Pendaftaran murid ke sekolah akan berlaku. Esok juga akan menjadi tanda permulaan kepada aku untuk menuju ke arus perdana. Kini segalanya akan bermula. Walaupun hanya berubah tempat, namun aku masih lagi terasa akan persamaan yang terpaksa dipikul oleh aku.
Murid-murid pra aku akan kembali menghadap muka aku untuk tempoh setahun lagi. Namun kini mereka akan bertemu dengan aku sebagai guru bahasa melayu mereka. Ya guru bahasa melayu mereka.
Sunday, December 29, 2013
Friday, December 27, 2013
Tak ada kerja cari kerja...
Inilah kerja yang aku cari kini...layan kejap Melody of love...100tt episod yang nak kena layan. Baru terlayan 8 episod...masih berbaki aduh. Kat Korea pun tak habis tayang lagi. Macam mana nih???
Thursday, December 26, 2013
Syukur...
Sudah selesai sudah bermesyuarat pertama guru hari ini. Akhirnya aku berjaya juga mendapat kehendak yang aku perlukan.
Bermula masuk dalam bilik mesyuarat langsung aku tidak menunjukkan aksi yang gembira sehinggalah aku diberitahu akan mengajar arus perdana.
Aku akan bakal mengajar murid tahun 1 dan tahun 2 untuk subjek bahasa melayu dan sejarah tahun 4. Memang sekali tengok memang tidak adil, kerana perlu borong sekaligus sahaja subjek itu. Tapi aku akan sahut cabaran tersebut.
Menjadi guru kelas 1B. Mengapa tidak kelas 1A. Biasalah jenis guna kuasa mereka untuk kepentingan mereka.
Tak pe...janji aku dapat hak yang perlu aku dapat.

Wednesday, December 25, 2013
Tuesday, December 24, 2013
habis berakhir...
Tempoh berehat semakin hampir habis. Hari ini hari terakhir berada di Kelantan, sebab esok sudah mahu pulang ke Chemomoi. Waaaaaaaaaaaaaaa
Tuesday, November 19, 2013
Cabaran...
| Mohamad Saipullah Nursim |
| Zulhelmi Abdullah |
| Siti Qaisara |
| Irfan Fauzan |
| Iqlima.. |
| Azlini |
| Hassanizan |
Kenangan yang teriindah bersama ...
Lain kali buat lagi edisi seterusnya...
Chemomoi...
Insya Allah, lebih kurang 6 jam dari detik ini, aku akan meninggalkan bumi Chemomoi buat seketika untuk kembali ke tanah leluhurku. Disana aku akan bercuti dan akan menghabiskan masa yang ada bersama keluargaku.
Inilah masa yang sesuai untuk aku merehatkan diri dan seterusnya memanggil semula kekuatan yang telah hilang. Mencari semula formula-formula yang boleh diguna pakai untuk memastikan pdp yang bakal berlangsung tahun depan akan berubah.
Ya. ini kerana aku akan merasakan baru hari pertama masuk mengajar, hari pertama untuk aku melaporkan diri, hari pertama untuk aku mengenali anak-anak Chemomoi. Hari pertama aku akan memegang buku rancangan mengajar yang bukan lagi berbentuk helaian kertas yang telah diprintkan. Bukan lagi membuka KSPK dan bukan lagi mengajar ABC, 123 kepada anak-anak yang baru mengenal erti hidup. Bukan lagi berstoking sahaja di dalam kelas. Tidak akan ada lagi terdengar tangisan anak-anak kecil di dalam kelas.
Yang pasti selepas ini tiada lagi ketakutan di kalangan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di dalam kelas prasekolah. Sudah pasti mereka akan lebih teruja lagi selepas ini. Ya. Cikgu yang paling garang di prasekolah sudah tiada. Sujud syukurlah mereka selepas ini.

Monday, November 18, 2013
Kenangan yang sukar dicari...
Selama 3 tahun aku, berada di dalam arus prasekolah. Sudah tiga kali aku melakukan persembahan murid-muridku yang berbeza-beza. Setiap tahun pasti ada perubahan. Dan perubahan tersebut pasti dapat dilakukan oleh anak-anakku walaupun ia agar sukar. Hanya satu sahaja persamaan dalam persembahan...ia akan melibatkan semua anak-anakku seramai 25 orang, walaupun hanya melibatkan watak yang kecil. Janji mereka akan menghiburkan ibubapa mereka dengan persembahan mereka.
Tahun pertama berada di alam pra sekolah dan tahun pertama mengajar dengan KPM dan mengajar anak-anak yang kecil. Langsung tiada pengalaman. Tiada pendedahan yang besar. Maka Nasyid Teman Sejati menjadi pilihan aku, untuk melakukan persembahan di Majlis Konvokesyen Prasekolah. Dengan iringan muzik dan suara penyanyi asal yang kuat, akhirnya persembahan itu dizahirkan oleh anak-anakku.
Persembahan anak-anakku 2011. Nyanyian nasyid Teman Sejati dan bacaan Sajak. Satu persembahan yang paling biasa. Tahun pertama berada di dalam prasekolah.
2012. Aku tidak menoleh ke belakang lagi. Aku mencabar diri ini untuk melakukan perubahan dalam persembahan. Choral Speaking@Bicara Berirama menjadi sasaran aku. Memang sukar. Anak-anak yang kecil mana tahu apa itu Choral Speaking. Benda apa?Macam mana? Tapi sebagai guru kita perlu membuka minda mereka dengan satu benda yang baru. Tayangan Slaid video Choral Speaking yang terbaik di dalam internet menjadi sasaran aku. Syukur mereka boleh merealisasikan impian tersebut. walaupun agak sukar, namun berkat kesabaran dan kesungguhan mereka akhirnya Choral Speaking dapat dipentaskan dengan jayanya. Choral Speaking yang dilakukan adalah menceritakan semula apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 dan apa yang mereka lakukan bersama-sama aku, di dalam suka dan duka. Kisah bermula dari pagi sebelum melangkah kaki ke sekolah sampailah ke bacaan doa sebelum pulang ke rumah semula. Seterusnya dipentaskan sekali lagi di Hari Anugerah Cemerlang 2012 untuk tatapan ibubapa yang lain.
Persembahan anak-anak Pra Bestari pada tahun 2012. Bicara berirama dengan tajuk "Segalanya Bermula Disini"
Tahun 2013. Dengan perancangan dan misi yang awal. Sasaran aku, untuk mementaskan Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-Biri akhirnya mendapat sokongan yang padu dari PPM, Puan Rosmazifah. Inilah impian setelah melihat cerita Upin dan Ipin dan Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-Biri oleh Cekgu Ecah membuka mata dan minatku untuk melakukan benda yang sama untuk anak-anakku. Dengan harapan impian ini boleh menguji sejauh mana kekuatan yang ada pada diri ini untuk melawan arus. Ya. akhirnya arus yang kuat berjaya ditawan oleh aku. Masih lagi menggunakan cara yang sama dengan menayangkan video asal kepada anak-anak untuk membuka minda mereka. Dengan harapan minda mereka akan terbuka. Syukur akhirnya minda mereka terbuka. Usah dicakap, banyak masa yang diluangkan oleh aku demi menjayakan teater ini, bermula daripada penulisan skrip ( salin skrip ), mencari lagu yang sama. Proses trim dan tukar format. Lepas itu proses joiner lagu. Cari lagu yang sesuai bagi memastikan setiap detik ada muzik. Masa ini aku merasakan inilah yang dilakukan oleh Tiara ketika ia cuba mementaskan Teater Puteriu Gunung Ledang. Ketika ini akulah Tiara. Haaa. Konya.
Satu kos yang besar telah dilaburkan untuk membeli dan menyiapkan prop dan kostum untuk merealisasikan impian aku. Banyak pihak yang terlibat dalam impian ini. Puan Yati telah memberikan bantuan untuk menjahit pakaian untuk watak pokok dan bunga. Teacher Garden telah bersusah payah mencari kostum haiwan setelah ditempah oleh aku. En. Nik Azlan, En. Kamaruzaman, En. Izzuan juga tidak terkecuali ketika aku sibuk mencari topeng semasa kita bercuti di Cameron. Cik Faridah Hanum juga tidak terkecuali mencari topeng buat aku, walaupun akhirnya topeng tersebut tidak digunakan oleh aku. Sebab sudah ada kostum yang lengkap.Tidak lupa kepada mereka yang membantu secara ringkas mahupun tidak. Sekali lagi, persembahan kita mendapat perhatian daripada pihak sekolah untuk dipentaskan di Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Syabas kepada anak-anak Pra Bestari.
Persembahan Mini Teater Muzikal Kisah Si Pengembala dan Biri-biri oleh Pra Bestari 2013.
Inilah tugasan terakhir aku, kerana selepas ini bimbingan daripada cikgu yang lebih baik akan mengambil alih tugas aku untuk membuatkan persembahan bagi kelas Pra Bestari pada tahun -tahun yang akan datang.
Terima Kasih buat semua yang telah membantu dan memberikan ruang kepada aku merealisasikan impian. Terima Kasih Puan Rosmazifah yang sudi dan terpaksa mengikut kehendak aku yang memang sukar dimengertikan.

Isnin...terakhir
Hari ini, pergi sekolah menyelesaikan apa yang patut dilakukan. Syukur semua telah selesai dijalankan dengan baik.
Pesan kat Kak Ros andaikata Cikgu baru hendak buang wau bulan yang aku bawakan itu, simpanlah. Jangan dibuang. Andaikata Cikgu Pra yang baru nak buang gambar-gambar hiasan aku simpanlah, jadikan ia album. Kerana selagi kita boleh simpan, simpan lah ia supaya ia menjadi kenangan.
Tak banyak yang masih tinggal. Hanya sudut "segalanya bermula di sini" "Sudut 1 Malaysia" "Wau Bulan" "Tandas" "Segalanya bermula disini -rak besi""carta perkembangan murid""pentas yang diolah baru""Rak kasut yang diolah baru" dan "album gambar". Rupannya tak banyak yang aku lakukan perubahan di dalam kelas. Flash card yang ada tu kira banyak lagi; katak, ketam, gula-gula, banyak lagi. Janganlah buang ia, jika nak buang juga simpanlah ia. Kasihanlah kepada aku yang bertungkus lumus membuatnya akhirnya jika dibuang begitu sahaja.
Aku hanya mampu menasihati sahaja. Kerana jika kita hendak membuat yang baru kita perlukan masa yang panjang dan kesanggupan yang tinggi. Janganlah kita menyisihkan ia terlebih dahulu sebelum kita membuat yang baru.

Sunday, November 17, 2013
Detik terindah bersama...
Antara detik terindah bersama-sama dengan anak-anak melayan dan menyanyi lagu sandirawara cinta. Panggil anak-anak ke depan untuk mereka nyanyikan lagu tersebut. Dengan ini boleh menambah keyakinan mereka untuk ke hadapan...
Asyraf Hakimie antara anak-anak ku yang telah di panggil untuk ke hadapan dan menyanyikan lagu ini. Suaranya yang sukar untuk didengari akhirnya dapat didengari. Keberaniannya telah terserlah jua akhirnya.

Hari Anugerah Cemerlang...
Anak-anak Pra Bestari telah diberikan peluang untuk mementaskan semula mini teater di Hari Anugerah Cemerlang. Anda semua tidak menghampakan cikgu dengan persembahan yang mantap. Tak sesuai dengan usia yang terbentuk dalam diri kalian. Cikgu amat bangga dengan kalian. Terima kasih buat Irwan, Imani, Qaisara, Nabilla, Najwa, Sofieya, Irfan, Fahmi, Zahir, Adleyana, Tasneem, Hanni, Anisah, Hajar, Antasya, Rafiq, Asyraf, Hassanizan, Azlini, Alya,Dieya, Hanim dan Syamil. Tapi sayang masa pementasan di Hari Anugerah Cemerlang Umairah tidak ada sebab sudah pindah sekolah. Namun mutu persembahan tetap mantap...
Saturday, November 16, 2013
Harmony Garden...
Sudah berubah Harmony Garden dari tahun 2012 ke 2013. Tapi sayang projek anggur tak sempat untuk bersama-sama geng Pra.Aku mendoakan kejayaan buat mereka nanti dari kejauhan.
Friday, November 15, 2013
Terakhir di Prasekolah...Selamat tinggal Pra Bestari.
Selamat tinggal semua. Selamat tinggal Pn. Rosmazifah. Terima kasih semua kepada rakan-rakan yang lain, Kak Manisah, As, Yana ,Farha kerana telah memberi semangat kepada diri ini sejak 2011 lagi.Akhirnya ledakan gunung berapi meletus jua 2013.
Melayan anak-anak makan nasi kukus ayam berempah...satu hidangan yang istimewa
| aksi bersahaja anak-anakku |
| macam -macam gaya yang ada |
| Irwan yang penyayang |
| Kelas yang paling romantis |
Thursday, November 14, 2013
SELAMAT TINGGAL....
Selamat tinggal. Hanya itulah sahaja yang mampu aku luahkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu diri ini dalam melayari kehidupan sebagai seorang guru di Prasekolah yang banyak cabaran yang terasa setelah mengalaminya. Biarlah orang mengatakan mengajar prasekolah ini mudah namun setelah kita melaluinya barulah kita merasakan pedihnya berada disini. Mata yang memandang kita hanya dicelah-celah laluan sahaja.Menjadikan kita sebagai kelas kedua, seolah-olah kita tiada gunanya. Macam tempurung kelapa.
Selamat tinggal semua.
Selamat tinggal semua.
Abadikan kenangan bersama sebahagian anak-anak 2011 dan 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)