Sunday, January 29, 2017

Layan...

Layan. Terima kasih. Kerana sudi datang. Inilah pengorbanan aku. Pulang awal ke Chemomoi demi bertemu anakku.
Bertanya khabar tentang belajarnya.
Tak sampai sebulan kulit dah bertambah gelap.

Saturday, January 28, 2017

Cuti sekolah...CNY

Tak ada kesempatan untuk pulang bercuti. Keadaan banjir yang melanda mengundangkan kekesalan tersebut.
Bertapalah aku di Kerayong. Tidur. Makan. Tidur. Itulah kerjaku sejak hari rabu hingga kini.
Melihat perkembangan anak-anak 4 Tahfiz MADA. Semua dah besar panjang lonih. Dah berkahwin mereka. Tinggallah aku tanpa pasangan.



Masih sama seperti di MADA. Berpindah ke MRKK pun sama. Menuju ke IPSAH pun sama. 6 tahun di SKFC pun tetap sama. 2006 hingga 2017. Tetap sama.
2 tahun lagi usiaku meniti titik 40. Risau sungguh aku. Bila- bila masa sahaja aku boleh pergi buat selama-lamanya.
Siapakah yang akan mendoakan kebahagiaanku?
Siapa yang akan mewariskan peninggalan aku?
Adakah anak-anak didikku yang ku tinggalkan dengan secebis ilmuku?
Adakah Aiman?Yazid?Aliff?Irfan Fauzan?Shuhairi?Rayyan?Yang mampu memberikan sinar kedamaian di bilik sempitku nanti?
Ya Allah Ya Tuhanku...takutnya aku. Risaunya aku.

Friday, January 27, 2017

Keboringan...

Boring. Nak balik kelantan tak lepas. Sekarang dok mereput di Kerayong. Tak ada altiviti yang dilakukan.
Akhirnya belek-belek gambar lama..
Gambar ini sudah setahun. Usianya bersamaan dengan tarikh hari ini.
Muhammad Imran Bin Sahaluddin.
Aku kenal dia sejak zaman Prasekolah lagi. Dia pada masa itu berada di kelas Pra Cekal.
Masa fia tersenyum tu yang menawan
Selalu sahaja jadi mangsa usikanku.


Tuesday, January 24, 2017

Tahun baru...

Terjumpa terjumpa dan terngajar budak ini.
Hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum. Tak kira sedang dimarah atau sebaliknya. Tersenyum dan terus tersenyum itulah dia Hasif Nor-Hisam.


Terbaik...

Mereka adalah anak-anak Pra Bestari 2013. Mereka tumbuh dengan baik. Mereka menunjukkan pertumbuhan yang terbaik.

Saturday, January 21, 2017

Cameron Highlands...

18.1 bertolak pada pukul 4 petang ke sana. Pukul 9 sampai. Menginap di Apartment Anthutium. Bernilai rm200 semalaman. Tinggal 9 orang.
19.1 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah untuk mengikuti kursus/ jualan cd oslan senin.









Wednesday, January 18, 2017

Di mana silapnya...

Jauhkan diri. Itulah situasi hari ini. Sudah masuk minggu ke tiga persekolahan. Tapi ia cuba menjauhkan dirinya.
Biarlah. Mungkin ini yang terbaik untuknya. Mungkin ini yang paling pada kali ini.
Biarlah kita membawa jalan itu... jalan yang kita pilih...
#shuhairi

Sunday, January 15, 2017

Lamanya...

Terlihat surat arahan pemotongan gaji. Pembelian rumah pertama. Bermula September 2015 hingga Mei 2045 selama 357 bulan. Satu tempoh yang cukup lama. RM1553.30 setiap bulan.
Tapi itulah bentuk pengorbanan yang telah aku pilih untuk masa depan aku.
Andai aku tidak melakukannya siapa yang akan membuatnya kepada aku.
Biarlah sengsara hari ini janji bahagia dihari mendatang. Amin.
Inilah hartaku. Inilah pinjaman yang terbesar dari Allah s.w.t kepada hambanya ini.
Bersyukur aku kepadaNya dengan limpah kurnia rezeki ini. 

Wednesday, January 11, 2017

11 Januari 2017

Di saat ini, aku masih lagi keseorangan di dalam melayari hidupku. Tiada perbezaan di antara tahun-tahun yang sudah.
Aku masih lagi meneruskan rutin hidup yang sama. 
Aku masih meneruskan perjalanan hidup yang statik.
Aku masih lagi melangkah dengan langkah yang sama.
Ya Allah andai engkau telah tetapkan aku mempunyai jodoh
engkau tunjukkanlah ia
engkau permudahkanlah urusanku
andai engkau telah tetapkan aku tidak mempunyai jodoh
aku redha dengan ketentuan ini.
Ya Allah padamu aku merayu dan padamu aku memohon agar perhubungan yang terjalin antara diri ini dengan anak-anak didikku engkau rapatkan.
Ya Allah padamu aku merayu dan padamu aku memohon agar perhubungan yang terjalin antara aku dan anak-anakku ( angkat) agar engkau rapatkan.
Amin.

Sunday, January 8, 2017

Terasa

Terasa rindu melingkari hidupku. Entah kenapa teringat akan dikau. Baru sahaja kita terpisah setelah kita bertemu.
Semoga dikau akan sentiasa mengingati diri ini jua. 
Aku akan sentiasa doakan dikau berjaya dalam lapangan kehidupan.
Hasil carian aku berdasarkan namamu malam ini.
Inilah sebahagian kerjaku malam ini. Disaat aku teringat dan mengingati dirimu.

Friday, January 6, 2017

Tamat...

2011 hingga 3.1 2017. Satu tempoh yang cukup lama. Banyak jasanya untukku. Ketika menyewa di bumi Chem ini.


Thursday, January 5, 2017

Pilihan kedua...terpaksa

Kekadang itulah yang aku rasai dalam situasi hari ini.
Sebelum pukul 9.40 pagi aku dapat info tersebut dari big boss. Aku tak terkejut sebab telah dengar dari seseorang sejak kelmarin.
Pilihan kedua... terpaksa.
Dia terpaksa menerima dan melantik aku. Aku juga terpaksa menerima atas dasar saya yang menurut perintah.
2015 aku berada dalam orgsnisasi ini. Mungkin terlalu kecil apa yang telah kita lakukan selama ini. Tidak bernilai mata orang.
Sebab terpaksa akhir kita di pilih. Pilihan untuk melengkapkan dan dilengkapkan.
Mungkin bagi orang lain ini merupakan satu kejayaan. Tapi bagi aku ini satu hinaan
Sebab kita tidak pernah dinilai selama ini.
Akhirnya kita dipilih setelah berlaku sedikit ketidakpuasan dikalangan pilihan mereka.
Tutup kes bagi mereka. Tapi buka kes bagi aku.
Isu badan pengawas, ia tidak dan bukan isu besar tapi cukup besar kepada aku.
2011 hingga kini... aku wujud atau tidak...

Sebelum ke tingkatan 1

4.1.2016. Raikan bersama Yazid dan Alif kejayaan Yazid melanjutkan pelajaran ke Sek Men Sukan di Seberang Temerloh.
Peruntukkan masa sepanjang waktu bersama_sama Yazid.
Terima kasih Zid kerana sudi melayan kegilaan cikgu mu ini.
Starmall menjadi saksi untuk hari ini. Dari pukul 2..20 petang hingga 7 pagi.









Tuesday, January 3, 2017

BONUS

Selesai. Duit bonus RM500 telah selamat aku beli mesin basuh baru. RM460. Jenama Sharp. Oklah.
Masih lagi ada dalam kereta. Tiada orang hendak tolong. Sedih.


Sunday, January 1, 2017

2017...

SEDIH...
Akhir 2016... 29.11.2016 aku deman nik selesema.
Awal 2017 masih belum pulih lagi.
MUNGKIN ini yang dikatakan penghapus dosa.
Selamat tahun baru. AGAR aku boleh jadi yang TERBAIK.