Thursday, December 31, 2015

2016...


Semoga tahun ini akan memberikan seribu satu sinar kebahagian kepada diri ini dalam menempuh kehidupan yang sentiasa mencabar ini.
Semoga dengan kehadiran tahun baru, akan membuka lembaran baru dalam hidupku.
Semoga kehadiran tahun baru akan selalu menyinari hidupku dengan penuh kegembiraan
Semoga kehadiran 2016 akan melangkah dengan kejayaan demi kejayaan yang cemerlang...
Ya allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala langkah perjalananku dalam mengharungi kehidupan ini demi sebuah kejayaan yang cemerlang.
 
 
 

Ter...


Kadang-kadang kita menanti seseorang yang kita rindui untuk mencari kita. Setiap detik waktu kita membilang butir-butir harapan agar dia mencari kita.
Kita sabar dan terus menanti...
Kita selalu berfikiran positif untuknya
Kita tidak akan menyalahkan dirinya
Kita sentiasa mendoakan agar dia punya pemikiran yang sama dengan kita...
Walaupun kita sengsara dalam penantian...
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh bulan mana bintang
Mana dia kekasih seorang
Bantulah aku, aku dah buntu
Bintang di langit janganlah bersembunyi
Usahlah membisu bilang dia rindu aku
- See more at: http://lirik.bukancincai.net/2015/05/lirik-lagu-terlalu-rindu-eleena-harris.html#sthash.8Q6oyd56.dpuf
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh bulan mana bintang
Mana dia kekasih seorang
Bantulah aku, aku dah buntu
Bintang di langit janganlah bersembunyi
Usahlah membisu bilang dia rindu aku
- See more at: http://lirik.bukancincai.net/2015/05/lirik-lagu-terlalu-rindu-eleena-harris.html#sthash.8Q6oyd56.dpuf

Terlalu rindu,terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu,terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Oh bulan mana bintang
Mana dia kekasih seorang
Bantulah aku, aku dah buntu
Bintang di langit janganlah bersembunyi
Usah membisu bilang dia rindu aku 

#akhiripenantianku
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh bulan mana bintang
Mana dia kekasih seorang
Bantulah aku, aku dah buntu
Bintang di langit janganlah bersembunyi
Usahlah membisu bilang dia rindu aku
- See more at: http://lirik.bukancincai.net/2015/05/lirik-lagu-terlalu-rindu-eleena-harris.html#sthash.8Q6oyd56.dpuf

2016.... kerjaku

Jadual aku untuk tahun 2016. BM tahun akan menjadi cabaran buat aku. Selama ini aku tidak terlibat secara langsung dengan tahun 6. Tapi tahun ini. Tidak lagi. Aku terlibat secara langsung. Semoga aku dapat kekuatan. Amin.



Sukar

Sesuatu yang sukar juga untuk menempuh perjalanan dalam tahun 2016.
Jika dahulu dia adalah rakan sekerja, kini dia bakal mengetuai kepala sekolah. Dulu kita bersama-sama berbuncang dan kritik apa yang tak betul pada pandangan kita.
Sekarang mampu ke dia menerima pandangan kita dan kita menerima pandangannya andai wujud ketidaksamaan pendapat.
Ya Allah Ya Tuhanku kuatkan semangatku menempuh ujian ini. Hanya kekuatan yang diberikan olehmu sahaja mampu ku lakukan.
Menempuh ujian ini ku harap ia tidak akan melukakan hati diantara kita semua.

Wednesday, December 30, 2015

Orientasi Tahun 1

Selamat datang untuk anak-anak ke arus perdana. Bermulalah perjalananmu dalam mencari ilmu pengetahuan demi bekalan dimasa depan.





Tuesday, December 29, 2015

Lega

Lega seketika. Tapi kesangsian tetap berputik.
Raja baru telefon aku. Menyatakan itu sementara sahaja. Semua air buangan akan dibuang ke tali air.
OK. Aku percaya tapi kesangsian aku tetap kurang. Sehinggalah aku lihat dengan mata aku sendiri.

Monday, December 28, 2015

Kerja bodoh...

Buat aku angin satu badan. Kisah terbaru rumah aku. Dia buat kerja ikut suka kepala otak dia. Siapa nak tanggung dosa lepas air buangan ke tanah orang lain.
Ingat selesai ke. Aku tak suka dan tak suka. Tunggulah aku mengamuk.
Jangan buat kerja mudah yang akan menyebabkan awak kena buat kerja lain. Ini Zaharonizal Othman.


Kononnya dapat halang air bertakung di atas simen
Cubaan lepaskan air ke tanah orang lain. ingat selesaike kerja bodoh nih.

syukur

Syukur kepada Allah s.w.t Aiman dapat juga menginap di asrama untuk tahun depan. Syukurlah. Walaupun bersyarat tapi syarat dia untuk kebaikan kepada dia juga.
Belajarlah bersungguh-sungguh Aiman. Dibahumu tergalas seribu satu impian. Jangan hampakan impian ibu bapamu dan orang yang menyayangimu.
Jadilah anak yang mengembirakan dan membanggakan orang tua mu.
Aku doakan agar kejayaan akan melingkari hidupmu nanti. Janjilah wahai anakku engkau akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

2016...2014

Kembali semula, ke dunia 2014. Kembali menjadi guru kelas kepada anak-anak 1 Bestari. Setahun tidak bersama kini kembali menjadi ayah kepada mereka.
Semoga aku mendapat kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Semoga aku kembali mendapat kekuatan demi masa depan mereka. Walaupun berat keputusan yang tertulis, aku terpaksa jua menerimanya demi tugasku.
Semoga pemikiran anak-anak didikku tidak membuatkan aku menyampah dengan mereka. Semoga mereka akan membuatkan aku gembira. Aku hanya ingin melangkah dengan langkah yang teratur tanpa masalah.
Anda sudah mengenali ku hampir tiga tahun , maka jangan biarkan aku terus bosan dengan gelagat anda. Jangan buat aku bosan dengan perangai anda. 

Thursday, December 24, 2015

Afiq Fatah

Terima kasih sebab sudi berkunjung ke rumah di Bachok.
7-9 malam. Kenangan bersama.

Wednesday, December 23, 2015

Banyak



Inilah kos yang perlu dikeluarkan oleh kedua-dua orang tuaku untuk aku belajar dari tahun 1  hingga tingkatan 6. Ya Allah Ya Tuhanku besarnya pengorbanan mereka untuk anaknya. Berikan kesempatan untuk diri ini menabur jasa kepada orang tuaku. Amin.

Sunday, December 20, 2015

Racun

Hari buat keputusan meracun sahaja rumput. Bukan mesin rumput. Harap selepas ini lambat sikit rumput naik.
Minta tolong Faiz meracun hari ini. Terima kasih atas bantuan yang diberikan. 

Friday, December 18, 2015

mungkinkah

Mungkinkah?
Hanya diri sendiri sahaja yang mengerti.
Bila terasa rindu namamu ku seru.
Hanya kepadamu Ya Allah kuserahkan kerinduan itu.

Monday, December 14, 2015

Bodoh 3

Dah boleh guna. Boleh sahaja digunakan buat sementara waktu sebelum digunakan. Janji ada daripada take ada.

Sunday, December 13, 2015

Bodoh2

Kebodohan aku masih lagi belum berakhir. Tak boleh jalan juga handset Lenovo. Maka handset lain akan berganti. HARAP ia tidak membawa masalah. BARU ingat kepada dunia. MASA marah lupa segala-segalanya. SIAPA yang rugi.
BODOH. BARAN. SENGAL.BANGGANG.
Inilah dunia kebodohanku.

Saturday, December 12, 2015

Bodoh...

Hanya inilah yang boleh dikatakan untuk diri sendiri. Telefon bimbit ku kini dah rosak. Rosak sebab kebodohan diri sendiri. Tak sabar.
Akhirnya jasanya kepada ku telah berakhir juga untuk hari ini. Kesan daripada kebodohan aku, yang ketuk dia dilantai.
Segala no. telefon telah hilang. No. telefon yang paling penting juga telah hilang. Semoga ia akan hubungi aku semula, sekiranya aku gagal hubungimu semula.

Friday, December 11, 2015

Tukar

Tukar. Ya. Aku terpaksa tukar warna rumah daripada warna kepada satu warna yang baru.
Warna asal luntur. Jadi terpaksa guna warna yang baru. Harap ia akan jadi cantik juga.
warna pink tiger ini akan berkolaborasi dengan warna baru. Warna gold. Harap kolaborasi warna ini akan naik.

Gold AS 16453 menjadi pilihan. Sebab tak ingin ditipu. Aku tak percaya sangat dengan orang .


Thursday, December 10, 2015

Takziah

Takziah buat GB Sahara Jamaluddin yang telah kehilangan suami tercinta pukul 6.30 petang tadi.
Aku bersyukur. Kerana sempat melawat beliau ketika hayatnya masih ada.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Hari ini mungkin hari orang. Mungkin esok hari aku.
Ya Allah andai nyawa diambil olehmu...Engkaullah nyawa ditempat yang baik- baik.Dan tempatkan aku dikalangan orang ysng beriman. Amin

Wednesday, December 9, 2015

Entah bila

Entahlah. Bila masanya. Bila waktunya. Bila detiknya. Bila saatnya. Aku bakal melakukan perkara sebagaimana gambar di atas terhadap zuriat sendiri.
Makin bertambah tahun makin bertambah usiaku. Makin lanjutlah usiaku.
Harap 2016 akan memberi satu kelainan dalam kehidupan ku nanti.
Bagi dirimu Aiman ku berharap engkau akan menjadi anak tang bakal membanggakan keluarga. Aku akan menumpang kegembiraan itu.  Sebab aku sedar siapa diri ini.

Guru...

Dalam pandangan masyarakat Jawa, guru dapat dilacak melalui akronim gudan ru. “Gu” diartikan dapat digugu (dianut) dan “ru” berarti bisa ditiru (dijadikan teladan).
Besar sungguh maksud guru. 
Adakah aku boleh dijadikan teladan dan ditiru oleh anak-anak muridku. 
Ya Allah Ya Tuhanku jadikan amalan ku dalam lapangan ini sebagai jihadku dalam menyebarkan dakwah mu dalam konteks kehidupan ini.
Ya Allah Ya Tuhanku jadikan ilmu yang ku sebarkan kepada anak-anak didikku adalah ilmu yang berguna di dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Tuhanku tanamlah sifat merendahkan diri dan hormat kepada guru di dalam diri anak-anak didikku. Agar mereka mendapat Ä·eredhaan fi dunia dan akhirat.
Amin.

Tuesday, December 8, 2015

Sakit hati...

Gila. Terasa penat gila babi. Dari pukul 4 petang hingga pukul 7.20 malam hari  ini buat kerja. Terasa sis-sia. Disebabkan kecuaian olek kakakku. Benda boleh guna akal. Tapi akal tak nak guna. Maka.  Tumpah. Kesannya tong sampah jadi balangnya.
Gila terasa.
Impian nak mskan kerepek ubi pedas. Tak tercapai. Malas.

Sunday, December 6, 2015

Seterusnya

Hari ini selepas buat aduan. Pekerja mereka datang. Tukang rumah. Tukang paip. Semua datang. Semoga akan siap semua. Tidak ada masalah lagi selepas ini. Itulah harapan aku sebagai pembeli. Siap suruh mereka pasang cermin dan rak tuala dalam tandas.
Cermin kat bilik utama... Hasil tuaian di Aik Hoe Tanah Merah
Rak tuala... Jenama Beline
Terima kasih.
Walaupun ada ketidakpuasan hatiku. Sebsb menyebabkan jubinku pecah dan hasil pemasangan tidak cantik.
ada sempihan dipertemuan jubin... pecah

Sekali lagi...

Sekali lagi proses membaiki rumah di jalankan.   Semoga kepuasan bertakhta dimataku selepas ini.
Penat usai cerita...memang penat. Ikut buntut tukang buat kerja. Sebab mahu hasil yang terbaik. Mujur pemaju ikut kehendakku.
Masalah pump...
rekahan pada dinding... perlu dibaiki
masalah baru... air longkang tak kering
air bertakung...
Telah dibaiki... belum dicat semula
Harap semua kembali ok.
Fokus selepas ini untuk pasti air longkang dapat dikeringkan dengan baik dan tidak ada air yang bertakung pada simen.

Thursday, December 3, 2015

Terima kasih

Terima kasih buat anak-anak MRKK yang sudi menjadi tetamu pertama di rumahku pada hari ini. Terima kasih Azim. Hakimi dan Lah. Lebih kurang 6 tahun tak jumpa. Semasa aku mengajar mereka baru tingkatan 2. 14 tahun. Kini sudah 20 tahun usia mereka.
Santai petang di Pantai Melawi.

Walaupun impianku masih belum tercapai. Aku harapkan impian itu akan tetap berjaya. Sabarlah hati. Pasti anakmu akan ok.

Baik Pulih...

Selesai  membaikpulih siling kapur. Semoga proses baikpulih menjadi yang terbaik. Penat. Tak larat sudah aku menanti dan menanti proses ini selesai.
Dari pukul 9 pagi hingga pukul 1 tengahhari. Harap semua akan kembali ok.






Wednesday, December 2, 2015

Malam ku...

Sejak balik bercuti di kampung. Malam ini baru berkesempatan untuk tidur dirumah sendiri.

Kerosakan yang baru

Hari ini dapat ligat keretakkan yang baru. Di luar dan di dalam bilik tidur.Panjang sungguh keretakkan yang wujud.
Pening kepala. Dua yang berjanji untuk datang membaiki hari ini tidak hadir.
Hari ini. Buat dan culik langsir rumah sebelah untuk letak di dalam rumah.



Tuesday, December 1, 2015

Cuba selesai...

Hari ini cuba selesaikan masalah rumah.
a. siling kapur retak
b. air paip tak berfungsi
c. tembok retak
d. cat luntur.
Dapat berbincang dengan pemaju rumah hari ini. Harap selesai. Semoga tiada lagi masalah yang menyebabkan hati ini pening.





Sunday, November 29, 2015

Beli...

Serang Aik Hoe...
Beli cermin tandas kat rumah baru. Beli yang murah sahaja. Satu RM128. Dua lagi hanya berharga RM59.90 satu.
Tak mampu nak beli yang mahal. Duit tak ada.
Insya Allah esok akan jumpa Tauke Rumah. Selesaikan apa yang patut.

Saturday, November 28, 2015

Terima kasih...

Terima kasih. Hanya itulah yang mampu aku ucapkan. Sebab cuba tunaikan janjimu. Apa-apapun kita berlandaskan keizinan orang tua. Tanpa izin orang tua tak mungkin kita dapat realisasikan apa yang kita inginkan.  Izin orang tua amat penting. Tanpa keizinan. Aku tidak mungkin mencari masalah. Sebab apa keizinan orang tua amat penting dalam mana-mana perhubungan.
Terima kasih Aiman sebab cuba tunaikan janji. Aku bangga ada anak seperti mu. Tak apa Aiman. Kita jumpa pada hari-hari terakhir 2015.
Janji Aiman dah cuba. Itulah yang saya cuba terapkan. Jangan mungkin janji. Terima kasih. Aiman.
Hari ini membuatkan aku bersyukur. Sebab Aiman telah membuatkan aku bangga dengannya. Cuba meleraikan dan cuba menunaikan janjinya. Alu berharap dia akan cuba menunaikan semua janjinya kepadaku. Amin

Tuesday, November 24, 2015

2015...

Syukur. Edisi 2015 bakal tertutup tirai di Bumi Chemomoi untuk tahun ini. Kita berjumpa lagi tahun depan.
 wahai anak-anakku belajarlah bersungguh-sungguh demi kejayaan masa depan.
Buat Aiman. Jadilah anak yang soleh dan taat pada perintah Allah s.w.t.
Gunakan masa cuti ini untuk baiki kekurangan tahun ini. Diri ini doakan kejayaanmu di masa depan. Amin

Monday, November 23, 2015

Tunai...

Syukur. Hari ini telah selesaikan janji. Mentakab. Cukuplah. Santap KFC Hot & Cheezy. Licin. Bersih.

Aduan...

Selesai buat aduan kerosokkan  jubin meletup di bahagian rusng tamu rumah aku. Harap dapat dipulihkan dengan secepat mungkin. Tak sanggup aku lihat kerosokkan tersebut. Setiap hari melihat hati dan perasaan menjadi sakit. Sila datang baiki secepat mungkin.

Sunday, November 22, 2015

Mempaga

Kejohanan Badminton Piala Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga bertempat di Kompleks Sukan Mempaga.
Inilah altiviti pada hari ini. Menemani anak bermain badminton. Tak ada kerja cari kerja. Bagi sokongan kepada mereka. Semoga kejayaan milik mereka. Amin.
Tahniahlah. Walaupun tak ada satu games yang menang. Tapi games yang ketiga memberikan saingan yang baik kepada pihak lawan. 2 games menang tanpa bertanding. Ini pemulaan yang pasti. Lakukan yang terbaik untuk lain kali.

Keluar seawal pukul 6 pagi. Sampai disini pukul 5.20 petang.
Mungkin ini pertemuan terakhir untuk tahun ini. Projek akhir tahun mungkin tak dapat dilaksanakan. Andaikata ada rezeki ia tetap berjalan dengan baiknya. Aku hanya mampu merancang yang menentukan Allah s.w.t yang maha berkuasa.
Perlu sedar dan perlu mengerti siapa diri ini.

Saturday, November 21, 2015

Mencari kekuatan...

Apa yang perlu aku terpaksa mencari kekuatan untuk menempuh 2016 yang bakal menunggu aku kurang 2 bulan lagi. Bagaimana aku perlu berdepan dengannya. Bagaimana aku perlu menghadapinya.
Aku tak mahu. Aku tak boleh nak hadapinya lagi.
Macam kita makanlah...jika hari-hari makan yang sama, maka kita bosan. Dah 2 tahun duduk mengadap orang yang sama. Dah naik bosan. Rimas.Segala mak bapak ada dalam kepala.
Bukan tak sudi... tapi dah tepu dengan perangai mereka. Bosan. Jemu.
Jika diadun bersama juga nak termuntah.
Sebab mereka juga sudah pasti jemu dengan aku.


Suhairi...

Tak pernah mengajar. Tapi cukup mesra bersamanya. Tak sabar untuk mengajarnya namun harapan itu semakin jauh...
Tak apalah jika engkau telah ditakdirkan menjadi anak muridku. Engkau akan menjadi sebahagian anak muridku.Hanya masa dan waktu sahaja penentu segalanya. Insya Allah.