Thursday, August 29, 2019

Hadiah dari Mekah

Terima kasih buat GB yang memberikan beg yang berisi sejadah ole-ole dari Mekah terima kasih
Cantik insya-allah pasti akan digunakan.


Kelas 4 Najihin

Insya-allah Sekiranya aku mempunyai lebihan kewangan pasti aku akan memberikan sedikit rezeki buat anak-anakku pada akhir tahun ini.
Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kesempatan untuk menunaikan impian ku ini. Permudahkanlah segalanya bagi aku menyelesai merealisasikan impianku ini.

cabaran

Deklamasi Sajak Kemerdekaan Peringkat Kelas. Walaupun berskala kecil latihan dan pendedahan perlu diberikan kepada anak tersayang. sekurang-kurangnya mereka tak menjadi patung dihadapan penonton.
Biar berskala kecil...mungkin suatu hari nanti ia menjadi berskala besar.
Insya Allah.
 Aina Batrisya terpaksa menarik diri atas faktor kesihatan.
                                  Amir Miqail

Izzati Balqis...terima kadih kerana sudi jadi bidang terjun

                               Aiman Sabirin...
                              Syamina
Inilah calon deklamasi sajak kelas empat najihin yang bakar baka berjuan berjuang pada 4 haribulan 9 2019 insya-allah diharapkan .kejayaan miliknya Amin

Restu Ilmu

Selesai. Berakhir tugas aku untuk tahun 2019.
Berakhir untuk mengajar murid tahun 6.
Semoga mereka berjaya di dalam ujian tersebut dan semoga mereka tenang menjawab soalan peperiksaan nanti.
Walaupun aku sekadar pelakon kecil dalam cerita tersebutt hakikatnya watak ku amat penting dalam kelangsungan cerita tersebut.
Maaf aku tidak terlibat semasa slot bertemu mata dengan ibu bapa. Aku tiada mood untuk slot tersebut.
Sakit hati.





Sunday, August 25, 2019

Melaka

24.8.2019
Kali pertama pergi Melaka dengan kereta sendiri.
Alif teman aku ke sana. Syukur selamat pergi dan pulang. Pukul 9 Pagi bergerak 12.30 malam kembali sampai di Sini.
Apa lagi rembat Kasut VR sepasang RM207
Set minyak wangi CK RM280.
Nando RM48
Wayang RM26
Warong RM16
Ayam madu RM10
Minyak RM60
Parking RM7
Oklah. Janji aku suka.Kena tukar duit RM5 yang aku kumpul untuk kelangsungan hidup. HuHu.






Tuesday, August 13, 2019

akhirnya...

Syukur. Berganjak setapak. DG 41 ke DG 44.
8 tahun menanti...akhirnya.

Saturday, August 10, 2019

TB... Adif Irfan

Khamis. Bersama Nik dan Suhaimi pergi ke rumah Adif. Tengok keadaan dia.
Masih lagi tak boleh berjalan dengan baik sejak dia kemalangan 17.3 lepas.
Semoga kepulihan untuk dia cepat.



Monday, August 5, 2019

TB...Hari Permuafakatan Tahun 6

Aku memang jahat. Sekali aku benci dengan orang. Sepanjang masa aku akan benci dengan orang. Jangan ingat aku boleh senang-senang memaafkan orang.
Ya. Aku sedar aku juga ada silap dalam mendidik anak-anak muridku. Kadang-kadang hukuman aku terlalu kejam. 
Hukuman yang aku jatuhkan bukan bererti aku gila seks atau sebagainya.  
Aku terpaksa. Segala arahan kerja tak laksanakan. Takkan aku hendak lihat sahaja. Mereka semua bangsa aku. Anak didik aku. Kemenjadian mereka terletak di tangan aku pada masa itu. Ya betul semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi pada masa itu akulah pendorongnya.
Kisah tahun lepas, masih lagi diungkit dan diungkit. Seolah-olah dosaku terlalu tinggi.
Tahun ini sahaja, dua kali aku ditegur. Cukuplah.
Kini tiba masanya aku fikirkan masa depanku pula. Tak usahlah beria-ia untuk memastikan mereka menyiapkan kerja aku.
Tak usahlah terhegeh-hegeh menghukum mereka, sebab ibu bapa mereka pun tak hukum mereka.
Itulah...kisah hidupku...
Aku lihat sahaja mak Antasya dan Antasya pada hari itu. Tak berminat beretgur sebagaimana zaman zaman dahulu.
Cukuplah... mereka tak berguna kepada aku walaupun satu saat.