Sunday, January 26, 2014

cabaran guru masa kini...

Mendengar dan membaca berita semasa dunia pendidikan berkaitan dengan kes makan rumput. Memang terasa macam kejam sangat namun dalam masa yang sama ia akan menjadi pemangkin kepada cabaran yang akan terpikul dibahu pendidik ( guru). Ini kerana tidak membuat kerja sekolah bukan kesalahan disiplin. Habis apakah kesalahan disiplin di dalam konteks sekarang?
Apakah yang patut kita lakukan? Adakah begini?
  1. Tak bawa buku teks yang kerajaan habiskan duit berjuta-juta dengan ayat: tak apa tak bawa buku teks nanti beg terkoyak.
  2. Tak siap kerja sekolah: Tak apa tak buat, nanti penat, sakit jari, nanti payah nak sarung cincin.
  3. Tak datang sekolah: Tak apa, nanti ...
Bezanya sekolah dulu dengan sekolah sekarang. Zaman aku dulu, jika tak siap kerja sekolah. Siap bilang berapa yang tak siap. Kena lastik dengan getah...pasti telinga ini akan bergetar-getar sebelum kena lastik. Itu baru seorang cikgu aje. Tapi sekarang sukar.

Sekarang budak tak buat kerja, tak menjadi masalah. Macam mana mak ayah zaman sekarang, mak ayahku walaupun belajar tak pandai, tahu juga bertanya khabar tentang pembelajaran anak-anak. Semak buku anak-anak. Tapi sekarang??? Kerja sekolah tak siap, sudah menajdi biasa. Inilah yang berlaku dalam kelas akuk sekarang, kerja sekolah tak siap...mak ayah tak pernah nak semak buku anak-anakke?atau terlalu sibuk sehingga lupa akan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak.
Entah... mungkin disebabkan aku tiada anak kot...haaa

Wednesday, January 22, 2014

selesai...tapi masih ada yang berbaki..

Hari ini selesai juga menulis pendaftaran murid di dalam buku pendaftaran murid. Namun begitu masalah ssm masih belum boleh selesai disebabkan masih terdapat murid yang gagal menghantar borang yang lengkap kepada ku. Inilah masalah negara yang sedahng dihadapi sekarang.
Masalah hiasan kelas dan sebagainya akan djalankan pada hari seterusnya setelah membeli printer yang baru.huhuhu sedihnya jadi cikgu tak ada printer.

Sunday, January 19, 2014

imbas kembali...

Selesai buat kerja separuh, aku hanya mampu berehat sambil mengadap laptopku. Hanya sekadar mengimbas kembali saat-saat berada di IPSAH yang telah ditinggalkan hampir 4 tahun yang lepas. Hanya kenangang yang mampu mengorak langkah seterusnya.

Tuesday, January 14, 2014

2014...

Tahun  2014. Membuka lembaran baru dalam dunia aku. Aku tidak lagi mengajar anak-anak prasekolah. Tapi mereka masih lagi kekal bersama aku. Kini aku kembali mengajar mereka. Anak-anak pra tahun 2012 dan 2013 kembali menjadi igauan ngeri bagi mereka. Cikgu mereka yang akan mengajar mereka.
Sukar nak percaya tapi itulah hakikatnya. Kembali bertemu dengan mereka yang pernah suatu ketika dahulu menjadikan hidup ini ceria.
Aku hanya mendapat anak-anak yang tidak pernah mengenali aku hanya murid tahun 4A, 4B dan 5B sahaja. 
Tapi macam selalu kita perlu ada prinsip dan peraturan. Peraturan itulah yang akan menjarakkan mereka dan mereka perlu ikuti dalam tempoh setahun ini.
 Melalui peraturan inilah mereka akan kenali aku siapa sebenarnya. Ada masanya kita boleh bergelak tawa ada masanya kita perlu serius di dalam kelas. Kita tak boleh terlalu tertekan, nanti rosak jadinya. 
Jangan ditakuti tapi jadilah ini asam dalam kehidupan wahai anak-anakku. 

Cuti: Hari kekasih yang abadi.

Walaupun tidak mengenalinya secara berdepan tapi akhlaknya cukup dikenali dan kepimpinannya amat terasa itulah kekasih Allah s.w.t yang juga menrupakan Nabi junjungan besar umat islam pada hari ini. Ya Allah tempatkan aku dikalangan mereka -mereka yang akan ditempatkan bersamaNya. Amin.

Thursday, January 9, 2014

Banyaknya e-

Wah dalam dunia pendidikan kini terlalu banyak sangat yang ada pangkalnya e-
macam -macam yang ada. Tapi adakah e- ini berguna dan digunapakai. Inilah yang berlaku pada hari ini, kebodohan seorang pegawai atasan telah menunjukkan kebodohan yang amat-amat bodoh. Kebodohan yang keterlaluan. Malu sungguh nak bagi tahu.
Yang berpindah sejak berzaman pun masih ada dalam dalam data, yang berpencen tetap ada dalam senarai. Apa jenis pegawai nih...
sekadar menyatakan kekejutan akan kebodohan sesorang aje...

Wednesday, January 1, 2014

Cam Posting baru...

3.1.2011 melaporkan diri ke Sek. Namun tidak mengajar sebagaimana yang telah termaktub di dalam kursus KPLI yang diikuti. Tak pe...on memanjang.
2.1.2014 akan kembali semula mengajar di sekolah yang sama tetapi dengan perbezaan yang nyata...terasa macam baru aje posting...cam seronok aje terasa.
Semoga urusan aku di tahun ini akan diberkati oleh Allah s.w.t. Amin