Setelah, aku menerima whatsapp, pukul 2. 24 pagi semalam, dan aku membaca pada pukul 4.54 pagi.
Aku telah membuat keputusan yang rumit juga. Setelah tersedar dari tidur. Terus aku mencoretkan kenangan dan mengimbau kenangan bersama. Mencari gambar kenangan terindah ketika bersama.
Aku upload gambar kenangan bersama di Desaru. Walaupun sudah setahun berlalu, tetapi ia cukup istimewa kepada aku.
Aku tak pernah upload gambar kita bersama di dalam FB, IG dan sebagainya, kerana aku berpegang kepada janji kita. Agar semua orang tidak ketahui apa yang kita lakukan.
Hari ini, inilah keputusan yang telah aku ambil.
Kita berubah. Kita ubah cara hidup dan pergaulan kita.
Kita ubah semuanya. Dari gaya hidup hinggalah kepada segala kemudahan yang disediakan untuk mu. Aku takut, tak dapat mengawal perasaan sekiranya aku tetap memberikan kemewahan terhadap diri mu. Jadi biarlah kita saling hormat-menghormati sebagai seorang murid dan cikgu sahaja.
Inilah keputusan yang berat aku, buat. Tepat Jam 9.00 pagi pada hari Sabtu, 21082021. Isnya Allah inilah keputusan yang wajar aku buat. Setelah hampir 5 jam aku mencari solusi terhadap kenyatan mu...
bagi saya masa 02.24 pagi
nanti saya bagitahu cikgu apa yang patut cikgu tahu 02.25 pagi
Dan ini, pula kenyataan aku...
terima kasih. 4.54 pagi
Datang sahaja di sini, kita bincang dari hati ke hati. Kita cari punca permasalahan kita dan selesaikan cara yang terbaik. 4.57 pagi
Atas alasan apa, aku buat keputusan begini.
- Jika kawan yang baik, dia tak akan membiarkan seorang kawan dia berada di dalam kesusahan sendiri. Sedangkan dia mengerti dan mengetahui bahawa kawan dia amat memerlukan pertolongan dan perhatian .
- Dapat kawan baru, sanggup meninggalkan kawan yang telah lama kenali. 6 tahun masih belum mengerti erti persahabatan. Adalah tidak wajar untuk aku menerima kenyataan itu.
- Aku merasakan aku perlu mencari kawan yang sejati, bukan kawan seperti di dalam media sosial seperti di FB, IG, Twitter, Tik Tok dan sebagainya. Kawan yang boleh berkongsi saat susah dan saat bahagia bersama.
- Aku juga merasakan engkau, telah lama untuk membuat keputusan. Hubungan yang dibina ini mula menunjukkan keretakkan bermula sejak Bulan Januari lagi. Sehinggalah engkau ke Asrama.
- Bermula bulan Mei, 10hb Mei, engkau mula tidak pedulikan aku. Aku masih ingat lagi, minta kau hantar gambar di hari raya, sampai kesudah kau tidak kongsikan. Aku sedih. Pada hari raya tersebut, kau langsung tidak hubungi aku.
Salam kemaafan...
Ikhlas daripada
Zaharonizal Othan. 9.14 pagi.
Mula menulis jam 8.54 pagi.