Saturday, April 27, 2019

Sofian Sahar...

Rabu. Pukul 7.12 petang terima info. Dia lemas di Sungai Triang.
Malamnya bergegar ke Agro bersama Cikgu Syafiq.
Junaat pagi. Mayatnya dijumpai.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan kekasihnya. Amin.







Friday, April 26, 2019

Mengecewakan...


Sangat mengecewakan... Mujur aku tiada semasa deklamasi sajak di adakan. Jika tidak lagi kecewa.
Kita buat deklamasi sajak. Akhir persembahan ambil budak baca pantun.
Pelik.
Apa fungsi deklamasi sajak itu.
Nak tonjolkan PRS ke...
Dari baca ikrar sampai penutup...
Oh...teruk.
Hadiah...cukup lumayan
Empat peserta setiap tahun. Setiap peserta dapat hadiah.
Penatlah. Bila nak ada persaingan jika ini dilakukan.
Tak ada beza... Engkau berusaha dengan engkau tak berusaha.
Tolonglah... Geli urat perut tengok

Wednesday, April 24, 2019

Sajak...4 Najihin

Selesai pertandingan deklamasi anti dadah anjuran PPDa SK Felda Chemomoi hari ini. Walaupun keputusan sebenar belum diumumkan lagi. Khabar angin menyatakan ia berpihak kepada calon 4 Najihin.
Syukurlah. Penat lelah dikau membuahkan hasil.
Andai itu yang terjadi... Satu impian aku tercapai.
Tahniah buat Amir Miqail dan Nur Syamina.








Monday, April 22, 2019

Kilauan bintang...

Insya Allah satu kilauan bintang yang cuba aku gilapkan.
Terbaik. Tak salah memilih. Tak salah mencuba.
Inilah satu anak 4 Najihin yang membanggakan aku.
Memang terbaik. Terbaik dari ladang.
Permata jika terus dikilat insya allah pasti akan berkilau...

Friday, April 19, 2019

Minggu ini...

Minggu ini sambungan minggu lepas. Kes biadap dengan Ustaz Faizal. Minggu ini kes dengan Cikgu Zawanah.
Dua minggu melayan karenah anak-.anak 4 Najihin.
Payah sungguh hendak berubah. Sentiasa cari penyakit.
Itu belum kes debu dalam kelas lagi. Dia ingat aku jenis macam mana. Segala bentuk debu aku tak hendak lihat dalam kelas.
Tetapi...



Saturday, April 6, 2019

Hias kelas...

Sikit demi sikit
Jumaat petang. Sabtu petang. Oklah. Walaupun sikit oklah.
Ini projek Sabtu petang.
Biasalah orang malas buat kerja.

 Ini pula projek Junaat dan Sabtu petang.

Malas 1

Hari ini malas. Tak pergi kerja. Dok santai sahaja di rumah.
Biasalah. Kerja kita di sekolah sahaja. Hadir ke sekolah lewat. Masuk kelas jarang-jarang. MC dan CRK setiap bulan. Segala aktiviti sekolah tak sertai. Itulah aku.








Friday, April 5, 2019

Pemimpin...

Taraf pemimpin pada hari ini.
Ada masalah luahkan di status Whatsup...
Sebegitu tisunya orang sebegini.


Thursday, April 4, 2019

Aku silap...

Rupanya Ayu sendiri tak boleh dipercayai juga. Sampai hati dia tegar memberi markah bawah 90 kepada rakan sekerja.
Itu perkhabaran terbaru yang aku dapat tahu daripada Kak G.
Dia cakap seorang.
Tapi bukan aku.
Siapa... Siapa...
Jika bukan aku.
Mengapa markah di bawah 90 diberikan...

Tuesday, April 2, 2019

Haziq Ukail...

Ada kenangan. Tak ghairah sangat nok ganggu budak. Lebih fokus kepada hidup sekarang.

Dunia...akhirat

Untuk aku memberikan markah peperiksaan kepada anak muridku...aku sendiri takut berlaku kejahatan di dalam hati ini.
Andai ada di hatimu kejahatan itu...engkau tanggunglah di dunia dan di akhirat ketika menilai aku.
Dua kali aku terkena dengan engkau... dua kali.