 B dan 1 A dalam upsr pun di panggil. Mungkin rezeki ada di sana. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui segala- galanya. Kita hanya merancang. Buatlah yang terbaik sayangku.

Wednesday, November 29, 2017

Terubat...

Baru 4 hari meninggalkan dunia sekolah rendah buat tahun 2017. Sudah mula mencari maklumat tentang adik tersayang. Rindu yang teramat. 4 hari tak jumpa terasa berabad terpisah. Rindu pada senyumannya.
Satu cara yang digunapakai...

Tuesday, November 28, 2017

Tahniah.

Tahniah buat Jani. Sudah bergelar suami orang kini. Salah seorang anak Ayah Li dan Mok cik Lah. Anak ketiga mereka.
Aku di sini meraikan pengantin dalam kesejukan hujan yang melanda.




Gambar pengantin lelaki tak ada. Sebab kurang mesra. Boleh gitu.
27.11.2017 menjadi saksi perkahwinan mereka melalui akad nikah. 28.11.2017 jamuan rumah pengantin perempuan. Di sekitar Taman Tengku Anis, Wakaf Mek Zainab.

Monday, November 27, 2017

Tambah...

Terkejut. Setelah dimaklumkan oleh Nik. Rumahnya telah dipecah masuk melalui pintu dapur. Walaupun penat, baru sampai dari Pahang setelah bertolak pafa pukul 8.30 pagi Ahad.
Terus buat tambahan ciri- ciri keselamatan pada pintu belakang. RM250 untuk 2 buah rumah.




Friday, November 24, 2017

Saipullah Nursim

Kegagalan aku sebagai cikgu terserlah. Kegagalan ini juga membuktikan kegagalan institusi SKFC dalam melahirkan murid yang berjaya dalam tempoh 7 tahun berada di sini.
Aku berharap kejayaan buat Saipullah akan terus cemerlang pada masa hadapan.



Thursday, November 23, 2017

Bangkit

Bangkit dari kegagalan. Aliff Zikri kegagalan pada hari ini bukan bererti kegagalan pada hari esok. Bangkit semula. Pasti kejayaan akan menjadi milikmu.
Jadikan kegagalan hari ini sebagai landasan untuk berjaya semula. Kuatkan usaha mu demi masa depanmu.



Tahniah

Akhirnya, pelajar lelaki kembali menjadi pelajar terbaik UPSR. Sudah lama murid lelaki tidak berada di hadapan dalam bidang akademik. Akhirnya tembok ini telah diruntuhkan olehmu, Imran. 
Pencapaian 5A 1B telah meletakkan dikau berada di puncak, dan di apitkan oleh 4 orang puteri. Tahniah juga buat Wan Najha, Damia Farzana, Hanna dan Kasih.





Haaa

Ha. Tak dihargai jasa oleh sekolah. Akhirnya rakan kolaborasi aku kasi...
Mungkin...
Inilah. Pemberian dari Kak Mi yang ganti dia kelas malam.

Tahniah dan Tahniah

Selesai juga acara hari ini. 2 acara penting pagi dan petang. Hari Anuegerah Kecemerlangan SKFC 2017. Selesai.
Tahniah buat yang berjaya mendapat kecemerlangan dalam akademik dan cemerlang dalam UPSR 2017. 
Tahniah untuk Imran. Kejayaan anda mendapat 5A 1B amat membanggakan kedua-dua ibubapa anda. Tahniah daripadaku.
Tahniah juga kepada Aliff Zikri kerana mendapat 2B 3C dan 1 D. Jangan risau kejayaan akan datang mungkin akan cemerlang lagi jika kita berusaha.
Tahniah juga buat Saifullah. Kegagalan pada hari ini bukan penentu kegagalan pada hari esok.


















Wednesday, November 22, 2017

Reset minda

Bonggok. Buat kerja secara ikhlas. Hasilnya menyakiti hati. Baik tak perlu terlibat. Senang-senang sahaja berada di rumah. Tak perlu bergelombang bersama-sama.
Perancangan mereka perlu cerdik. Bukan sengal. Kena melihat dari hati bukan dari mata kasar.
Letakkan perasaan orang lain di tempat kita  itu sebelum menentukan apa-apa sahaja keputusan yang dijalankan. 
Agarnya inilah yang dirasai oleh Iqval selama duduk di SKFC hampir 20 tahun.  Mendapat penghargaan yang sama dengan orang yang berada 1@ kurang 5 tahun di sekolah.
Inilah perasaan itu. Inilah detik itu. Inilah puncanya orang boleh merajuk dan terus merajuk.
Buatlah pemikiran yang waras dalam membuat keputusan. Jangan ingat perasaan orang itu tidak tersentuh. Jika sudah tersentuh, luka di dalam akan menjadi sukar untuk dipulihkan.
Aku hanya menyatakan sahaja. Perasaan ini disini sahaja. Bukan untuk dikongsikan diluar. Jika terkongsi diluar sana. Tabahlah yang terkena. 
Berfikirlah disaat membuat keputusan itu. Jangan berfikir sesudah membuat keputusan itu. Sedih terasa. 

satu hari

Satu hari lagi. Sebelum 23.11.2017. Terasa debaran itu. Walaupun aku tidak terlibat sepenuhnya dalam proses pengajaran di tahun 6, tetapi debaran aku cukup tinggi. Mereka adalah anak-anak didikku sejak dari praskolah lagi. Cukup tinggi nilai memori mereka di dalam diri ini.
UPSR 2017 akan menentukan...
a. Bagaimanakah dengan keputusan Saifullah. Adakah ia berjaya menongkah arus? Saifullah merupakan bukti yang lengkap kejayaan LINUS atau kegagalan LINUS.
b. Siapakah yang bakal mengetuai kumpulan yang mendapat kejayaan 6A dalam UPSR...sama ada Kasih mewakili KEMAS atau Imran mewakili Prasekolah?
c. Bagaimanakah dengan kejayaan Aliff Zikri... yang sentiasa berada dengan aku 24 jam?
d. Bagaimanakah dengan Imran? Emir? Anina? Aqilah? Najmi? dan yang lain lagi.
Walaupun aku hanya watak tempelan untuk tahun ini. Walaupun aku sekadar membantu sahaja tahun ini. Hakikatnya mereka semua adalah sejarah aku.
Semoga mereka mendapat kejayaan yang cemerlang... tapi jangan mereka menjadi aku seperti...
 Sedih terasa. Walaupun kita ikhlas dalam membantu...tetapi jika dibandingkan dengan mereka yang membuat kerja di belakang tabir...bagaikan jarak bumi dengan langit. 

Tuesday, November 21, 2017

Teruja...

Akhirnya aku rakam juga kenangan anak-anak 2011 membuat persembahan yang mantap...banyak daripada mereka bermula dari sini...
Imran, Aliff, Emir dan Rezduan.
Imran, Maizatul,
Shima,...
Memang terbaiklah.
Terima kasih buat Cikgu Nadia yang mengajar mereka membuat persembahan ini.

Pengawas 2018

Tahniah kepada semua pengawas 2018. Atas kejayaan mendapat surat tawaran sambung nyawa untuk tahun hadapan.


Jamuan Akhir Tahun 6 2017

Terima kasih atas undangan jamuan hari ini.
Detik- detik terakhir bersama dengan anak- anak dari tahun 2011.
Kenangan bersama mereka cukup istimewa.
Terima kasih... atas ingatan tulus ikhlas...
Hadiah dari sumbangan tahun 6 atas tulud ikhlas mengajar kelas tambahan waktu malam sepanjang 2017 dan beberapa kali kelas siang.
Hadiah yang sama untuk guru yang tidak terlibat dengan kelas tambahan.
Saja. Terfikir. Terharu dan terus terharu. Ingat dapat yang istimewa macam GBSM dan Cikgu Reduan. Haaa. Kena sedar diri.
Adila Mat Rais...anak murid prasekolah Bestari

Monday, November 20, 2017

Rumah siap, tukul berbunyi.

Kes tak jemput geng cleaner sekolah ke majlis jamuan akhir tahun pemimpin kecil. Siap masuk dan di bincangkan di dalam mesyuarat guru.
Kita tak jemput, bukan tak ingin jemput. Kita tiada bajet yang cukup untuk jemput semua orang.
Sedangkan dewan dari awal kita yang urus semuanya. Kita ambil dewan pun dah kotor. 
Mereka hanya perlukan, bersihkan sisa makanan yang telah ditinggalkan di dalam plastik beg sahaja.
Itupun bunyi masalah. 
Kerja anda tetap kerja anda. Tidak perlu bising jika tdak dijemput ke majlis. Kita kena faham. Mana tugas hakiki kita. 
Jika tidak dijemput sekalipun, tugas kita tetap tugas kita.
Macam pekerja Alam Flora dan sewaktu dengannya... kita buat majlis. Adakah kita akan jemput mereka ke rumah. Jika tidak kenal. Tapi mereka tetap akan bersihkan kawasan tersebut selepas majlis tersebut. Sebab tugas tetap tugas. Orang tak jemput itu, adalah lumrah.


Inilah bukti, aku punya murid menyelasaikan masalah sampai semasa jamuan tersebut. Setahu aku Emir telah kutip sampah tersebut dan memasukkan ke dalam beg plastik hitam. Lengkap. Aktiviti seterusnya mereka hanya perlu mengutip sampah tersebut sahaja.

Wow...




Cantik. Jika sekolah inginkan hiasan pentas seperti ini, maka duit perlu dikeluarkan dengan banyak. Beli bunga 
Ada duit semua boleh jalan. Tiada duit dok diam-diam. Itulah lumrah hidup ini. Duit adalah segalanya.
Tajaan daripada ayah Danial Asyraf murid tahun 6 Azkiya' untuk tahun ini.