Friday, April 29, 2016

Kisah hari ini...

Di perpustakaan.
Di luar perpustakaan ada kisah sebelum ke perpustakaan.
Inilah kisah budak-budak lelaki kelas 5 Arif punya hal. Banyak akal yang berselirat dalam saraf-saraf mereka.
Pandai Imran buat aksi mengoda dan berjaya.




Wednesday, April 27, 2016

kisah hari ini...





G makan di Triang. Bersama anak-anak riang.

Tengah hari tadi bersama anak lelaki sekejap. Pesan dekat dia agar jadi baik sikit. Bawa buku dan belajar bersungguh-sungguh.


Tuesday, April 26, 2016

Gagal...

Aku terpegun seketika. Keputusan murid kelas 6 Bestari jatuh. Jatuh teruk.
Aku hari melupakan ego ku. Tanya mereka kenapa jadi begitu. Mereka tak boleh ikut cara aku mengajarke. Mereka tak boleh ikut ke.
Aku rasa sangat bersalah dengan keputusan mereka sangat teruk. Dari A terus ke C.
Biarlah aku mengalah dari awal daripada aku dikutuk di akhirnya.
Tak sanggup untuk aku menanggung panahan kata-kata diakhir nanti.

Sunday, April 24, 2016

Jumpa...

Terjumpa secara tak sengaja Mak Shuhairi di pasar malam Chemomoi. Dia menyatakan anak dia dah keluar wad pada hari Khamis. Syukurlah. Dia pun dah semakin pulih sikit.
Shuhairi punya pasal tidak menjadi masalah untuk aku. Semoga kamu menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa ya. Semoga kesihatan menjadi semakin pulih. Jaga kesihatan diri sendiri.

Jumpa lagi...

Hari ini sekali lagi ke Bukit Puchong. Pergi jumpa Aiman.
Ikhtiar yang aku cuba bantu dia. Berikan satu karton air GAU. Semoga ada perubahan dalam dirinya. Bukan petcaya kepada air itu tapi itu sebagai ikhtiar yang ada.
Tengok keputusan peperiksaannya sangat tenang. Tak ada satu pun yang boleh menyejukkan hati. Teruk sangat-sangat.
Keputusan keluarga dia mungkin pindah sekolah ke SMK Bukit Mendi.
Sudah 2 hari aku berbincang dengan emaknya tentang keputusan anaknya. Sedih sungguh. Aku berharap andai dia ke SMK Bukit Mendi dia akan menjadi anak murid yang terbaik di sekolah sana. Buktikan kepada orang yang menyayangimu Aiman, engkau boleh buat yang terbaik. Buktikan Aiman. Buktikan Aiman.
Harap dia tak terikut-ikut dengan perangai budak yang tak berfaedah. AMIN.

Saturday, April 23, 2016

Kuatkan...

Jumpa anak hari ini. Beri semangat agar dia kuat belajar. Biar dia jadi insan yang baik. Biar dia jadi yang anak yang hebat dimata ibubapanya.
Ya Allah Ya Tuhankku aku memohon agar anakku berjaya di lapangan hidup ini.

Thursday, April 21, 2016

Teruk...

Inilah saat yang teruk dalam sejarah hidupku sebagai seorang pendidik. Tak terjangka di dalam mindaku. Mungkin inilah yang dikatakan kesilapan diri sendiri yang gagal memberikan yang terbaik untuk buat yang terbaik.
Inilah sebabnya aku tahu kegagalan aku sejak tahun lepas. Tapi tiada yang sudi mendengarnya. Aku telah luahkan kepada mereka. Aku gagal memberikan yang terbaik untuk anak-anakku di kelas 3 Bestari.
Sebab aku tahu kelemahan ku. Tapi mereka degil. Tapi kenyataan hari ini membuktikan kepada ku aku gagal. Aku gagal.
Lemahnya aku punya teknik yang digunakan.
Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kekuatan kepada aku untuk bangkit semula untuk buat yang terbaik.
Malu aku dengar Puan Esah... ini produk anak muridnya. Ini produk anak didiknya yang gagal melaksanakan tugasan dengan baik. Ini produknya yang gagal memberikan mutu pengajaran yang hebat di hadapan anak murid.
Aku hanya seorang yang gagal.
Kisah untuk hari ini 21/4/2016 pukul 9.10 hingga 10.10 pagi dalam kelas Bahasa Melayu 3 Bestari.
Walau apapun terima kasih buat anak-anakku yang sudi memberi kerjasama kepada cikgumu. Walaupun akhirnya dikau memampuskan aku... menyatakan aku berlakon. Sebab aku sedar memang aku melakonkan. Tapi lakonan aku menjadi kaku.
#pencerapan1/2016
#66.5


persamaan...

Tak sangka. Rupa-rupannya kedua- dua mereka berasal dari Felda yang sama. Ayah mereka anak peneroka sana. Itulah keunikan. Hari ini baru tahu. Pertama kali bercakap dengan mak dia.
Semoga kedua-dua mereka membesar dan menjadi anak yang baik dan berjasa kepada ibubapa mereka. AMIN.

Wednesday, April 20, 2016

Shuhairi

Alang-alang ke hospital melawat abang mat terus ke wad melur 2 untuk melawat Shuhairi yang kenal jangkitan kuman pada paru-paru terus kena asma.
Semoga Shuhairi cepat sihat. Awak kuat. Yang paling mengejut dia pun Orang Bukit Puchong juga.

Tuesday, April 19, 2016

Jadi lain...

Terlibat sama. Blur seketika. Akhirnya keputusan dilakukan oleh Cg. BANI malas nak campur tangan. Sebab tak boleh buat keputusan yang nyata.
Itulah bagi aku...sukar untuk membuat keputusan sekirannya ada sifat kasih sayang. Semua jadi pening.

Saturday, April 16, 2016

Kenangan...

Terasa indah. Bersama anak-anak tersayang.




Kem Skor A 2016.  Inilah aktiviti yang aku lakukan disaat tidak pulang ke Kerayong

Friday, April 15, 2016

kelas tambahan...




Lagi sekali buat kelas tambahan. Walaupun tak ramai yang hadir. Tapi yang hadir ini orang yang ikhlas untuk mencari ilmu. Semoga Allah berkati usahanya. AMIN.
Yang tidak datang mungkin:
a. Sudah pandai
b. Tak suka cara ku ngajar
c. Tak perlu ilmu lebih...cukup apa yang sudah ada.
d. Tak suka aku.
Ya Allah engkau berkatilah usahaku ini. Janganlah jadikan usahaku ini satu usaha yang sia-sia. Berilah kejayaan cemerlanh kepada anak-anakku. Amin.

Tuesday, April 12, 2016

Aktiviti...

Lakukan aktiviti yang biasa dilakukan namun sudah lama ditingalkan.
Sejak kebelakangan ini hidup semakin sepi... perlu cari jalan untuk ceriakan hidup yang sepi ini.
DESCENDANTS OF THE SUN... menjadi taruhan untuk ceriakan hidup ini.
Biarlah kesunyian itu menyepi disebalik keriuhan hidup ini...

Terima kasih kerana gembirakan aku...disaat aku perlukan kekuatan untuk menentukan corak hidupku...
37 tahun meneruskan hidup sebagai hari ini tiada jalan yang berbeza...

Sunday, April 10, 2016

Penuhkan masa

Penuhkan masa yang ada...
Datang ke Kerayong. Semua tak ada. 2 ke Hospital KL...yang laki entah berada di mana lagi. Tak reti balik.
Maka layan Descandant of the sun lakonan Song JongKi

Friday, April 8, 2016

Berulang...

Kisah 2011 kini kembali.  Jika 2011 kisah dengan si abang sebagai orang tengah. Kini si adik pula kisahnya.
Buku latihan Bahasa Melayu tak bawa. Sehari boleh tahan lagi. Hari-hari tak boleh bawa tahan ke aku. Tu pun aku tak guna pendekatan pukul anak orang.
Betullah kata-kata lebih berkesan daripada pukul anak orang nih. Sekali cakap terus mak ayah bising. Awak semua bukan mak ayah sayang anak.
Kalu sayang anak silalah semak buku anak-anak sebelum datang ke sekolah.
Ini anak kerja sekolah tak siap... buku aktiviti tak bawa...
Itu tanda sayang ke anak ke. Tak.
Sebab aku punya keluarga walaupun tak pandai. Kerja sekolah anak-anak lebih akan dipastikan siap.
Itukah cara sayang anak...

Monday, April 4, 2016

Kem Membaca 1 Malaysia

Program yang dijalankan secara langsung ke seluruh Negara.
Aku jadikan dia kem...










berusahalah...


Berusahalah. Tanpa usaha yang jitu daripada kita sendiri. Tidak mungkin kejayaan akan menjadi milik kita.
Tanpa usaha yang berterusan tidak mungkin kejayaan akan hadir disisi kita.
Dalam usaha kita yang berterusan jangan lupa kita ada Allah s.w.t. Maka selalulah ingat kepadanya. Pasti kejayaan akan menjadi milik kita.
Buat anakku Wan Aiman.
Berusahalah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Bukan seorang yang menanti kejayaanmu. Bukan seorang yang menanti kegembiraan itu.
Aiman.
Semua orang risau.
Semua orang sayang kamu.
Semua orang perhatikan kamu.
Jadi belajarlah bersungguh untuk kejayaan masa depanmu sayang.
Berikan kejayaan yang cemerlang buat orang yang menyayangimu.
Jangan hampakan impian orang yang menyayangi.
Jadilah anak yang membanggakan.
#kisahhariini

Akhiri penantianku

Lirik Lagu Akhiri Penantianku - Alif Satar

Resah hati ku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktu ku
tenang jiwa ku
bila kau di sisi
Dalam dakapan mu buat ku mati

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauhhh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku

Tak mampunya aku
Bila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidup ku
Lemah langkah ku
Mendengar suara mu
Laju jantung ku bila menyentuh mu

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauh
Ku berharap
Kembali kepada ku
Akhiri penantian ku

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku



Saturday, April 2, 2016

Hospital Kuala Lumpur

Kali pertama berjaya menjejak kaki ke Kuala Lumpur dengan memandu sendiri. Penumpang Haziq dan Mc Yah. Haaa
Walaupun putar-putar cari tempat hospital akhirnya bertemu jua.
Pukul 9 bertolak pukul 12.30 sampai di hospital.
Pukul 2.30 bertolak pulang pukul 7.30 baru sampai di rumah.
Puncanya makan buah langsat.