Monday, November 28, 2011

MADA....berkumpul

Kelmarin ( 27.11.2011 ) bertempat di rumah Us.Rozu. Kenangan MADA 2006 kembali bertemu. Tahun pertama aku menjejak kaki di MADA. Pertemuan dengan 2 bekas anak murid Salman dan Syed Ishak mengukuhkan pertemuan tersebut. Dapat bertemu dengan Cikgu Kak Lah, CIkgu Nik Sawiah, Cikgu Kak Dah, Ustaz dan Ustaz Rozu, Ustaz Hakam, Ustaz Munir, Cikgu Ku. Walaupun seketika akhirnya ia kembali mengutip memori memori yang berlalu. Tahniah kepada Syed Ishak and the geng yang masih sudi melakukan aktiviti yang cukup bermakna ini. Sesuatu aktiviti yang amat bermakna.
Tapi sayang, kenangan yang amat bermakna kelmarin tidakku, susuli dengan kenangan bergambar dalam kamera ku....hanya sekadar memori ingatan sahaja yang ada.....

Wednesday, November 16, 2011

Gotong-royong Jamuan Akhir tahun Prasekolah...

Gotong -royong Jamuan Akhir Tahun Prasekolah telah diadakan pada hari ini, rabu ( 16.11.2011) dengan AJK Pewaris Prasekolah.....

Aksi Cikgu Manisah dan Cikgu Ros....melapah ayam...

Gaya cikgu As....nak masak air tu...

AJK Pewaris Prasekolah...

Bawang yang dikupas kulitnya...

apa lagi nak buat nihhh....esok nak bawa apa ya???

Tahniah...Adham

Seperti yang telah dijanjikan kepada anak-anak pra Bestari siapa yang paling cepat boleh membaca dengan lancar akan berpeluang memiliki sebuah beg yang sesuai untuk digunakan ke tahun satu nanti. Akhirnya orang yang paling layak menerima setelah dibuat kajian yang menyeluruh diterima oleh Muhammad Adham Bin Zulkifli. Tahniah. Semoga kebolehan yang ada pada diri digunakan sewajarnya. Diri ini hanya akan menjadi pemerhati dari jauh sahaja selepas ini...

Posted by Picasa

persediaan ke tahun satu..2012

Persediaan anak-anak pra ke tahun satu 2012...perlu bermula dengan langkah yang betul. Mulai kelmarin dan hari ini, mereka dibenarkan untuk menikmati hidangan makan waktu rehat di kantin. Untuk mereka menikmati saat-saat indah makan di kantin.

Aksi anak-anak pra Arif...

Lagi anak-anak pra Arif..

anak-anak pra cekal....
Lo..anak-anak sendiri lupa nak ambil gambarlah...hidangan istimewa hari ini, nasi goreng kampung....namun hasil gorengan bertukar menjadi nasi goreng cina...heee orang kampung sekarang canggih tak makan sudah kangkung,....makan sayur campur.....
Posted by Picasa

Monday, November 14, 2011

Tirai mula dipasang.......

Menanti detik demi detik. Harap detik-detik yang berdetik akan memberikan kesenangan dan kebahagian sebelum berakhirnya pentas kehidupan di sini.Pejam celik, sudah hampir setahun aku berkhidmat di bumi Chemomoi. Pahit maung bernafas di tempat luar cukup terasa. Sebelum berakhirnya sesi ini, sebelum bermula sesi baru, perlu dapatkan semula nafas-nafas yang tertinggal di tanah leluhurku, sebelum membuka lembaran yang baru.
Bumi KELANTAN....nantikan urutan dari telapak kaki ini, untuk meredakan keletihan mu dan kerinduan mu kepada kenangan yang tersimpan dalam kamus hidup .....

Wednesday, November 9, 2011

tomato dah masakkkkkkkkkkkkk...


Buah tomato kelas pra cekal...

berjuang untuk hidup dan mati....


Posted by Picasa

seronoknya......

Hari ini, suasana pembelajaran cukup mengembirakan hati ini. Si Aikal telah menunjukkan satu pencapaian yang amat mengembirakan hati ini. Walaupun masih lagi perlu mengeja perkataan. Sekurang-kurang ia mampu membaca dengan betul. Kebahagian diteruskan lagi dengan usaha oleh Adila yang juga menunjukkan kebolehan membaca ayat dengan mudah. Syukur pada mu Ya Allah. Mereka bukan boleh membaca perkataan suku kata kvkv. Tetapi mereka membaca perkataan kvkvk, dengan membaca penuh ayat mudah. Satu perkembangan yang baik. Terima kasih kepada ibubapa mereka. Anak-anak makcik pakcik boleh!
Saipul. Satu perkembangan yang menyeronokkan. Sudah memampu mengenali huruf-huruf walaupun masih belum banyak lagi. Sekurang-kurangnya setahun bersama ku di arena pra, ada juga huruf yang dia boleh kuasai. Harap-harap perkembangan ini akan berterusan.

Thursday, November 3, 2011

sukarelawan konvokesyen

Inilah barisan sukarelawan...Majlis Konvokesyen Prasekolah SK LKTP Chemomoi.. Terima kasih di atas sumbangan yang telah anda berikan kepada majlis pada hari ini.







Posted by Picasa

Majlis Konvokesyen Prasekolah SK LKTP Chemomoi

Tanggal 3.11.2011. Prasekolah SK LKTP Chemomoi melakar satu sejarah yang tersendiri dengan melaksanakan majlis Konvokesyen secara tersendiri. Majlis yang meraikan seramai 74 orang murid-murid prasekolah, telah berjaya dilaksanakan dengan dengan jayannya.
Terima kasih kepada guru-guru yang menyumbangkan keringat untuk memastikan perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar. Penghargaan yang tak terhingga kepada kakak dan abang tahun 6 Arif seramai 25 0rang yang sanggup dan sudi bersusah payah membantu prasekolah melicinkan perjalanan pada hari ini. Tidak lupa juga kepada insan-insan yang sudi menyumbangkan kewangan yang membolehkan perjalanan ini berjalan dengan lancar. Segala jasa kalian amat dihargai.



Latar belakang....

Keseronokan yang terpancar di mata anak-anak murid...dan aksi akak-akak

sebahagian barisan sukarelawan ...terima kasih

aksi diri ini...

barisan ibubapa....

aksi imran..

Posted by Picasa