Thursday, May 31, 2018
Kesilapan kecil tetapi besar kesalahan...
Aku tak pastilah permohonan maaf aku itu diterima atau tidak. Ya Allah Ya Tuhanku lembutkan hati Cikgu Shahbani untuk menerima kemaafan hambamu ini. Walaupun ia merupakan satu kesalahan yang kecil tetapi sangat besar dalam erti persahabatan.
Wednesday, May 30, 2018
Selesai...Selamat bersara
Selamat bersara buat sahabatku Ustazah Jaleha Binti Sallehuddin dan Ustaz Zukapli Bin Ali. Detik 30hb Mei 2018 menjadi saksi kepada berakhirnya perkhidmatan kalian di sekolah mahupun dengan kerajaan Malaysia.
Ustazah Jaleha.
Aku mula mengenali biasa di saat aku bersama-samanya di alam prasekolah dahulu. Itulah detik pertemuan aku dengannya. Seorang yang senyap tetapi cukup hebat kerjanya. Bagaimana beliau menjadi guru pra...ada semangat yang ditunjukkan kepadanya untuk aku tiru.
Terima kasih Kak Ja atas tunjuk ajar yang telah diberikan walaupun jarang berbicara, tetapi senyap bukan bererti senyap selama-lamanya.
Ustaz Zulkapli Ali
2017,tahun pertama mengenali beliau. Kehadiran beliau walaupun seketika tetapi cukup bermakna. Berada di tepi aku di dalam bilik guru. Mengantikan tempat Cikgu Ilias suatu ketika dahulu. Jelly Kelapa pasti akan menjadi ingatan warga SKFC.
Walaupun 31 Mei menjadi tarikh akhir perkhidmatan, tetapi dikau memilih untuk akhirkan pada hari ini. Meraikan bersama-sama dengan sahabatnya.
Inilah barisan rakan- rakan yang terlibat dalam usaha memberi hadiah. Ikhlas dqripada kami.
Ustazah Jaleha.
![]() |
| Jam tangan hasil sumbangan rakan-rakan . Rantai bawah sumbangan MGDP dan rantai bawah sumbangan kedai buku. |
Terima kasih Kak Ja atas tunjuk ajar yang telah diberikan walaupun jarang berbicara, tetapi senyap bukan bererti senyap selama-lamanya.
Ustaz Zulkapli Ali
![]() |
| Rakan-rakan punya hadiah untuk Us Zul |
Walaupun 31 Mei menjadi tarikh akhir perkhidmatan, tetapi dikau memilih untuk akhirkan pada hari ini. Meraikan bersama-sama dengan sahabatnya.
Inilah barisan rakan- rakan yang terlibat dalam usaha memberi hadiah. Ikhlas dqripada kami.
Tuesday, May 29, 2018
Promosi tanpa GST...
Berbelanja di TF value Mart hari. Ada promosi tanpa GST. Dapat berjimat RM9.40 sekali berbelanja. Walaupun barang aku semua.
Sunday, May 27, 2018
Terobag
Kelmarin menuju ke Seremban untuk berbelanja. Tapi hampa balik tak membeli sangat. Hanya 2 helai seluat di FOS sahaja. Jualan hangat masih belum dijalankan
Semua barang mahal.
Berbuka di Nando's.
Semua barang mahal.
Berbuka di Nando's.
Tuesday, May 22, 2018
Terima kasih
Terima kasih buat rakan-rakan ku yang ingin melihat aku berkahwin dan memulakan satu satu kehidupan berkeluarga.
Siapa di dunia ini yang ingin hidup keseorangan.
Siapa di dunia ini yang inginkan tiada zurait yang ditinggalkan.
Pernah terlintas di minda ini.
Pernah terfikir oleh diri ini.
Tetapi...
Hakikatnya aku seorang yang serba kekurangan. Siapa yang ingin mendekati diri ini.
Agama yang kurang arif, malah tiada berduit.
Semua tidak percaya... Kak Ma, Kak Manisah, As, Mila apabila aku menyatakan kewangan aku teruk. Aku tiada simpanan yang mantap. Disaat mereka ini menyatukan aku dengan rakan sekerja ( Halma ) di sini.
Aku tidak pernah menipu diri ini. Aku terlalu banyak hutang yang ditanggung oleh aku:
Rumah RM1554.30
PTPTN RM142.50
Bank Islam ( biayai rumah kg dan sambung belajar ) RM274.00
Ambank ( kereta ) RM 535.00
Prudential RM175.00
Itulah serba sedikit hutang yang aku tanggung. Aku siapa menyatakankepada mereka baki aku sangat sedikit.
Aku menyatakan juga duit KWSP aku sudah laburkan untuk membeli tanah, itu kenyataan.
Aku tidak pernah untuk menipu pada diri sendiri.
Aku jujur disaat aku berbicara tentang kewangan aku.
Aku kadang-kadang terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan ini.
Bukan itu alasan aku untuk tidak terus berkahwin.
Aku sendiri memerlukan anak.
Aku sendiri memerlukan pewaris aku.
Namun aku sendiri takut untuk berdepan dengan hakikat ini.
Siapa yang sudi menerima aku yang serba kekurangan ini?
Sangupkah si dia untuk berkorban kehidupan hidup untuk bersama seoarang yang tidak mempunyai apa-apa harta dunia dan akhirat ini.

Saturday, May 19, 2018
Post kali pertama...
Inilah post kali pertama aku di dalam KGM. Isu berkaitan dengan isu QTRS.
Inilah salah satu landasan yang aku boleh guna sebagai usahaku untuk menyelesaikan masalah rumah aku yang rosak sejak 2015 lagi. Aduan secara rasmi telah ku lakukan tetapi usaha tiada dipedulikan.

Thursday, May 17, 2018
1 Ramadhan
Hari pertama di dalam bulan Ramadhan. Menanti tibanya maghrib di petang hari.
Semalam punya cerita. Satu geng keluar cari makan sampai ke Kerayong.

Wednesday, May 16, 2018
Selamat Hari Guru dan Persaraan 2018
Selesai jua. Penat. Letih semuanya bergabung. Ini merupakan satu- satu majlis MGDP yang betul- betul di bawah pengurusan aku.
Rasa dihargai. Apabila majlis besar ini kita yang uruskan. Segala kelemahan itu daripada kesilapan diri sendiri.
Kerjasama yang diberikan amat bermakna. Yang berdiam diri tu...lupakan.
Yang paling aku tak boleh ingat,Kisah si Zikri murid tahun 2. Siap dah bagi kat aku hadiah, datang minta balik sebab nak bagi dekat Ustaz Faizal. Malu tu malu, Tapi itulah hakikatnya budak-budak,

| Hadiah daripada MGDP |
![]() |
| Tak pasti daripada siapa? |
![]() |
| Pertukaran hadiah antata guru |
![]() |
| GB |
![]() |
| Hadiah daripada GB |
![]() |
| Ustaz Zulkafli Ali dan Ustazah Jaleha Salehhudin |
Tuesday, May 15, 2018
sambutan hari guru dan persaraan
7 pagi hingga jam 11 malan. Satu tempoh kerja yang lama.
Menyiapkan pentas dan dewan makan untuk program hari esok.
Walaupun kita menempah tetapi khidmat tenaga kita juga dicurahkan.

Friday, May 11, 2018
Terobak kembali...
Tahniah untuk Aliff Zikri yang sudi mengikut aku pulang ke Kelantan.
Sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke Kelantan engkau menjadi peneman ketika aku memandu tanpa sekelip matapun engkau tidur.
Terima kasih.
Bermula hari Ahad Aeon mall aku bawa dikau menikmati kehidupan di Kelantan, sehingga hari Selasa.
Hari Rabu walaupun berat hati engau terpaksa mengikut aku pulang ke sini kembali sebab kebodohan sesorang.

| Nando's Aeon Mall. Ahad |
![]() |
| Pantai Irama Bachok. Isnin pagi |
![]() |
| Burger King Aeon Mall. Isnin |
![]() |
| Kenny Roger Aeon Mall. Selasa |
Cuti Tanpa Gaji
Hari ini baru berkesempatan untuk mengkaji dan meneroka apa itu Cuti Tanpa Gaji. Kesan daripada kebodohan seorang pentadbir yang mengugut menggunakan cuti tanpa gaji walaupun Cuti Rehat Khas masih berbaki banyak lagi.
Kebodohan yang abadi menyusahkan aku. Celaka mempunyai seorang pemimipin yang menggunakan kuasanya untuk menindas orang bawahnya. Kecelakaan ini akan ku tuntut di akhirat nanti. Tiada maaf untuknya di dunia ini.
Kebodohan yang abadi menyusahkan hidup aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)