Tuesday, June 30, 2015

SK Sulaiman

Mulai hari ibi sapai 2 Julai aku akan berada disana untuk hadiri kursus sejarah. Bulan- bulan puasa buat kursus memang jimatlah kos. Kos makan dah jimat, kos pengangkutan pun nok jimat lagi. Teruk punya PPD. Jangan salah guna peruntukkan untuk diri sendiri sudahlah. Jangan biarkan  hak sesorang dirampas untuk program akhir tahun anda semua. Jika berlaku kita jumpa di padang masyhar ya. Haaaa
Inilah hasil kerja kumpulan pada hari ini.

Monday, June 29, 2015

tidur...lelaplah mataku

Adakah kerana segelas kopi? Menyebabkan mata tidak boleh lelap. Andai itu yang terjadi berat juga. Rasa ini kopi pertama sejak berada di Chemomoi. Sebelum ini pun aku tak minum kopi.
Dicampur pula kepala berdenyut-denyut, sunquick jadi penahannya. Syukur semua ok. Walaupun mata ini belum lelap dengan penuh sempurna lagi.
Apa-apa pun terima kasih Aiman sekeluarga. Kenangan semalam tidak mungkin terpadam dalam memori ini.
Apa-apa pun kita akan terus program kita. Menyemarakkan keindahan bulan ramadhan dengan berbuka puasa bersama-sama.

Aktiviti di bulan ramadhan sedikit bertukar. Tidak mungkin sama seperti hari-hari biasa.

Sunday, June 28, 2015

selesai...

Tak perlu lagi memikirkan dan berfikir tentang semua itu. Malam ini telah selesai.
Terima kasih kerana memahami. Syukur dapat juga berjumpa dan bertanya khabar tentang anak pada malam ini. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Ku sampai pada pukul 9.30 malam berakhir pukul 10.30 malam.
Akhirnya telah bertukar tangan hadiah yang ingin ku berikan. Tak perlu lagi aku simpan dan simpan. Biarlah bertukar tangan.
Semoga ia akan bermaafaat kepadamu wahai anakku. Gunalah ia sebaik yang boleh. Usah ditanya dan usah difikirkan. Mengapa dan berapa. Terimalah ia seadanya.
 
Semoga pemberian ini akan memberikan manfaat kepadamu dalam mengurus masa. Tugas sebagai anak lelaki terlalu besar dibahumu.
Tak sangka inilah pilihannya. Daripada 2 pilihan. Ini pilihan yang dipilih. Ini bermakna satu lagi akan menjadi milikku.
Esok kita pakai.

Teruskan...

Hidup mesti diteruskan. Walaupun langkah yang terhasil amat memeritkan. Kuatkan hati demi masa depan. Jangan biarkan diri sengsara akibat panahan dunia.
Tabah dan cekalkan hatimu, wahai diri untuk menuju ke pintu Jannah.
Usah biarkan dirimu  menguasai memori semalam.
Bangkit dan terus melangkah. In Sha Allah dihadapan pasti sinar bahagia sedang menunggu.
Semoga bibit-bibit penulisan kita akan melakar jauh ke hadapan. Semoga kita akan bersama.  Dalam melayari hidup yang penuh dugaan.
#akhiripenantianku.
#bersabarlahsayang

Wednesday, June 24, 2015

Dah sampai...

Akhirnya sudah sampai barangan yang dibeli secara online melalui Lazada. Tapi sedikit keliru adakah ini barangan betul atau...
Tapi entahlah. Sebab guna kotak bukan dari produk tersebut. Terfikir sekejap. Harapan agar ia adalah barangan original.
Lazada dan Zalora...pening memikirkan yang mana ok sebenarnya...
2 pilihan sudah ada. HANYAsatu  pilihan sahaja yang boleh dipilih. Pilihan yang ketiga amat teruk.Rasa tak sesuai untuk dijadikan pilihan. Biarlah jenama Casio ini menjadi pilihan. 
#Akhiri penantianku...
#Penantianitusatupenyeksaan



Monday, June 22, 2015

Lazada...

Ya. Minggu ini menanti 2 barangan yang dibeli secara online. Tak sabar menanti barangan tersebut. Satu dari Zalora dan 2 dari Lazada. Semuanya barangan yang sama. Dua dari jenama yang sama dan satu jenama yang berbeza. Harap-harap 2 item akan sampai sebelum hujung minggu ini. Semoga perjalanan akan menjadi licin dan lancar.
Biarlah apa yang tersirat dan tersurat akan dapat di laksanakan dengan tenang.
Semoga apa yang telah dirancang akan menjadi satu sejarah.
Hanya menanti dan terus menanti.
Akhiri penantianku dengan penuh keceriaan.

Bila...

Terjumpa satu gambar yang memberi seribu erti. Inilah pertanyaan yang tidak mungkin dapat dijawab dengan mudah. Sesuatu yang susah dan payah. 36 tahun menjalani hidup seperti ini. Berkelana dalam mencari erti hidup. Semoga persoslan itu akan terjawab jua suatu hari nanti.

Semoga ruang itu akan hadir. Semoga ia hadir dengan seribu satu keindahan.
Terfikir jua diruang kotak pemikiran ku. Adakah aku akan menghabiskan sisa-sisa usiaku sebagaimana yang dialami oleh diriku pada hari ini. Bersahur dan berbuka seorang diri.
Ya Allah jika telah engkau tetapkan aku mempunyai jodoh kau tunjukkanlah.
 Ya Allah Ya Tuhanku, andai ku mempunyai jodoh itu, kuatkan dan cekalkanlah jiwa ini untuk terus berhubung dengannya. Agar bibit kemesraan akan terjalin. Amin.
Ya Allah andaikata telah engkau tetapkan aku tiada jodoh, aku redha dengan ketentuanmu.
Ya Allah Ya Tuhanku, makburkan rintihan hambamu ini.

Ya Allah Ya Tuhanku dengarkan bisikan hati ini agar anakku dapat merealisasikan impianku.
Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah anakku anak yang soleh. Amin

Cukai...

Mulai bulan 6. Aku kena mula bayar cukai pendapatan. Bermula bulan ini sebanyak RM44.35. Harap bulan-bulan seterusnya akan berkurangan. Banyak sangat kena bayar. Nak buat camne kita rakyat perlu akur. Masuk tahun 5 mengajar dengan KPM


Friday, June 19, 2015

Hutang....

Fuhhh gila. Hutang sahaja. Ini belum masuk hutang ulyang lain lagi. Memang mati dalam hutang nampaknya. Tapi inilah yang dikatakan pengorbanan. Jika tidak buat seperti ini sampai bila- bila tiada harta.


Penat...

Hari kedua berpuasa. Terasa letih. Semoga hajat dan impian akan diberkati olehNya. Biarlah kepenayan hari ini akan dapat diubati sepenuhnya. Agar kelesuan hari ini dapat dicas kembali agar kembali keceriaan itu.
Penat dalam meneroka detik-detik waktu...
Ku berharap agar impian ku dapat diraikan.

Thursday, June 18, 2015

Dialog Prestasi...Linus2.0

Pukul 12 tengahhari telah balik dari sekolah untuk menuju ke PPD Bentong. Majlis Dialog Prestasi Linus2.0. Tumpang kereta Nik. Pergi bertiga dengan Shahronizam.
Pukul 7 baru sampai di rumah. Singgah di Bazar Ramadhan Bentong. Beli nasi kukus burung puyuh. Bubur jagung dan kerabu pauh.
Singgah di Bazar Ramadhan Chemomoi tapi sayang sudah tiada. Biasalah sudah lewat. Tiada yang boleh dikongsi beli.
Apa-apa ini hari pertama berpuasa untuk tahun ini. Semoga Allah s.w.t menerima ibadatku dengan jayanya. Amin.

Wednesday, June 17, 2015

selamat berpuasa...

Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan kepada hambamu ini untuk terus memeriahkan bulan yang paling bermakna. BULAN yang penuh keberkatan pada tahun ini.
Semoga ibadatku pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun-tahun lepas. AMIN.
Syukur telah selamat bertukar tangan dengan emak aiman ole-ole yang aku bawa untuknya. Terima kasih atas kek yang dibawa. Sedap.
Selamat berpuasa.

Tuesday, June 16, 2015

Terharu...

Hari masuk mengajar dalam kelas. Minta anak bawa batu untuk bawa main batu seremban@batu selambut dalam kelas. Rupanya ramai yang gagal bermain dengan baik. Malah ada yang tidak pandai bermain.

Lagi terharu baca karangan yang ditulis oleh Nurul Natasha Atikah. 


Saturday, June 13, 2015

Pintu rumah...

Hari selesai pemasangan pintu rumah dan pintu sliding rumahku. Terima kasih Nik sebab berkongsi perkembangan. Tak sempat untuk tengok sebab sudah bertolak pulang ke Pahang pagi ini. Banyak kerja yang masih belum selesai.Semoga perjalanan hidup akan mengembirakan hidup ini.


Friday, June 12, 2015

Malam...

11.6.2015.
Pertama kali berada di rumah sendiri pada waktu malam ketika sudah mempunyai elektrik. Bersyukur. Inilah rumah yang bakal menjadi saksi susah senang aku selepas ini.
Pergi ke sana...untuk hantar barang Mc Da dan pasang langsir rumahnya.




Monday, June 8, 2015

Lampu...

Hari ini terpaksa ke Tanah Merah. Pergi ke kedai Aik Hoe bagi urusan menukar downlight aku yang rosak. 12 yang rosak daripada 24 biji yang di beli. Syukur dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Virdosh...pekerja Nepal Aik Hoe yang terbaik memberikan kerjasama kepadaku.

Virdosh yang berseluar hitam.
Downlight aku yang bermasalah

Sunday, June 7, 2015

Untuk hari ini...

Untuk hari ini. Selesai. Syukur.Penatm Tapi syukur segalanya telah selesai.Pemasangan rel langsir. Habis RM1370. Aircond juga telah dipasang. Masalah lampu juga telah dicabut balik. 12 biji yang bermasalah.



8.30 malam. Selesai membayar RM5000.00 untuk grill dan pintu pagar. Projek ini telah di buat oleh Cik Awie.

Friday, June 5, 2015

Perabot...

Sekali lagi pergi ke RTC untuk membeli kelengkapan kediaman. Terasa macam seronok pula. Hari ini pilihan set bilik tidur menjadi sasaran. RM3980 menjadi taruhan untuk bilik tidur. Walapun baru membayar RM1200. Itu bukan menjadi persoalan. Janji impian dapat di penuhi. Warna oren menjadi pilihan.
resit pembelian...
tempat beradu nanti...
Warna oren untuk almari 8x8

Thursday, June 4, 2015

Lama tak jumpa

13 tahun tak jumpa setelah tamat belajar di USM. Syukur hari ini dapat jumpa Haizanaldi dan isteri.
Hanya mampu bawa pergi ke tempat-tempat kenal sahaja. Sebab diri ini sendiri pun tak kenal tempat. huhuhu.
Zan dan isteri
Restoren Sapurah...nikmati aiskrim nyior jam 11.30 malam

Wednesday, June 3, 2015

RTC...

Hari ini menuju ke RTC di Tunjong  untuk cuci mata barangan elektrik dan hiasan kediaman. Akhirnya tersangkut untuk membeli aircond 2 biji bernilai RM3950.
Dapat beli tv jenama sharp dengan harga RM500. TV saiz 32 inci. Kira oklah. Beli ampaian kain kepada cik berharga RM139.
Terus menuju ke Lorenzo beli katil dan tilam untuk Mek Da. Lepas ini giliran aku pulak untuk dapatkan barangan Lorenzo. Layanan yang diterima di Lorenzo amat puas hati. Terbaik layanan.


Monday, June 1, 2015

Setelah 5 Tahun...

Berjumpa dengan anak -anak  MRKK setelah 5 tahun tidak bertemu mata. Hanya bertemu di alam maya sahaja. Bertemu dengan piji dan kimie. Mereka juga merupakan jiranku di Padang sembilan kuala krai pada tahun 2009.


Perjanjian

Hari ini dapatkan borang perjanjian beli rumah untuk simpanan.


Tak puas hati

Hari menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pembinaan rumah. Adakah patut nak jimat punya kerja main hentam sahaja mozek untuk kabinet aku.Apa lagi terus wsap kepada pemaju ketidakpuasan hati.
mujur dapat respon yang baik daripadanya.
Untuk hari sudah 2 kali sampai di rumah. Pukul 7 pagi bersama Cik Dan MC Nab. Pukul 10 pagi pula bersama Ustaz Che Rozu. Terima  kasih ustaz.