Tuesday, March 31, 2015

GST

Esok 1.4.2015 tarikh keramat.
Tarikh pelaksaan cukai GST terhadap rakyat Malaysia.

Minggu anti dadah skfc 2015

Ceramah anti dadah oleh AADK di sekolah hari ini, dicemari oleh sikap pelajar yang tangan gatal. Gatal tangan sehingga menyebabkan huru hara di sekolah. Pecahkan cermin kebakaran di blok bangunan baru. Apa lagi loceng kebakaran berbunyi menandakan kebakaran telah berlaku.  Entahlah dimana silapnya. Tapi kesannya menyebabkan huru hara. Syukur dapat mencari pelakunya. Yang lebih malang anak didikku semasa di alam prasekolah dahulu. Si Fikrey.
Fikrey dan Farish
Ceramah hari ini berjalan dengan lancar sahaja
.
Sebahagian anak-anak

Amirul Tie

Santai,,,

Irfan Fauzan

Bergambar dulu

Gaya tidur

Monday, March 30, 2015

Kajian kes sejarah 2015...

Harapan untuk melihat sesuatu yang boleh dibanggakan. Dengan memilih dikalangan mereka yang top di sekolah dalam tahap pencapaian akademik. Hasilnya amat mengecewakan. Tidak mampu menjawab dengan baik soalan yang diberikan. Seolah-olah menjawab bagaikan melepaskan batok di tangga...
Ok. Tak jadi masalah boleh buat semula. Macam biasa hasil macam sampah tidak diperlukan. Buat kerja perlu bertanya. Malu bertanya nasiblah badan. Tak kiralah kecil atau besar masalah. Hubungan dengan cikgu perlu rapat. Bertanya dari cikgu tentang masalah bukan satu kesalahan.
Jadi sentiasalah berhubung dengan guru untuk kesejahteraan hidup.

Selesai

Selesai. Itulah ungkapan yang mampu di katakan. RM10K. Selamat bertukar tangan. Tapi demi sebuah nikmat kehidupan  perlu di korbankan. 5 tahun menyimpan di dalam ASB...tapi untuk selesaikan tidak perlu 5 Tahun. Tapi tak apa ini untuk masa depan yang pasti.
In Sha Allah pasti ada ruang rezeki lain yang akan terbentang di sudut lain.
Jika inginkan sesuatu rezeki perlu kembali kepadaNya.
Syukur dalam usia yang semakin mengecil ini, aku hanya mampu mencari sedikit sahaja bekalan dunia. Kudrat yang kecil membataskan kemungkinanan.
Ya Allah Ya Tuhanku berkatilah apa jua yang aku lakukan demi sebuah kejayaan.

Sunday, March 29, 2015

Didik

Rupanya tugas mendidik anak-anak  tidak hanya terhad di dalam kelas sahaja. Dimana-mana kita boleh mendidik umat manusia agar menjadi insan yang baik.
Tak kira dalam dunia maya, selagi kita mampu menegur kita tegurlah. Usah kita hadkan tugas kita.
Malam ini, panjang lebar aku ceramah dekat anak-anakku. Adab dengan orang tua semakin hari semakin menipis. Susahke untuk tunduk hormat kepada orang tua khasnya Cikgu kita.
Berfikirlah. Gunakanlah akal yang dianugerahi untuk mass depan.

Saturday, March 28, 2015

Gotong royong 2015

Hari ini, hadirkan diri ke sekolah untuk aktiviti gotong royong bilik muzik. Sejak2 mengajar muzik.
Bergotong terlebih dahulu. Biasalah kira oklah tu. Buat beramai- ramai akan siap dengan cepat. Apa yang penting kerjasama.
Amirul Haikal pun datang. Sebab mak dia datang untuk prasekolah. Dia datang lepak dekat aku. Apa lagi dia mengecat jugalah. Terima kasih Haikal... Amirul Tie...itu nama gelaran untuknya.
Ada kisah disebalik dia datang mengecat. DiaπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ kaitkan semua benda dengan  Wan Aiman. Berat sungguh si Amirul Haikal nih.
Amirul Tie sedang mengecat bersama Cikgu Rosmaini

Memerhati cara mengecat

Cikgu Hafiz dan cat

Cikgu Normala dan anok jate

Tak selesai

Hari semua urusan di Temerloh temui jalan kegagalan. Tak ada satu pun yang lekat.KWSP temui kegagalan. Tak reti isi borang. Manakala di ASB tak lepas nok buat. Servis yang diberi terlalu sopan.Jabatan Hasil pun gagal lagi. Biarkanlah.

Thursday, March 26, 2015

Kwsp...

Malam ini. Siapkan keperluan untuk urusan pengeluaran kwsp. Walaupun baki sudah tidak banyak namun ia dapat menambung kewangan aku untuk memastikan perjalanan pembinaan rumahku berjalan dengan lancar.
Aku memerlukan wang yang banyak. Pagar dan grill sahaja memakan RM13K. Itu tak beli lagi penghawa dingin lagi. Yang mungkin memakan RM4K. Banysk lagi duit yang diperlukan.Duit simpan semakin kurus.
Semoga urusanku diberkati olehNya. Amin

Wednesday, March 25, 2015

Terkini

Inilah permandangan rumahku. Setelah membuat perubahan cat bahagian bawah. Pada asasnya pilihan ada warna pink gelap,namun disebabkan masalah ton warna tiada perbezaan maka pilihan seterusnya warna unggu jadi pilihan. Syukur masih lagi di dalam konsep warna yang disukai.
Dimaklumkan mozek sebelah dalam akan siap sepenuhnya esok manakala bahagian luar akan siap pada minggu ini.
Tak sabar rasanya untuk pulang ke KB...


Tuesday, March 24, 2015

Bertambah...

Jadual waktu versi 3 telah diterima. Ada pertambahan waktu pengajaran yang diterima. Menjadikan 26 masa untuk seminggu. Tidak menjadi masalah. Demi tugas aku gagahi. Demi anak-anak ku tempohi. Namun...
Subjek Pendidikan Jasmani... tahun 4. Tahun 6 oklah lagi. Ini masalahnya tahun 4, dengan adanya silibus yang pelik-pelik. Huhuhu
Itu satu masalah...satu lagi masalah yang wujud...
Glamourlah aku lagi, kelas 4B, ajar PJ.
Saifullah Bin Nursim... 
Kenapa???Mengapa???Siapa???
Adakah memori 2011 akan kembali bernafas...Sudah lama tak mengajarnya kini, setelah 4 tahun kembali semula berjumpa d bawah satu bumbung 4 Bestari. Semoga perjalanan hidupku akan teratur.
Mujur Pendidikan Jasmani ini tidak perlu ada ...

Ceriakan...

Ceriakanlah hidupmu dengan gerakan kehidupanmu. Agar kehidupan menjadi satu kehidupan yang bererti buat dirimu. Perjalanan dalam melayari hidup ini perlu disulam dengan keceriaan.
Walaupun hidup ini kelihatan sama. Usahlah mencorak hidup ini dengan satu corak sahaja.
Ayuh bangkit. Ayuh gegarkan hidup ini dengan gelak tawamu...
#akhiri penantianku

Monday, March 23, 2015

Bosan...

Malam ini terasa kosong. Fikiran kosong. Tiada roh dalam kehidupan. Sunyi dalam melayari detik-detik waktu yang berganjak.
Melihat ke dalam diri, adakah ini jalan yang bakal aku lalui seterusnya...
Adakah ini akan menyelubungi hidup ini, untuk selamanya-lamanya...
Dimana permulaan dan dimana pengakhirannya...
Adakah kesudahannya akan begini sepanjang hayat...
Sukarkah kebahagian untuk menjenguk laman-laman kehidupan ini...
Ya Allah Ya Tuhanku, kau tunjukkanlah kepada hambamu ini, jalan yang telah ditetapkan agar hambamu ini mampu mengatur langkah dengan baik tanpa perlu berhenti.

Kosong...
Sekosong rumah yang tiada berpunghuni....

Sunday, March 22, 2015

Jumpa...

Hari ini, aku buat pertemuan dengan anakku. Pukul 2.30 petang pergi ke Bukit Puchong. Jam 3.00 petang sampai di sana.
Bawa keluar. Tak pergi jauh sebab pukul 6.30 petang dia perlu berada di asrama sudah untuk memulakan proses pembelajarannya. Belajarlah bersungguh-sungguh Wan. Tanpa ilmu kita tak akan ke mana-mana. Janji belajar. Walaupun payah sekalipun pasti ada jalan yang akan dipermudahkan lebih-lebih lagi belajar ilmu Allah.
Jam 5.30 petang telah selamat hantar dia di rumah. Sempatlah dia uruskan dirinya untuk urusan peribadinya.
Santai petang di KFC Kerayong. Menikmati hidangan di sana. Selesai makan bergerak ke TF. Menemani rakannya mencari buah epal. Layan sahaja. Sebab Wan jenis bergerak mesti ada rakan,
Mana ada...boleh didengari beberapa kali...itulah kata-kata keramat. Seronok didengari.
In Sha Allah, kita akan bergerak untuk projek seterusnya.
#Akhiri penantianku.
Boleh lihat tangannya yang bengkok

Terkini

Abadikan kenangan 2015...

KFC Kerayong,
Terima kasih kepada keluarga Wan sebab membenarkan aku keluar dengan anaknya, Terima kasih.

Saturday, March 21, 2015

Kawasan rumahku...

Bergambar kenangan...

rumahku...

pemandangan rumahku...terasa comel sungguh warna yang dipilih. Satu pilihan warna cukup berani.
Berani membelah pemikiran.

Friday, March 20, 2015

Selesai...

Hari telah pergi hantar barangan elektrik di rumahku. Untuk urusan pemasangan yang akan dipasang tidak lama lagi. Kelmarin kipas dapur terakhir telah dibeli olehku. RM 138. Kipas paling murah dibeli di Aik Hoe Ceramic Tile Tanah Merah.
Semoga urusan seterusnya dapat dipasang dengan selamat.

Santai malam ..

Melayari malam bersama2 geng SKFC di Wakaf Che Yeh...

Thursday, March 19, 2015

Kenduri kahwin

Hadiri majlis perkahwinan Nik Khairul Azlan, hari ini. Geng SKFC

Wednesday, March 18, 2015

Masalah..

Hari ini pemaju rumah telefon. Minta urus cat rumahku...Macam mana ini. Esok harus pergi ke kedai cat untuk selesaikan warna cat rumahku.
Ya Allah Ya Tuhanku permudahkan urusanku.
Harap warna impian akan termakbul.Esok segalanya akan terurai.

Tuesday, March 17, 2015

Lama...

Kadang-kadang pertemuan tidak perlu secara berdepan antara mata dengan mata. Cukup sekadar melihat dari kejauhan.
Inilah persahabatan yang terjalin. Semoga persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan. 
Semoga sihat dan ceria selalu. Wahai anakku. Teruskan perjuanganmu dalam harungi liku-liku kehidupan. Kain putih telah disediakan. Corakkanlah dengan corak yang terbaik agar ia menjadi yang terbaik. 

Sehari lagi..

Hari ini sekali lagi. Keluar bersama adikku. Nurul Fazhida untuk urusan membeli barangan rumahku. Biasalah dia dilantik menjadi pemanduku. Terima kasih. Hari ini fokus kepada kipas ruang tamu. Jenama Elmark jadi pilihan
Lampu dinding, lampu bahagian dapur dan lampu ruang parking kereta dan depan pintu sliding. Hari ini tidak terlalu besar belian. Sekadar RM674.00 sahaja untuk hari ini.
In Sha Allah esok untuk urusan beli kipas bahagian dapur pula.Tidak pasti berapa yang akan dilaburkan.Dapur juga perlu dibeli. Mungkin hampir RM1000.00 juga akan dilaburkan esok.
Hee...malam nih dah belanja untuk barangan dapur rumah ....RM160 telah keluar. Inilah tanggungjawab. Semoga aku mampu menjadi anak yang terbaik.

Monday, March 16, 2015

Berbelanja...

Hari ini berbelanja untuk urusan rumah. Dari pagi sampai petang. Pagi habis RM1400.00. Petang pula habis RM 1930.00. Kelmarin RM500.00. Belian pertama semasa raya cina RM615.00. In Sha Allah esok satu pusingan lagi untuk habiskan keperluan di rumahku.
Semoga urusan aku dipermudahkan olehNya. Ya Allah Ya Tuhanku padamu akh bersyukur di atas nikmatmu. Amin.
Lampu pagar

Ini sebahagian yang dibeli untuk hari ini. Satu ini sahaja sudah RM180 satu.Memang mahal bagi diri ini yang mempunyai pendapatan yang kecil tetapi kepuasan peribadi harus diutamakan.
5 tahun ku menyimpan sehari sudah berbaloi...

Sunday, March 15, 2015

Terkini....

Perkembangan terkini rumahku, banyak sudah siap hanya menanti siapnya bila.
Rumah ku...

Ruang tamu

Bilik tidur utama

Ruang dapur

Saturday, March 14, 2015

Kb...

Selamat sampai di Kb...setelah berpenat dari pukul 5.05 pagi hingga 7.30 malam. Kesan ada lori terbalik.
Ujian sungguh hari ini. Dengan sakit perut. Semuanya bergabung.
Syukur dapat pulang dengan selamat.
Malam nih layan diri sahaja...

Friday, March 13, 2015

Sebelum balik .

Sebelum kembali ke kampung halaman. Selesaikan kerja yang perlu dilakukan. Terima kasih kepada sendiri.
Bertemu mata seketika dengan Affnan dan Mizan. Semoga tabah hadapi ujian Allah.In Sha Allah kita bertemu lain kali. Amin.
Azira teruskan perjuangan mu...moga cemerlang.
Syukur tangan semakin pulih. 16hb perlu sekali lagi buat fisioterapi. In Sha Allah selamat.
Semoga tabah hadapi ujian tersebut. Amin. Semoga Aiman terus sihat.

Thursday, March 12, 2015

Dikir Barat...tahun 5 Pibg

Syukur. Semuanya telah selesai. Pesembahan dikir barat gaya miskin telah diadakan pada hari ini. Walaupun serba kekurangan akhirnya telah direalisasikan dengan baik oleh anak-anakku. Terima kasih semua. Sebab beri kerjasama yang terbaik untuk aku. Kalian memang terbaik.



Laporan awal...

Terima kasih jiranku, Nik sebab update gambar rumah. Bahagian luar rumahku...bahagian dalam masih belum diketahui lagi. Rasa tak sabar menanti hari sabtu...cepatlah masa...


Wednesday, March 11, 2015

Suatu masa dulu...

inilah kenangan aku ketika bersama-sama mengejar impian di Sekolah Menengah Putera...sekolah satu jantina...

Pentas...

Hari ini masuk tengok tempat untuk dijadikan pentas pertandingan bercerita untuk kelas 2 Bestari. Syukur semua telah siap sedia. Hanya menanti tarikh pertandingan sahaja.
Hadiah belum lagi dicari. Namun hukuman telah awal-awal tersedia. In Shaa Allah balik cuti ini cari hadiah untuk pertandingan bercerita.
Semoga dengan adanya pertandingan bercerita ini akan membuka minda anak-anakku untuk minat membaca setetusnya memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk kegunaan masa depan.
Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah apa jua usahaku dalam menyebarkan ilmu kepada anak-anakku.

Ada masalah...

Hari ini terima surat daripada bahagian pinjaman perumahan. Ada sedikit masalah tentang pinjaman. Tak boleh diproses. Sudah telah wsup peguam. Dia maklum masalah itu telah diselesaikan. Syukur.Tak sabar untuk lihat perjalanan dan perkembangannya.

mulakan..

Mulakan hari ini dengan langkah yang baik. Semoga ketenangan akan melingkari kehidupan ini.
Perjalanan hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai rintangan telah merantai hidup ini. Semoga aku mampu membuka kunci rantai-rantai yang menutupi hidup ini.
Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan untuk terus bernafas di dunia sebagaimana  telah kita janjikan di awalnya. Semoga aku mampu terus sujud kepada mu tanpa rasa was-was akan kekuasaan yang ada pada mu.
Ya Allah Ya Tuhanku bukalah rantai-rantai kehidupanku agar dapatku teruskan kehidupan ini dengan tenang.
Teruskan hidup demi sebuah impian.

Tuesday, March 10, 2015

Latihan Dikir Barat...

Untuk projek  mesyuarat   agung pibg sekolah aku telah ditugaskan untuk jalankan persembahan murid.
Aku macam biasa, terpaksa mencari anak-anak yang pada pemikiran aku boleh menolong aku.
Dikir barat...sesuatu yang tiada dalam kamus hidup aku.Aku beranikan diri. Ya beranikan diri. Mujur dapat anak-anak yang sanggup berjuang dan menolongku.Terima kasih semua.




Apa erti

Sesuatu yang menakutkan. Sesuatu yang merisaukan. Sesuatu yang menyebabkan aku terkedu. Sesuatu yang menyebabkan aku lemah. Sesuatu yang menyebabkan aku tiada kata-kata yang mungkin boleh diungkapkan. Persoalan demi persoalan yang bermain dimindaku. Sampai sekarang aku terfikir...

Aku hanya potong kek dari GB...apa-apa terima kasih. Sorry tak mampu untuk berkata-kata sebab terkejut.
Maaf Pn. Sahara masih belum bertemu mata lagi. Terima kasih atas ingatan. 36 tahun hidup...
5 tahun disini....mengajar sejak 2006 hingga kini...ini sesuatu yang luar biasa. 10.3.2015 menjadi sejarah peribadi.

kambing hitam...

Apakah kaitan gambar di atas dalam situasi ini?
Ya. Kambing hitam telah ditemui untuk menyelesaikan masalah yang berlaku kini. Kambing hitam telah ditemui. Tahniah. Satu jalan penyelesaian yang paling mudah dilakukan.
Syukur kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku, proses ketakutan kelmarin berakhir dengan baik. Bagaimana gelisahnya aku, bagaimana bergetar tanganku kelmarin, bagaimana risaunya aku kelmarin akhirnya berakhir dengan tenang apabila kambing hitam telah ditemui.
Lantaklah itu cara mereka menggunakan kepakaran yang ada. Opps kepakaranke? Hanya jalinan masa yang bergerak sahaja mengetahui.
Sekali kita terkena , adalah sesuatu yang berat untuk kita lepaskan. Janji-janji mereka adalah sukar untuk dimengertikan dan sesuatu yang sukar untuk dimaafkan.Inilah yang telah menjadi sempadan dalam kehidupanku.
Namun begitu, gelisah ini masih lagi bergetar di dalam jiwa ini.
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah hambamu ini daripada gangguan syaitan-syaitan yang engkau rejam. Amin.

Monday, March 9, 2015

Meningkat...

9.30 pagi tadi semakin meningkat lagi usiaku. Kini usiaku semakin hampir kepada angka 4, jika dibundarkan no tersebut.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dunia yang berliku ini dengan tenang dan bergelora ini dengan aman dan damai. Amin
Terima kasih buat semua yang mengingati tarikh kelahiranku, walaupun melalui akaun facebook ku. Terima kasih di atas doa-doa yang diucapkan. Semoga kerahmatan akan mengelilingku. Amin.
Target sekarang dalam usia yang semakin senja ini, aku harus mempunyai kekuatan dan bekalan  untuk menempuh hari pembalasan nanti dengan :-
Semoga usaha ini akan mendapat restumu Ya Allah Ya Tuhanku.
 

Sunday, March 8, 2015

Bersyukur...

Tangisanmu walaupun seketika mampu,  merungkai kerinduaan yang semakin berlarutan.
Bersyukur aku kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku di atas nikmatmu pada hambamu ini.
Inilah yang bermain-main di pemikiran yang kerdil, inilah doa-doa yang dipohon oleh hamba mu agar kerinduan yang melanda di pemikiran akan berakhir sebagaimana nikmat yang dikau berikan.
Hujan yang turun membasahi bumi, bersyukur kepadamu, Kerinduan pepohon terhadap nikmatmu akhirnya terjawab walaupun seketika. Pepohon mula berwajah ceria, tanda bersyukurnya dia kepada Mu, kerana memberikan ruang untuknya memandu kasih walaupun seketika.
Kelayuan hatinya akan terubat dengan kehadiran cintanya. Namun adakah ia akan berterusan...

Friday, March 6, 2015

6.3...

Tarikh hari ini, sama seperti 3 hari sebelum aku dilahirkan.
Hari ini, pagi-pagi lagi Amirul Haikal datang jumpa aku, dan menyatakan hari ini hari lahir dia,
Selamat hari lahir Haikal. Semoga menjadi anak yang baik dan terbaik untuk berkhidmat kepada orang tuamu nanti.
Namun begitu, hari ini langsung tak membuat kerja yang telah aku arahkan. Langsung tak buat sebab dia menyatakan dia tak bawa buku aku.
Dapatlah 2 das hukuman di dadanya. Aku jenis boleh bersabar sekianya mereka buat apa yang aku suruhkan. Jika tidak mereka akan sakitlah.
Amirul oh Amirul bila agarnya mahu matang dan boleh berfikir dengan baik.

Thursday, March 5, 2015

Risau...

Terasa risau. sangat-sangat risau. Takut untuk menghadapi hari ini. suasana panas yang melanda negara bukan menjadi persoalannya tetapi panasnya kerusi pra di sekolah memanaskan suasana di sekolah.
Andai yang menjadi permainan di kepala aku, menjadi kenyataan. Memang akan hancur sekolah. Aku tidak akan bersabarlah.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini dengan tenang dan tabah dalam menghadapi ujian yang melanda.
Hanya kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku aku bermohon, daripada gangguan syaitan-syaitan yang telah engkau rejam. Amin,

Wednesday, March 4, 2015

Kajian kes...2015

Syukur malam ini, 4 soalan kajian kes sejarah telah selesai aku drafkan. Pandangan JU Sejarah dari Sekolah Kemasul juga telah ditanya.Ok. Bermakna soalan aku menepati apa yang Ju pergi kursuslah. Heee
4 soalan daripada bab keluarga saya. bermakna 4 orang murid bakal mendapat kelebihan untuk membuat kajian kes terlebih dahulu. Masa cuti sekolah masa yang akan mereka guna pakai untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan ahli keluarga. Maka jawablah soalan kajian kes sejarah tentang keluarga. Haaa. mantap perancangan cikgu dia.
Aku mengharapkan mereka menjawab soalan yang diberikan mengikut kehendak aku. Aku mengharapkan mereka membuat kerja yang diamanahkan sebagaimana penatnya aku membuat soalan,sebagaimana aku bertanyakan pandangan cikgu-cikgu lain tentang soalan aku. 
Tanpa usaha yang dilakukan agar sukar kita mendapat kejayaan.
Ayuh anak-anakku sahut cabaran ayahmu ini.

Tuesday, March 3, 2015

Baru sehari...

Hari ini, aku pergi bertaklimat tentang aset. Fuhhh...
Baru tinggal satu hari, dah terima benda pelik dalam kelas. Amirul Haikal punya pasal.
Tak ada kerja agaknya menulis...orang dah mula pandai mengeja dan menulis ayat...
Layan sahajalah dia...janji dia bahagia. Sekurang-kurangnya dia ada semangat nak belajar.

Monday, March 2, 2015

Linus 2.0 2015

Program yang dinanti-nanti telah tiba untuk cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak kelas-kelas hujung. 
Satu program yang dibentuk untuk memastikan kejayaan anak-anak kita. Program ini sememangnya memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Jika mendapat kerjasama dari semua pihak sepatutnya tak ada LINUS sebenarnya.
Teringat...
3 Tahun aku berada di dunia prasekolah. Itulah KPI aku, tak ingin melihat anak-anak tidak pandai membaca. Pelbagai cara yang aku gunakan pendekatan. Walaupun nampak zalim dan kejam, hanya satu sahaja tersemat di pemikiran, untuk tidak melihat anak-anak tercampak di dunia LINUS dan pemulihan.

Kenapa aku bertindak sebegitu...
Aku pernah mengajar di sekolah menengah. Mengajar anak-anak di tingkatan 1. Mengajar mereka yang tidak boleh membaca di sekolah menengah. Perasaan malu dan segan dengan kawan-kawan akan bermain diwajah mereka, akhirnya mereka akan hanyut sendiri sekirannya malu menguasai diri mereka.
Aku pernah cuba membantu anak tersebut pada 2009, ketika diri ini mengajar Maahad Rahmaniah, Kuala Krai ( MRKK ) tetapi aku gagal sebab dia malu untuk mengadap wajah ini. Aku tidak tahu ke mana dia selepas itu. Adakah anak itu telah berjaya, atau gagal dalam penemuan kehidupan.

Aku juga pernah gagal...
Selamat tiga tahun berada di prasekolah, sejak tahun 2011 hingga 2013. Diri ini sendiri pernah gagal. Gagal dalam membentuk generasi yang celik huruf dengan baik.
Saifullah merupakan produk 2011, Zulhelmi produk tahun 2012...Dua insan yang aku sendiri gagal sehingga aku membawa kesnya ke hadapan. Sampai kini seorang sudah darjah 4 dan seorang darjah 3, mereka masih sama ditakuk yang lemah. 
Bukan aku tidak pernah berikhtiar untuk mereka, bukan pernah aku membenci mereka, tetapi aku tiada sokongan yang padu dari keluarga mereka.
Syukur 2013 memberikan sinar kegembiraan kepada aku apabila 2 anak yang kosong, sebersih kain putih dapat dicorak dengan baik. Apa yang penting kerjasama daripada keluarga mereka itu yang penting. Azlini dan Hassanizan. Dua nama yang aku kenali. Dua nama yang menerima dan terpaksa belajar bersama aku yang sememang terkenal dengan garangnya.