Semoga aku akan memperolehi kekuatan untuk berhadapan dengan detik-detik waktu yang berputar pada masa kini. cabaran semakin membesar...disebabkan diri ini tidak sanggup melihat pelajar yang pandai terus berada di dalam kawalan aku...maka keputusan telah diambil dengan melakukan pecahan kelas mengikut tahap kepandaian mereka. Aku merendahkan diri ini untuk mengambil pelajar yang langsung tak boleh mengenali ABC dan apa cara yang betul pegang pensel.
Semoga mereka boleh membaca dan mengenali apa itu ABC hanya itulah harapan yang boleh aku gantungkan dalam waktu ini. Hanya berbekalkan semangat yang ada dan sokongan yang kuat dari belakang, cetusan semangat dari Puan Esah...aku mengharapkan kejayaan yang akan aku gapai.
Semoga pendekatan yang aku guna pakai kini akan membawa kepada kejayaan...
kekerasan dan kekejaman telah aku tinggalkan buat masa kini...demi masa depan aku sendiri..walaupun kadang-kadang aku terasa tidak puas hati tapi demi masa depan aku yang masih baru menjalar di lapangan hidup aku terpaksa melupakan seketika kekerasan dalam kasih sayang yang biasa aku guna pakai semasa mendidik anak-anak muridku. Mungkin budak PRA sekolah tidak boleh menerima pendekatan aku. Disebabkan gaya hidup ibu bapa yang amat mementingkan kemanjaan kepada anak-anak.
Bila dipandang balik...kekerasan yang diguna pakai oleh gurulah yang akan memberikan kekuatan kepada pelajarnya untuknya berjaya. kalau hendak diharapkan kelembutan dalam belaian kasih sayang alamaknya anak-anak didik kita akan menjadi manja, tak boleh disentuh akhirnya besar-besar menjadi ganas...itulah puncanya bohsia, bohjan..segala mak nenek kemerosotan akhlak remaja kesan dari ketidaktegasan kita dalam mendidik anak bangsa kita.Puncanya ibu bapa yang terlalu manjakan anak-anak.
Aku masih teringat lagi ketika kecilku...buat salah alamaknya sakitlah tubuh. Betis ini pernah terpacak lidi kesan dari kedegilan diri sendiri.Itu belum lagi kes-kes lain.Anak-anak zaman kini cikgu marah sikit balik cakap kat mak bapak. Siap memburukkan cikgu lagi.apa nak jadi entahlah...mak bapak pulak percaya 100% apa yang anak cakap...aduh yang kenanya CIKGULah...
teringat masa aku kerja budak 2 sains kat Maahad Darul Anuar...siap ada kesan rotan...bukan 1 tapi sepuluh lagi...tapi mak bapak tak pulak datang cari aku sebab aku lagi jahat. Kita buat begitu bukan sebab apa...sebab nak ajar mereka.Ponteng bukan benda yang boleh menguasai diri.Ya memang aku dah sms ibu bapak meraka aku kerjakan anak mereka. Aku pergi jumpa mak bapak mereka sebab apa aku kerjakan anak mereka...Mereka semua itu masih lagi bernafas kini...