Wednesday, February 29, 2012

pra mesyuarat waris pertama...2012

Dipengerusikan oleh GB, mesyuarat/perbincangan diadakan dengan GB bagi memastikan perjalanan mesyuarat waris pertama bagi tahun 2012 dapat dijalankan. Motif perbincangan adalah untuk majlis gotong royong yang bakal dijalankan pada 30.3.2012 nanti. Ini kerana ia bakal melibatkan kewangan yang tinggi. Membuat sebuah taman di hadapan bilik prasekolah. Kos pengurusan adalah seratus peratus sumbangan daripada ibubapa. Macam duduk di zaman 60-an pula terasa. Syukur batu, simen, cat segalanya telah diperolehi daripada penyumbang. Terima kasih kerana sudi menyumbang kewangan yang banyak untuk tujuan tersebut. Segala jasa baik kalian hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Urusan yang melibatkan taman sahaja, yangmemeningkan kepala, kerana ia akan melibatkan banyak benda yang hendak dilakukan, kolam ikan pun nak kena bina, jambatan/titi pun nak kena buat.Tapak reksiologi pun nak buat.haaaa
Harap segalanya akan berjalan dengan lancar esoknya. Amin

Saturday, February 25, 2012

kenduri....

Hari ini masih lagi berada di Chemomoi. Tak ke mana-mana lagi. Selesai aje makan di majlis kenduri. Insya Allah aku akan bergerak pulang untuk melaksanakan agenda yang masih berbaki lagi.

Friday, February 24, 2012

jenguk-jenguk

sudah lama teras tak menjenguk friendster sejak-sejak menggunakan fb nih. Mujur blog yang ada selalu juga aku jenguk. Kalu tidak lama ia menjadi perkasam juga. hooo

Thursday, February 23, 2012

macam-macam...



Haru sungguh hari ini, isnin datang sekolah dengan menangis, kena pujuk ok aje. Selasa masih ada sikit baik. Rabu datang sekolah bawa beg sekolah dengan buku. Khamis ok pulak.Tapi awal-awal dah pening kepala, minta suruh baca buku bacalah sayang, ambil buku yang tidak layak lagi. Sampai satu kelas ambil buku yang tak sesuai dengan kebolehan. sabar aje. Tapi hampeh punya boleh duduk bawah meja....merajuk. Kena pujuk baru nak keluar. Inilah dunia Irfan Fauzan satu dunia yang tersendiri. Layan aje.

Tuesday, February 21, 2012

Tema: Sekolah Saya


kawal ....melihat pembarisan...haaa

aktiviti tema sekolah saya, aktiviti yang cukup santai. bawa anak-anak murid keluar jalan2, pusing satu sekolah. tak perlulah nak terperap dalam kelas 24 jam.haaa



betulkan kolar baju Hazwan agar kelihatan lebih "semat"



time dok atas astaka .....



dalam pustaka dah nih...

bila nih boleh nak baca buku....
Posted by Picasa

Monday, February 20, 2012

perubahan kelas Bestari...2012



Kelihatan tirai ketam sukukata dan Pinggu Alif ba ta bergayut dari syiling, membahagikan antara ruang makan dengan ruang belajar.Rak pelajar menjadi dinding/tembok yang kukuh.

Mulai tahun ini, aku buat sedikit perubahan kelas mengikut kehendak aku. Banyak lagi benda dalam perancangan aku untuk buat perubahan dalam kelas. Namun perancangan tersebut perlulah selari dengan kewangan yang terhad. sekirannya tidak melibatkan kewangan yang banyak segalanya mungkin akan menjadi kenyataan. Dalam kepala ini, hendak mengubah atau makeover kawasan katil, pentas, renda meja juga terasa nak ubah. Tapi halangan utama ialah kewangan. Kewangan merupakan masalah utama dalam segala kehidupan. Tanpa wang segalanya tidak akan mampu untuk direalisasikan. ngangalah jawabnya...
Posted by Picasa

penantian akhirnya berakhir....

Akhirnya PPD Bentong datang juga melihat keadaan dunia Pra Chemomoi. Segalanya ok. Terima kasih. Penah lelah kita, akhirnya berbjaloi. Pujian yang diberikan perlu ditingkatkan lagi. Kritikan yang diberikan perlu dijadikan pedoman buat lagi yang terbaik. Akhirnya banyak juga skor yang tinggi ( 4 ) yang berjaya dipungut.
Teruskan usaha tersebut.

Sunday, February 19, 2012

Sekali lagi....

Sekali lagi, cabaran menanti dan menunggu kehadiran PPD Bentong untuk melihat Prasekolah akan bermula. Esok penentu kepada segala-galanya. Harapkan kejayaan akan menyusur ....

Thursday, February 16, 2012

Maulidur Rasul


Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Bentong, telah berjaya dilangsungkan di SK LKTP Chemomoi saebagai tuan rumah kali ini. Program ini telah disertai oleh 9 buah sekolah melibatkan 3 buah sekolah menengah, dan 6 buah sekolah rendah di zon Simpang Pelangai. Program ini telah dibaiyai sepenuhnya oleh PIBG.


SMK Chemomoi

Koperasi Felda Chemomoi

Pengakap SK LKTP Chemomoi


SK Kemahal

PPIM SK LKTP Chemomoi

TKRS SK LKTP Chemomoi

Bersantai seketika.....

SK Pelangai Jawi-Jawi


Anak-anakku bergambar sekelas diwaktu pagi.
Posted by Picasa
Bergambar lengkap bersama

Wednesday, February 15, 2012

airmata kasih

Aksi Hani Zulaikha dan Hazwan

Airmata kasih...inilah bentuk airmata malas. suruh buat kerja tapi mulut aje banyak bercakap. kena tibai sikit keluar airmata. Ingat ini main-main ke. tak suka nampak air mata maka duduk kat depan, menangis kat depan kawan-kawan. Air mata pun berhenti.
Posted by Picasa

Sunday, February 12, 2012

Sekolah ganti...11.2.2012

Tahun Baru Cina, dah lama berlangsung. Maka hari ini (11.2.2012 ) terpaksa hadirkan diri ke sekolah. Hasilnya gabungan kelas Pra Bestari dan Pra Arif telah mengadakan aktiviti padang bersama. Biasalah hari sabtu, anak-anak pasti akan mengadap television tengok anak-anak kartun.Jadi bagi melarikan kebosanan hidup mereka...inilah aktiviti yang paling menyeronokan..

berpimpin tangan bersama...

dengar ...dengar

nak sepak bola

sepak jangan tak sepak...

Tunjuk ajar dari cikgu...

berlumba antara dua-dua irfan...


menyaksikan pertandingan

bersiap sedia...

aktiviti junjung...senang nak jadi model lepas nih

bergerbang rambut...

kepit bola....

aksi Amirul...

Aksi al-Fahmi...

Menyaksikan perlawanan antara geng wanita...

Muslimah terbaik...Pra Bestari

Si Kecil Khairina
Posted by Picasa