Wednesday, September 30, 2020
Teringat
Monday, September 28, 2020
Relief 2N...
Yes. Dapat masuk kelas 2N. Seronok. Suruh mereka hafal 3 dan kemukakan jawapan untuk mereka.
Seromok dapat bermanja dengan orang yang kita hendak bermanja...seronok.
Saturday, September 19, 2020
Anok Kiah Othman bergabung.
Hari ini ke Kilang Beryls bersama MC Da dan Aliff. Layan coklat di sana. RM88 juga melayang.
Setelah tu layang diri beli barangan dekat Ikea. Pilihan aku midah sahaja, pinggang Ikea dan Rak Ikea.
Singgah juga di Tanah Aina bersama Aliff, tapi tak jadi makan. RM80 sekepala untuk bufet. Mahal gila. Ala Carte pukul 3 petang baru bermula... Lain kali kita pergilah
18.9.2020
Dalam perjalanan hendak pergi Bentong untuk berjumpa Teman. Dapat tahu Suhaimi kemalangan. Singgah di Pusat Kesihatan Chemomoi dahulu. Beri sokongan. Walaupun tak sempat membantu hanya mampu menolong diperingkat awal sahaja.
Semoga kembali pulih Mie.
Pukul 3.40 petang terus bertolak ke Bentong
Harapan untuk makan di Tanah Aina tapi akhirnya ke Melawati Mall di Gombak.
Bermalam di Grand Maria RM36.16 semalaman Oklah dari tiada tempat tidur. Malamnya ke Saloma dengan MC Da.
Saturday, September 12, 2020
Bowling...
Kejohanan Bowling Anjuran Felda Chemomoi semperna Bulan Kemerdekaan.
Mentakab. Menjadi sasaran. Tempat ke-8 daripada 16 kumpulan.
Aku, Idan, Reduan, Asyraf dan Syafiq
Mira...
Tolong Mira baiki pantun dia...
Jauh berangan di tepi anjung
Dsapa angin sepoi² bahasa
Terima kasih sudi bkunjung
Moga ukhwah kekal tpelihara
Bagi cadangan selepas dia minta...
jauh berangan di tepi anjung
teringat akan pujaan di dara
terima kasih atas bkunjung
moga ukhwah kekal terpelihara
Akhirnya yang dia hantar...
Duduk blunjur jauh bangan
Tigt akn pujaan si dara
Terima kasih ats kunjungan
Moga ukhwah kekal tpelihara..
Friday, September 11, 2020
Pantun
Peraduan Pantun anjuran sekolah....
Biji selasih kesukaan juragan
Di bawa berlayar sampai ke Jawa
Terima kasih atas kunjungan
Semoga ikatan tersemat di jiwa.
Inilah pantun aku....tak sama pulok rima tengah dia...
1 @ 2
Hari ini aku hangit satu badan. Aku minta senarai nama sejak hari Khamis lagi. Tak bagi. Alasan sibuk. Minta senarai nama untuk saiz baju sahaja.
Hari ini, bagi. Aku punya kelas padat. Ok. Beres. Aku buat separuh. Tulis nama rakan di atas plastik.
Kita abadikan kenangan dalam ig dan status whatsApp.
Terima kasih As, Mila dan Kak Mila tolong aku.
Minta dia sambung. Aku ke kelas 1 Azkiya. Balik kelas ingat boleh terus bagi. Tak terusik. Alasan balut hadiah untuk hari ini. Sedangkan baju dah janji hendak serah hari ini. Umum dalam meeting lagi.
Setakat hendak balut hadiah tu, kat rumah pun boleh buat. Tak perlulah buat kat sekolah. Ada lagi yang penting hendah uruskan. Fikirlah.
Jangan jadi bodoh. Nama sahaja Ustazah. Tapi....
Rayyan Zamri
Hari ini menerima kunjungan Ibu dan Ayah Rayyan Zamri murid kelas 1 Azkiya.
Aku suka terima kunjungan ini. Sebab dia mengadu isu aku ketuk anak dia. Ini yang aku hendak. Tak puas hati jumpa. Tak payah cakap belakang aku.
Kesilapan aku, aku akan mengaku. Tak perlu aku nak berselindung.
Apa salah aku senang aku mohon maaf. Senamg cerita. Tak payah banyak songeh.
Saturday, September 5, 2020
Valentino Rudy
5 item.
Kasut RM119
Tali pinggang aku RM59
Tali pinggang Alif RM59
Beg duit Mc Yah RM59
Baju RM29
Oklah...
Aliff...
Cantik. Warna unggu.
Minggu lepas dah beli untuk aku satu RM349 hari ini beli satu buat Aliff RM345.
GPO
5.9.2020 GPO
Port baru telah dikesan. Seronok juga datang sini. Luas dan besar. Yang tak tahan harga parking dia sahaja RM4 sejam untuk hujung minggu.
Inilah keseronokkan baru.


















































